Karipap Pusing (Something To Remember: Tribute To Arwah Mak)

#goldenapron2020
#SomethingToRemember
#Tribute2ArwahMak
Ini bukan karipap inti oksigen ye..buat sendiri baru la tak kecewa. Kulit karipap yang berlapis nipis tetapi rangup, gebu dan lembut ni menjadi kesukaan keluarga Uchu berbanding dgn kulit karipap yang terlalu berlapis2 . Kata mereka nipis barulah tak tersedak akibat berserdak dgn kulit tepung dalam mulut, tepung dah lekat kat tekak tapi inti belum dpt dirasa🤣 sebab tu diorang suka nipis cepat sampai pada inti yang pedas2 manis 🤣(sesetengah peniaga mengecewakan)
Sememangnya ada cara lain lebih mudah buat karipap pusing, tapi Uchu nak tunjukkan kaedah pusing siput, mungkin lebih cerewet tapi dah terbiasa didikan arwah mak sejak kecil..dulu selalu bebel kat mak, kenapalah nak buat karipap mcm ni,susah2 je..skrg baru paham..seronok rupanya..
#cookpadmalaysia
Karipap Pusing (Something To Remember: Tribute To Arwah Mak)
#goldenapron2020
#SomethingToRemember
#Tribute2ArwahMak
Ini bukan karipap inti oksigen ye..buat sendiri baru la tak kecewa. Kulit karipap yang berlapis nipis tetapi rangup, gebu dan lembut ni menjadi kesukaan keluarga Uchu berbanding dgn kulit karipap yang terlalu berlapis2 . Kata mereka nipis barulah tak tersedak akibat berserdak dgn kulit tepung dalam mulut, tepung dah lekat kat tekak tapi inti belum dpt dirasa🤣 sebab tu diorang suka nipis cepat sampai pada inti yang pedas2 manis 🤣(sesetengah peniaga mengecewakan)
Sememangnya ada cara lain lebih mudah buat karipap pusing, tapi Uchu nak tunjukkan kaedah pusing siput, mungkin lebih cerewet tapi dah terbiasa didikan arwah mak sejak kecil..dulu selalu bebel kat mak, kenapalah nak buat karipap mcm ni,susah2 je..skrg baru paham..seronok rupanya..
#cookpadmalaysia
Cara Memasak
- 1
Inti: tumis bahan kisar dan serbuk kari sehingga harum, masukkan gula dan garam diikuti ayam/daging kisar. Masak kejap. Masukkan kentang/keledek. Tambah sedikit sahaja air. Uchu masak dalam pressure cooker 12 minit je. Kemudian dah siap,stir fry sikit sehingga inti kentang menjadi kental dan tak melekat lagi pada periuknya (arwah mak cakap, kentang tu dah bergolek).
- 2
Taburkan daun sup dalam inti. Kacau rata. Daun sup ini akan merubah rasa inti menjadi sgt sedap. (Uchu cuma ada sikit sahaja daun sup ketika ini. Tak nampak sangat dlm inti)
- 3
Doh kulit dalam: adun bahan doh A sehingga tidak melekat pada dinding mangkuk pengadun. Jika masih melekat tambah sesudu tepung dan adun lagi dan diulang sehingga doh tidak melekat.
- 4
Doh kulit luar: adun semua bahan doh B. Sehingga tidak melekat. Tambah air (+50 ml) jika perlu.
- 5
Bulat2kan doh A. Uchu guna sudu penyukat 7.5 g. Bulat2kan doh B. Uchu guna sudu penyukat 15 g. (Biar A dan B sama banyak. Terlebih kurang kasi adjust bagi sama.)
- 6
Masukkan doh A ke dalam doh B kemudian bulat2kan semula. Ulang sehingga habis.
- 7
Leperkan sikit doh. Canai membulat. Uchu tekan dengan tapak tanan je jadi bulat, sebab bebola doh yg uchu buat tu kecil2 aje. Kemudian buat potongan dari tengah. Kemudian gulung menjadi bentuk cengkerang siput. Simpan dlm bekas bertutup.
- 8
Leper2kan sedikit cengkerang supaya senang untuk digelek. Gelek dengan pelaras no.2 @ no.3. Dapatlah cengkerang penyet yang panjang...simpan dlm bekas bertutup.
- 9
Gulung cengkerang penyet kemudian penyet2 sikit kedua2 hujung gulungan supaya lapisan karipap tidak terbuka nanti ketika menggoreng. Kemudian potong kepada dua bahagian yang sama besar. Simpan dalam bekas bertutup.
- 10
Penyet2 sikit, gelek guna pelaras no.2 terlebih dahulu menjadi kepingan2. Buat sampai habis. Kemudian ulang gelek dengan pelaras no.3 sehingga habis semua kepingan. Kalau kepingan tu melengkung tu biasa la sebab doh masih kenyal. Nanti bila dah tindih2 dan dah siap2 semua lengkung tu hilang sendiri sebab dah lembut. Pastikan bahagian yang berpusar berada di sebelah bawah ketika menyusun. Simpan dlm bekas bertutup.
- 11
Uchu susun kepingan2 ni mengikut turutan, supaya kepingan yang awal sudah set dan lembut. Jadi kita ambil terlebih dahulu untuk dimasukkan inti. Pastikan inti diletak atas kepingan bahagian sebelah dalam, kulit yg berpusar di luar. Kemudian kelim lawa2. Yang peliknya memang Uchu tak reti guna pencetak tu..jadi lambat terhegeh2 kalau uchu guna pencetak 🤣
- 12
Simpan dalam bekas yang diselang2 dengan potongan plastik. Cara uchu, uchu tak simpan karipap baring tapi tegak2 je supaya kebuncitan karipap tu kekal cantik..Simpan secara frozen untuk tahan lama atau dalam chiller untuk digoreng dalam masa 1-2 hari.
- 13
Tips 1: kalau tepi2 kepingan menjadi keras kerana terdedah lama, sapu air bahagian dalam kepingan kulit semasa masukkan inti. Kemudian baru katup dan kelim.
- 14
Tips 2: kalau dah katup, tapi kulit luar keras sedikit atau tak sama bentuk, trim guna gunting. Celup hujung jari sedikiiiit dgn air,bentukkan dahulu kemudian kelim.
- 15
Tips 3: goreng karipap dalam minyak panas tetapi api sederhana. Sebelum di angkat, kuat sikit api supaya minyak keluar dari karipap tapi terus keluarkan cepat2 dan tos.
- 16
P/s: separuhkan semua bahan untuk mendapat lebih kurang 45 biji
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Karipap Pusing Rangup & Gebu Versi 1 (Something To Remember:Tribute To Arwah Mak) Karipap Pusing Rangup & Gebu Versi 1 (Something To Remember:Tribute To Arwah Mak)
#TakLebih6Bahan#SomethingToRemember#Tribute2ArwahMakVersi gebu dan rangup ni memang sentiasa menjadi pilihan Uchu dan keluarga. Kalau terlalu gebu agak muak bagi kami, jadi ini adalah doh yang ngam2 bagi Uchu. Resepi arwah mak. Uchu suka gunakan resepi butter sejuk berbanding gunakan resepi doh minyak panas.Sejak umur 4 tahun Uchu dah mula kelim karipap. Setiap kali mak buat karipap, karipap biasa, karipap pusar atau epok2, arwah mak bagi sedikit doh untuk Uchu buat main dan belajar kelim. Umur 5-6 tahun dan mahir kelim. Sehingga kan Uchu boleh kelim menggunakan jari kanan juga kiri. 🤣 Penat mengelim terutamanya nak abiskan tempahan epok2 (karipap kecik) , lenguh jari kanan, jari kiri pulak yang bekerja. Menolong arwah mak buat karipap kadang2 sampai tertidur atas riba mak masa kecik2 dulu.Rindunya. Terima kasih mak tunjuk ajar dan didikannya. Anak cucunya masih boleh merasa walaupun setelah ketiadaanya dan walau tak setanding rasa asal air tangan arwah. Sesimple Loralin -
Biskut Arab Klasik (Biskut Raya)/ Something To Remember: Tribute To Arwah Mak Biskut Arab Klasik (Biskut Raya)/ Something To Remember: Tribute To Arwah Mak
#SomethingToRemember#Tribute2ArwahMakUchu gunakan tepung ubi kayu+tepung gandum sangai..hasilnya tetap gebu..resepi arwah mak..Adakah berbeza dgn menggunakan tepung gandum sangai sahaja seperti kebanyakan resepi yang saya lihat.harap ada yang dpt menjelaskannya..serius nak tahu ni🤔#goldenapron2020 Sesimple Loralin -
Sardin Darurat (Something To Remember: Tribute To Arwah Mak) Sardin Darurat (Something To Remember: Tribute To Arwah Mak)
#SomethingToRemember#Tribute2ArwahMakSituasi: Dulu pernah berdua je dgn arwah mak nak bersahur bulan ramadan menghampiri azan subuh. Arwah pula tak berapa suka telur walau boleh digoreng mudah. Maka beginilah mak buat..hihi. Situasi darurat boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian anda ye..🤣Kaedah tanpa dapur: campur dan gaul dalam mangkuk sahaja. Sesimple Loralin -
Biskut Arab Klasik /Something To Remember: Tribute to Arwah Mak|Biskut Raya Biskut Arab Klasik /Something To Remember: Tribute to Arwah Mak|Biskut Raya
#TakLebih6Bahan #ResepiMudah#SomethingToRemember#Tribute2ArwahMakResepi arwah mak Uchu menggunakan tepung ubi kayu. Biskut lebih ringan dan gebu. Dah 2 minggu puasa, boleh lah start buat biskut sikit2..dapnyer cair dalam mulut. Walaupun tak letak susu, tapi rasanya seperti susu dah..Biskut tradisi Melayu tetapi dikenali sebagai Biskut Arab😅 Sesimple Loralin -
Pajeri Terung Tanpa Santan (Something To Remember: Tribute To Arwah Mak) Pajeri Terung Tanpa Santan (Something To Remember: Tribute To Arwah Mak)
#goldenapron2020#SomethingToRemember#Tribute2ArwahMakKegemaran keluarga turun temurun. Pajeri tanpa santan seperti yang selalu arwah mak buatkan. Mungkin tak sama sebiji rasa air tangan arwah mak, tapi air tangan Uchu ni pengubat rindu semua adik beradik terhadap air tangan arwah mak. Masing2 akan flashback kenangan bersama arwah ketika makan pajeri ni.Minggu terakhir sebelum arwah meninggalkan kami, Uchu sempat bawa arwah ke pasar tani. Mak kata nak beli sayur2. Mak beli banyak terung dan juga daun maman. Tak sempat mak masakkan sampai habis, masih berbaki terung dalam peti. Maman pula sempat mak jerukkan berbotol2. Rupanya, itulah mak nak tinggalkan jeruk maman kegemaran menantunya, husben Uchu.Baki terung arwah..sambil berlinangan air mata Uchu masak pajeri selepas seminggu dua arwah takde. Terungnya dah sedikit kecut. Semua ahli keluarga yang melihat pajeri terung yang di masak Uchu pada waktu itu, semuanya berlinangan air mata. Termasuklah bibik yang Uchu ambil untuk meneman arwah mak dan menjaga anak2 Uchu kerana Uchu bekerja. Sayu, pilu dan teramat rindu…😭😭Hingga kini, kalau Uchu masak pajeri style arwah mak, Uchu akan masak lebih, bungkus bagi adik beradik terutamanya bulan Ramadan. Bekalan berbuka dan bersahur. Sesimple Loralin -
Karipap Pusing Frozen Karipap Pusing Frozen
Tak pernah sekali pon pandai buat karipap. Dgn izin allah terang hati ni bila sorang sahabat ajar terus doh karipap pusing. Alhamdulillah pandai dah sampai jd permintaan yg tak pernah jemu.#GGB_Cookpad Harum Wangi -
Karipap Pusing Versi 2 (Doh Tanpa Minyak) Karipap Pusing Versi 2 (Doh Tanpa Minyak)
Versi 2 tu merujuk pada kaedah mendapat pusaran. Uchu takdelah pandai nak buat layer2 cantik yang macam orang belajar kat kelas karipap tu..hehe. Yang biasa2 je asalkan sedap, gebu, rangup dan menepati selera keluarga. Alhamdulillah.. Sesimple Loralin -
Nescafe ‘O’ Panas (Something To Remember: Tribute to Arwah Mak) Nescafe ‘O’ Panas (Something To Remember: Tribute to Arwah Mak)
#Beverages #Minuman #Drinks#SomethingToRemember#Tribute2ArwahMakAntara menu melegakan kepenatan petang mcm ni lah..pagi nescafe susu, ptg ‘o’ sahaja..air kegemaran arwah mak juga..tak pernah termissed setiap hari..#goldenapron2020 Sesimple Loralin -
Karipap Pusar Karipap Pusar
Saya sangat menyukai karipap sejak kecil.Selalu rasa kecewa bila membeli karipap, kulit luar sedap inti tak sedap. Atau inti sedap, kulit karipap pula kenyal. Lebih mengecewakan bila beli karipap inti oksigen. Aini Sait -
Karipap Pusing Rangup Karipap Pusing Rangup
First time buat karipap pusing ni..sebenarnya dah lama nak try..lepas tengok kawan fb saya buat minggu lepas..rasa teringin pulak nak cuba sebab teruja tengok cara-cara membuatnya.. walaupun banyak step tapi seronok.. Karipap pusing ni mempunyai dua doh iaitu doh minyak & doh mentega..kemudian di bulatkan bersama. Lepas tu canai.. gulung..kemudian canai lagi..dan gulung sekali lagi untuk jadikan ianya berkelopak.. kelopak yg berlapis-lapis tu lah yg membuatkan karipap ni lagi bertambah rangup. Saya follow resepi dari Mas Cotek yg femes tu atau lebih di kenali dgn gelaran Opah.. Alhamdulillah.. sedap & rangup.. InsyaAllah lain kali nak cuba buat lagi perfect rupanya..buat inti daging pulak.. Nor Al Fatihah -
Karipap Rangup Inti Dhal Karipap Rangup Inti Dhal
Global Apron 2024 Challenge 18: Rainy Day ☔️Kalau kuih karipap, cik suami saya memang suka sangat. Dah dapat gelaran Hantu Karipap oleh kakak sulung saya 😆. Dia boleh habiskan sepinggan karipap lagi-lagi kalau karipap pusing. Bagi saya pulak, saya lebih suka karipap rangup sebab bagi saya kulit karipap rangup tak muak dan kurang berminyak selepas digoreng.Kalau dari segi inti nya pulak, selalu nya suka inti ubi keledek dan udang kering. Hari ni saya buat inti kacang dhal sebab itu jer bahan inti yang ada kat dapur. Alhamdulillah sedap kata cik suami kerana inti nya tak kering berderai apabila dimakan tak seperti inti karipap yang dibeli inti yang sama. Sesetengah orang suka tengok kulit karipap yang licin dan ada juga yang suka kulit karipap yang menggerutu (menggelembung), saya pulak suka kulit karipap yang menggerutu.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Kacang dhal (2) + lada sulah (1) Dapur Yusfarisyia -
Karipap Pusing Inti Kentang Karipap Pusing Inti Kentang
🦋1275🦋💐94/2023💐#pejuang2kResipiSemalam rasa nak makan karipap panas2 jer selalu nya kalau beli susah nak kena dengan selera sendiriada tu kulit keras,ad inti berbau mungkin dia campur bilis ada tu campur telur dan lain2kadang tu beli kulit dia xrasa apa,tak ada bau wangi majerin pun..perangaiii cerewet jgk ekk nak kena dengan selera🥴🥴haa buat sendiri laa sekali buat nahh dapat 30bijimakan ko sampai puas🤭Tima kasihhh @ThahWatermelon85 share karipap pusing kena dengan selera 🤩😻😋 mamy_kitchen89
Lebih Banyak Resipi
Komen