Kerabu Pelam

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Buah mempelam di tepi rumah sedang berbuah dengan lebat nya hingga tak termakan. Sedekah pada jiran-jiran tetangga, sanak saudara, sahabat handai, malah dengan orang yang lalu lalang yang memerhati pokok buah mempelam pun saya sedekahkan. Bak kata orang tua-tua dahulu, “lebih banyak kita memberi/sedekah kepada orang akan lebih banyak/lebat juga buah nya nanti”. Buah yang dibahagian atas puncak ranting yang tinggi saya biarkan sahaja, sedekah pada tupai dan burung. Setiap pagi saya suka memerhati tupai dan burung yang datang makan buah mempelam walaupun dari jauh. Kadang buah yang dah masak ranum yang dicapai tupai tak sempat nak menggigitnya lalu jatuh ke tanah. Kesian pun ada, lucu pun ada.
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4 orang
  1. 5-6biji buah mempelam (dihiris halus/dicincang)
  2. 2 batangbunga kantan (dihiris halus)
  3. 1genggam ikan bilis
  4. 9biji cili padi (boleh dikurangkan)
  5. 1inci belacan
  6. 2biji bawang merah (dihiris nipis)
  7. 1-2biji cili merah (dihiris halus)
  8. 2sudu besar gula
  9. 1sudu kecil garam

Cara Memasak

  1. 1

    Kupas kulit buah mempelam. Hiris/cincang halus (saya nak cepat jadi saya hiris sedang2 halus)

  2. 2

    Bunga kantan dihiris halus. Tumbuk cili padi dan ikan bilis hingga halus. Masukkan belacan dan tumbuk lagi. Masukkan gula dan gula. Gaul bersama buah mempelam tadi, masukkan bunga kantan, cili merah dan bawang merah tadi. Gaul rata. Simpan di dalam peti sejuk. Sedap dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan nasi.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (3)

0h Hana !!
0h Hana !! @hana25_7someday
Yg ni..memang pembuka selera.....
#mentorlove

Resipi Sepertinya