Kek Cawan Mini - Pandan Gula Melaka

Maisarah Mamat
Maisarah Mamat @Mai_Belajar_Masak
Kuala Terengganu

Asalnya nak buatkan kek untuk mertua tercinta sempena hari ulang tahun beliau yang ke 61 pada 6 Julai lepas. Tapi Mai tak pandai hias guna buttercream frosting. Dalam otak berangan nak buat nombor 61 daripada susunan kek cawan mini ni. Tapi angan-angan je lah sb dah cuba hias tapi kelihatan lebih teruk 🤦🏻‍♀️
#goldenapron2020

Kek Cawan Mini - Pandan Gula Melaka

Asalnya nak buatkan kek untuk mertua tercinta sempena hari ulang tahun beliau yang ke 61 pada 6 Julai lepas. Tapi Mai tak pandai hias guna buttercream frosting. Dalam otak berangan nak buat nombor 61 daripada susunan kek cawan mini ni. Tapi angan-angan je lah sb dah cuba hias tapi kelihatan lebih teruk 🤦🏻‍♀️
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 jam
90 biji
  1. 250 gmentega
  2. 250 ggula
  3. 2sudu kecil esen vanila
  4. 4biji telur
  5. 190 gtepung gandum
  6. 60 gtepung jagung
  7. 2sudu kecil serbuk penaik
  8. 150 mlsantan
  9. 2sudu besar pandan emulco
  10. 1sudu kecil pewarna hijau

Cara Memasak

2 jam
  1. 1

    Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder. Ketepikan dahulu.

  2. 2

    Campurkan pewarna hijau, pandan emulco, dan santan. Kacau sebati. Ketepikan dahulu.

  3. 3

    Dalam mangkuk lain. Pukul mentega, esen vanila dan gula sehingga kembang

  4. 4

    Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang

  5. 5

    Masukkan bahan ayak tadi di selang selikan dengan bahan cecair yang di campur tadi.

  6. 6

    Paipkan adunan di dalam mangkuk kertas. Mai guna tray kek caean saiz S dan cawan kertas paling kecil. Y biasa bakers buat letak biskut raya.

  7. 7

    Panaskan ketuhar pada suhu 170°c selama 15 minit. Bakar kek cawan selama 20-25 minit.

  8. 8

    Sejukkan atas redai dan boleh dinikmati.. 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Maisarah Mamat
Maisarah Mamat @Mai_Belajar_Masak
pada
Kuala Terengganu
🇲🇾 I'm not able to cook fancy or complicated masterpieces. Just simple meal for my four precious kids & husband.Experimenting in the kitchen is my happiness even I'm failed 🥹
Baca lagi

Komen

atikah azman
atikah azman @cook_111350502
Kek yg letak santan ni biasa tahan berapa hari ya

Resipi Sepertinya