Kek Pisang Kayangan

9 orang bercadang membuatnya
Nur Dhunaa AB Maleq
Nur Dhunaa AB Maleq @thisdhuna
Malaysia

#goldenapron2020
#minggu16

Kek pisang viral orang cakap
Sy pun tak ketinggalan mencubanya
🤣🤣

Tp mmg layak di panggil kayangan sbb walnut, choc belgium dan pisang itu satu gabungan yg mantap utk sebuah kek

Cubalah!! Pasti jatuh hati

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

1 jam 15 minit
4-6 orang
  1. 160 gramtepung gandum
  2. 25 gramserbuk koko
  3. 1 tspbaking powder
  4. 1/2 tspbaking soda
  5. 1/2 tspgaram
  6. 80 grambelgian callebout choc/ choc coins
  7. 30 gramwalnut (lebih pun tak apa)
  8. 4biji pisang yang dah ranum
  9. 120 gramgula perang
  10. 115 grambutter (cairkan)
  11. 120 grambuttermilk (amik 1/2 cup susu fresh + 1/2 sudu makan cuka)
  12. 1sudu kecil essence vanilla
  13. 1/3 cawancoklat chip utk hiasan

Cara Memasak

1 jam 15 minit
  1. 1

    Butter yang telah cair di satukan dengan gula perang, buttermilk,pisang yang telah di lenyek dan esen vanilla. Gaul rata

  2. 2

    Hasil selepas gaul rata

  3. 3

    Kemudian masukkan tepung gandum, baking powder, baking soda, serbuk koko dan garam. Gaul kaup balik dengan adunan tadi. Sebatikan semuanya tau.

  4. 4

    Hasil selepas itu.

  5. 5

    Tambahkan coklat coins/belgium choc gaul rata.

  6. 6

    Masukkan walnut gaul kaup balik.

  7. 7

    Tuang ke dalam loyang taburkan coklat chip di atasnya jika suka dan bakar pada suhu 150-160 selama 45 minit atau sehingga kek masak.

  8. 8

    Kek ini sedap di makan ketika panas-panas dan sejuk juga tau. Rasa coklat walnut dan pisang satu gabungan yg mantap gitu 🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Cook Today
Nur Dhunaa AB Maleq
pada
Malaysia
Dapur Kecil DhunaBelajar MemasakResepi SimpleKaki Makan
Baca lagi

Resipi Sepertinya