Gyeran Bbang (Roti Telur Korea)

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

#viralkoreanfood
#goldenapron2020
Viral sana-sini pasal makanan Korea,kita pun tak mahu ketinggalan jugalah!.
Hari ini k.ha masak Roti Telur Korea.
Makanan viral Korea yang satu ini sesuai sangat dengan 'Tekak Melayu' kami sekeluarga,apalagi bila dinikmati ketika masih panas.Cicah pula dengan Sos Korea Adabi,alahai sedap sangat!walaupun pedas yang amat!.Yang tak suka pedas boleh je dicicah dengan sos kegemaran yang lain.

Gyeran Bbang (Roti Telur Korea)

#viralkoreanfood
#goldenapron2020
Viral sana-sini pasal makanan Korea,kita pun tak mahu ketinggalan jugalah!.
Hari ini k.ha masak Roti Telur Korea.
Makanan viral Korea yang satu ini sesuai sangat dengan 'Tekak Melayu' kami sekeluarga,apalagi bila dinikmati ketika masih panas.Cicah pula dengan Sos Korea Adabi,alahai sedap sangat!walaupun pedas yang amat!.Yang tak suka pedas boleh je dicicah dengan sos kegemaran yang lain.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan A:
  2. 1/2 cawankrimer sejat cair Saji
  3. 1/2 camcabesar air lemon
  4. Bahan B
  5. 2biji telur gred C
  6. Secubit garam
  7. 3 camcabesar gula perang
  8. 1 cawantepung gandum
  9. 30 grambutter (Anchor Salted) dicairkan
  10. Bahan toping:
  11. 6biji telur gred C
  12. Serbuk cili,serbuk lada hitam,cincangan daun ketumbar kering
  13. Sos Pencicah:
  14. Sos Korea Adabi

Cara Memasak

  1. 1

    Bancuh bahan A : krimer sejat cair dan air lemon,ketepikan.

  2. 2

    Siapkan bahan B: pukul 2 biji telur,secubit garam,gula perang hingga larut.Masukkan bancuhan krimer sejat cair tadi,kacau hingga sebati.

  3. 3

    Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga bercampur-rata.Masukkan butter cair,kacau hingga adunan halus dan tidak bergentel.Biarkan dalam 10 minit.

  4. 4

    Lenser acuan muffin dengan butter hingga rata.Tuangkan separuh dari adunan tadi ke dalam acuan.Pecahkan 1 biji telur ke atas adunan setiap satu darinya.

  5. 5

    Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180 C selama 18-20 minit (bergantung kepada jenis oven).Keluarkan roti telur dengan hujung pisau.Tabur di atasnya dengan serbuk lada hitam,serbuk cili dan cincangan daun ketumbar @ pasley kering.Sedap dinikmati bersama Sos Korea (Adabi) @ sos kegemaran yang lain ketika masih panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Resipi Sepertinya