Sambal Ijo Menyengat

Hamidah binti Mokhtar
Hamidah binti Mokhtar @hamidah_mokhtar6767
Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia

#goldenapron2020
Jangan kata hijau tak pedas. Sekali rasa mesti terangkat. Tak nak sudah2 makan nasi dibuatnya. Ada yang ini, dengan ikan gorengpun dah cukup. Gaul dengan nasi panas2 mesti sayang nak tinggal meja makan. Bertambah2 dibuatnya. Rosak diet dibuatnya.
Jom kita buat banyak2. Xhabis simpan dalam botol. Tapi kena cepat2 simpan. Masa panas2 tu, ambik tudung botol cepat2 tutup. Insyaallah ia akan tahan lama. Xperlulah nak buat selalu2. Ini bawak kat kawan2 masa kerjapun boleh. Satgi xyah kalut2 cari lauk dah. Jom study resepinya. Sangat sedap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
10 sajian
  1. 150 gramikan bilis
  2. 250 gramcili besar hijau
  3. 150 gramcili padi hijau
  4. 200 grambawang besar
  5. 150 grambawang merah
  6. 5 ulasbawang putih
  7. 1biji limau nipis
  8. 10biji limau kasturi
  9. 3sudu besar cuka makan
  10. 1/2 cawangula
  11. 1sudu besar serbuk ajinomoto
  12. Belacan sebesar ibu jari
  13. Garam secukup rasa

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Sediakan bahan2 di atas secukupnya.

  2. 2
  3. 3

    Kupas bawang merah dan bawang putih. Basuh bersih. Potong/mayang nipis2.

  4. 4

    Sediakan kuali. Masukkan minyak untuk menumis.

  5. 5

    Tumis bawang2 yg dimayang tadi hingga agak garing.

  6. 6

    Blend cili padi dan cili besar. Blen bersama belacan sebesar ibu jari. Tumis bersama bawang.

  7. 7

    Basuh bersih ikan bilis dan tumbuk2 dgn lesung batu. Xperlu sampai lumat.

  8. 8

    Masukkan ke dalam kuali.

  9. 9

    Perah limau nipis dan kasturi ambil jusnya dan masukkan ke dalam kuali.

  10. 10

    Masukkan gula, garam dan ajinomoto. Kacau rata.

  11. 11

    Potong bawang besar secara melintang.

  12. 12

    Bila agak kering, masukkan bawang besar. Balik2kan.

  13. 13

    Keringkan kuah.

  14. 14

    Siap.

  15. 15

    Botolkan semasa ia masih panas.

  16. 16

    Boleh dimakan dengan nasi putih panas2. Sedap....

  17. 17

    Sambal Ijo memikat hati seisi keluarga.

  18. 18

    Jom buat.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Hamidah binti Mokhtar
Hamidah binti Mokhtar @hamidah_mokhtar6767
pada
Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia

Komen (12)

Princes Princes
Princes Princes @queen85
Cuka nye nak ltk masa bile ye puan

Resipi Sepertinya