Nangka Muda Masak Lemak Kuning

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

#goldenapron2020 #week12 Alhamdulillah rezeki..seorang pakcik yg juga jiran saya beri buah nangka muda yg di tanam kat rumahnya sendiri..macam tahu2 je saya cari nangka sebab dah lama tak makan..kalau kat kedai susah sikit nak jumpa..saya kongsikan buah nangka kpd jiran saya sebelah sebab buahnya agak besar. Saya suka masak nangka ini ikut versi mak saya..iaitu masak lemak kuning..dlm kuahnya di campurkan dgn isi ikan yg telah di rebus yg menjadikan kuah pekat & lebih sedap. Jika biasanya orang letak cili api tetapi saya letak lada hitam saja yg di tumbuk bersama bawang merah, kunyit & isi ikan. Saya hantarkan kpd pakcik/jiran saya semangkuk utk dia rasa masakan saya & tanda berterima kasih kepadanya kerana beri nangka kpd saya, tetapi saya agak kecewa sebab dia tiada di rumah..mungkin dia balik kampung @ bercuti ke rumah anak2nya..takpe laa..mungkin tak ada rezeki dia rasa masakan saya, jadi saya hanya dapat doakan semoga di murahkan rezki pakcik tu kerana suka memberi..aamiin..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 💚 1/2 biji nangka muda
  2. (buang kulit luar..potong kecil & rebus hingga lembut)
  3. 💚 4 biji bawang merah
  4. 💚 1 inci kunyit hidup
  5. 💚 1 sudu teh lada hitam
  6. 💚 1 ekor ikan sardin - di rebus & ambil isinya
  7. 💚 2 cwn santan
  8. 💚 1 cwn air
  9. 💚 1 tangkai cili merah besar- di belah dua
  10. 💚 1 sudu teh garam @ secukup rasa
  11. 💚 1 sudu besar gula @ secukup rasa

Cara Memasak

  1. 1

    Tumbuk bawang merah, kunyit, lada hitam & ikan sardin rebus bersama hingga lumat. Sementara itu, rebus nangka yg telah di potong hingga lembut

  2. 2

    Panaskan santan & air. Masukkan bahan2 tumbuk, kacau sentiasa hingga mendidih. Kemudian, masukkan nangka, garam, gula & cili merah. Kacau hingga nangka lembut & sebati dgn kuah

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Resipi Sepertinya