Sup Ikan Merah Gerenti Sedap & Senang

Senang n sedap sebab wajib ada sup bunjut ikan and pati ikan bilis je.
Sup Ikan Merah Gerenti Sedap & Senang
Senang n sedap sebab wajib ada sup bunjut ikan and pati ikan bilis je.
Cara Memasak
- 1
Tumis semua bahan dalam sup bunjut ikan dengan minyak jagung. Sy guna sup bunjut ikan adabi or mak siti je
- 2
Masukkan bawang putih, bawang merah n halia y dah hiris
- 3
Tumis semua bahan sampai naik bau. Kalau macam nk hangit,cpt2 ltk air sikit
- 4
Masukkan 1 kuib ikan bilis, sy guna kiub ikan bilis brand maggi
- 5
Masukkan air then masukkan semua ikan. Kalau air kurang, tambah lg air bg air menutupi ikan
- 6
Tutup periuk then tunggu air mendidih then masukkan lobak y dh dipotong ikit sukati bentuknya.
- 7
Masukkan btg seleri y dah dipotong ikut sukati.
- 8
Gaul2 bagi rata, then rasa. Kalau rasa kurang masin, tambah sikit garam.. biasanya sy xletak garam sbb 1 kiub ikan bilis tu dah jadikan rasa sup sedap dah dgn tambahan sup bunjut ikan tu.
- 9
Kalau dah ok rasa, tutup api. Masukkan tomato y dah dipotong. Then tabur daun bawang y dah dihiris.
- 10
Kalau suka pedas, potong cili merah dalam 1 atau 2 bijik then tabur. Sy xsuka, sbb nanti ada rasa perit. Sbb gabungan rempah sup bunjut ikan tadi bersatu dgn hirisan cili merah akan timbulkan sikit rasa perit pada sup. Terserah pada anda.
- 11
Ohh lupa..bila dah nk hidang utk makan, tabur la bawang goreng. Sy beli je bawang goreng. Tp kalau nk hiris bawamg then goreng sendiri pon sdp.
- 12
Selamat menjamu selera. Sdp mkn dgn nasik putih n sayur kailan.
Resipi Sepertinya
-
Sup kosong Mak Siti Sup kosong Mak Siti
Sup kosong satu!Biasa minta sup kosong kalau makan nasi di restoran kan. Ada sup kosong yang betul-betul kosong, ada yang manis, ada yang wangi rempah dan macam-macam. Saya suka sup kosong ada rempah. Wangi menyelerakan. Resipi ni saya gunakan bunjut rempah dari Mak Siti.Cuba dulu buat sendiri la, sempena PKP tak dapat makan di luar. Disamping memeriahkan mini contest Cookpad yang sedang berlangsung.Jom tengok resipi, sangat mudah dan selamat mencuba. imel_recipe -
Sup Ikan Merah Sup Ikan Merah
Day25/366/2020/JanuaryResipi ni saya masak untuk Contest Rempah Mak Siti 2020. Kalau throwback sejarah saya join contest. Contest Rempah Mak Siti 2019 merupakan contest memasak pertama yang saya sertai dan saya menang tempat ke2 ketika itu. Alhamdulillah. Ketika itu saya masak Sup Tulang (itu pun, sebab jumpa rempah sup tulang tu je kat Aeon masa tu😂). Setahun yang lalu nak cari rempah pun payah, sekarang merata2 kedai pun ada. Online pun banyak dah. Senang nak cari dan masak menggunakan rempah Mak Siti ni dah..Untuk tahun ni, saya masak Resipi Sup Ikan. Memasak sup menggunakan Serbuk Rempah Sup Ikan sememangnya mudah. Hanya perlu tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan serbuk rempah beserta air. Kemudian masukkan ikan. Perasakan dengan garam dan siap 😊. Kalau nak meriah sikit letak je lobak merah dan kentang. Tabur daun bawang dan daun sup. Fuhhhh..memang terbaik hasilnya kerana Rempah Ratus Mak Siti ini Segar Dari Ladang. Masak biasa-biasa pun hasilnya terasa luar biasa. Tak percaya? Cubalah, tak menyesal punya lah 😉 ..Sebab tu Rempah Mak Siti pilihan utama saya memasak setiap hari😬, nak-nak ada pulak Pek Kombo Mak Siti, masak apa pun senang je. Pastu sedap pulak. Rugi kalau tak beli dan cuba uolls 😚 Salina Jalaludin -
Sup timun tua ikan merah Sup timun tua ikan merah
Salah satu masakan mak Kami paling suka. Bukan je senang nak buat, senang makan dan sihat juga...kalau dekat sabah mak suka sangat beli timun tua ni buat sup ikan atau sup timun. Kali ni nak kongsi resepi mudah n sedap guna timun tua bersama ikan merah#Week8#GoldenApron23 Faizah Yahya(Mrs Peija) -
Sup Kepala Ikan Merah Sup Kepala Ikan Merah
Sup Kepala Ikan Merah lauk berbuka puasa saya hari ni.. Ikan merah ni suami yg dapat hasil memancing 2 hari lepas..suka sgt dia dapat ikan merah sebab kali ke-2 dapat ikan tu.. Alhamdulillah suami puji sedap..sampai 3 kali tambah nasi..berselera betul dia..hihii.. Sup ni saya buat simple2 je tapi insyaAllah sedap..ikan fresh2 plk tu..langsung x hanyir.. Nor Al Fatihah -
Sup Ikan Merah ala Thai Sup Ikan Merah ala Thai
Jarang jarang nak masak sup ikan ni, tak ramai yg suka makan sup ikan😂. Sup ikan ala thai cara saya, masam pedass🔥 Ann👩🏻🍳 -
👩🍳Sup Ikan Merah 👩🍳Sup Ikan Merah
Alhamdulillah…Lepas raya tak lah sakit seperti diarrhea ,selsema ,batuk maupun demam. Mungkin sebab sepanjang raya nak makan apa pun berhati2 juga🤭. Sebaiknya kita cegah penyakit sebelum dia datang.Walaupun begitu, ada beberapa jenis Sup memang sy suka jika rasa tak sedap badan ataupun tak selera makan. Sup ayam,sup tulang, sup sayur dan sup ikan adalah antara pilihan sup yang menyegarkan badan jika dihirup panas2.Selalunya sup ikan yang saya suka ialah sup ikan merah ataupun ikan tenggiri. Kedua2 jenis ikan ini isinya putih, dan kandungan proteinnya tinggi. Diet yang kaya protein baik untuk kesihatan tulang, kulit serta perkembangan tisu dalam badan.Ikan merah mengandungi omega yg tinggi serta mineral kalium dan fosforus untuk kesihatan jantung disamping menstabilkan tekanan darah.Yang menarik juga ialah dapat membantu mengurangkan berat badan kerana walaupun ia kaya dengan protein tetapi kalorinya rendah.🤭#Eat2Heal#MayChallenge2083/3K227/2024 Mahadiah -
Sup Ikan Merah Sup Ikan Merah
Ikan merah isi yang lembut sangat sedap dibuat sup. Saya suka masak sup sebab boleh letak lobak, kentang atau sayur kegemaran masing2. Lauk 2 dalam 1. Senang kan. Ada protein & sayur terus #goldenapron2020 kinafilzah -
Sup Ikan Merah Ala Thai Sup Ikan Merah Ala Thai
Ikan merah hasil tangkapan en.suami semalam seberat 2kg saya masakkan sup yang menjadi kegemarannya..tapi kali ni saya buat ala2 Thai gitu sebab di campur dengan daun & akar ketumbar serta sos ikan yang sinonim bahan2 nya dengan masakan Thailand. Alhamdulillah suami puji sedap..siap bagi kiss lagi 😘🥰 fresh betul isinya..dah la tebal 😋👍 Nor Al Fatihah -
Sup Ikan Merah Sup Ikan Merah
200/2024 (1753/2K)Global Apron Challenge 18: Rainy Day#GlobalApron2024Cookpad Magic Pantry List:Lada hitam, lada sulah, biji pelaga, kulit kayu manis, cengkih,bunga lawang,halba, halia, leek, cili padiHarini ni Uchu tersengeh2 je bila anak lelaki dan husben Uchu nampak kehairanan..sebab semua hidangan sup..sup kepah, sup ikan merah, sup ayam ginseng dan sup rasam..masakan melayu, cina dan india semua atas satu meja! hahahahaha. Nasib korang lah ye..sebab harini ni ummi pulun masak untuk challenge cookpad sebab esok dah nak gerak balik kampung. So senang hati ummi settlekan bahan pantry!Mata MIL tak terang sangat dicampur pula dengan masalah saraf pada matanya..MIL tak nampak pun apa yg menantu dia masak..yang pasti, Uchu cedokkan untuknya sup ikan merah dan letakkan semangkuk kecil sup kepah untuk dia. 😁 disamping ada ulam-ulam dan budu..huhu..itu yang utama untuk makan MIL. Sesimple Loralin -
Bihun Goreng Terlajak Sedap#phopbylinimohd#menuberbuka Bihun Goreng Terlajak Sedap#phopbylinimohd#menuberbuka
Bihun goreng ini kesedapannya adalah ramuan dari ikan bilis yang ditumbuk bersama bawang. Menggunakan rencah ikan bilis asli menjadikan bihun goreng ini terlajak sedap Aziela Amin -
Sup Ikan Siakap Sup Ikan Siakap
Hari ini saya masak sup ikan siakap.Istimewa buat suami dan anak.Bahan-bahan untuk membuatnya pun simple sahaja.So,let's check it out my dear friends 🥰🥰 Afidah Januri -
Sup ikan siakap Sup ikan siakap
Husband demam and terasa nak makan sup. Tak masak sup ayam sebab mak sy cakap ayam boleh buat batuk.Since ikan siakap je ada, so kita try.Selamat mencuba😊 Nurulfadilah Hishak
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)