Ketupat Palas dan Rendang Ayam

Hamidah binti Mokhtar
Hamidah binti Mokhtar @hamidah_mokhtar6767
Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia

#unique2u
#goldenapron2020
Setiap orang berlainan cara sambut raya. Tapi bagi kami yg uniknya mesti ada ketupat palas. Ada ketupat mesti ada rendang. Kalau xde 2 masakan ini memang tak lengkaplah walaupun kuih muih penuh meja.
Lebih uniknya ia masak di malam raya. Malam raya adalah malam yg sibuk menyediakan juadah ini. Sama2 berjaga membalut ketupat dan masak rendang. Betapa meriahnya suasana ini. Tiada di waktu2 lainnya.
Di sini saya turunkan resepi rendang ayam yg dipadankan dengan ketupat palas. Jom sama2 layan. Rendang ayam dulu kemudian ketupat.

Ketupat Palas dan Rendang Ayam

8 orang bercadang membuatnya

#unique2u
#goldenapron2020
Setiap orang berlainan cara sambut raya. Tapi bagi kami yg uniknya mesti ada ketupat palas. Ada ketupat mesti ada rendang. Kalau xde 2 masakan ini memang tak lengkaplah walaupun kuih muih penuh meja.
Lebih uniknya ia masak di malam raya. Malam raya adalah malam yg sibuk menyediakan juadah ini. Sama2 berjaga membalut ketupat dan masak rendang. Betapa meriahnya suasana ini. Tiada di waktu2 lainnya.
Di sini saya turunkan resepi rendang ayam yg dipadankan dengan ketupat palas. Jom sama2 layan. Rendang ayam dulu kemudian ketupat.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4 jam
20 sajian
  1. Ramuan untuk rendang
  2. 2ekor ayam kampung dipotong kecil
  3. 5 batangserai
  4. 3labu bawang besar
  5. 1labu bawang putih
  6. 150 gcili kering direbus
  7. 4inci halia
  8. 2inci lengkuas
  9. 2inci kunyit hidup
  10. 2 batangkayu manis
  11. 3biji bunga lawang
  12. 5 ulasbuah pelaga
  13. 1sudu kecil jintan manis *
  14. 1sudu kecil jintan putih *
  15. 1sudu kecil ketumbar*
  16. 1 cawankerisik
  17. 1 cawansantan
  18. 3 helaidaun kunyit dimayang halus
  19. 5sudu besar gula
  20. Garam secukup rasa
  21. Minyak untuk menumis
  22. Ramuan untuk ketupat palas
  23. 3pelepah daun palas
  24. 3 kgberas pulut
  25. 1 1/2 kgsantan pekat
  26. 1 1/2 literair
  27. Garam secukup rasa

Cara Memasak

4 jam
  1. 1

    Tumbuk bahan2 bertanda *.

  2. 2

    Blend semua bahan.

  3. 3
  4. 4

    Panaskan minyak, tumis bahan2 yg ditumbuk sampai naik bau.

  5. 5

    Masukkan bahan2 yg diblen. Masukkan gula. Masak sampai pecah minyak.

  6. 6

    Masukkan ayam. Gaul sampai sebati. Biarkan seketika.

  7. 7

    Masukkan santan dan kerisik. Biarkan sampai agak kering.

  8. 8

    Mayang daun kunyit, taburkan di atas rendang tadi.

  9. 9

    Langkah2 membuat ketupat.

  10. 10

    Buka daun palas dan bentukkan seperti ketupat supaya senang utk membalutnya.

  11. 11

    Masak santan bersama air dan garam. Air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit agar pulut tidak lembik. Biarkan mendidih.

  12. 12

    Masukkan beras pulut yg siap dibasuh. Tak perlu direndam. Cukup sekadar dibasuh bersih sahaja. Jika pulut agak keras tambahkan lagi air.

  13. 13

    Kacau sehingga pulut separuh masak. Masak sepenuhnyapun tidak mengapa asal tidak lembik.

  14. 14

    Balut pulut dengan daun palas.

  15. 15

    Setelah siap, masukkan ketupat ke dalam periuk. Masukkan air kira2 setengah drp kandungan ketupat.

  16. 16

    Tutup periuk. Rebus ketupat sampai air kering. Atau sehingga keluar satu bunyi kruk krak daripada periuk itu.

  17. 17

    Kalau nak senang guna sahaja periuk rice cooker. Masukkan air dan tekan on. Secara automatik ia akan masak seperti kita masak nasi.

  18. 18
  19. 19

    Selamat mencuba....

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Hamidah binti Mokhtar
Hamidah binti Mokhtar @hamidah_mokhtar6767
pada
Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia

Komen

Resipi Sepertinya