Tepung Pelita Moden

Erma Yusnida @acik_dapo
#goldenapron2020 tepung pelita kita cuba resepi dari cookpadie yg lalu, sedap juga lembut je rasanya, segar di tekak😅
Tepung Pelita Moden
#goldenapron2020 tepung pelita kita cuba resepi dari cookpadie yg lalu, sedap juga lembut je rasanya, segar di tekak😅
Cara Memasak
- 1
Satukan bahan bahagian bawah kemudian masak ataas api hingga pekat
- 2
Satukan bahagian atas dlm mangkuk berlainan kemudian masukkan dalam periuk dan masak sehingga sedikit mendidih
- 3
Masukkan bekas bahagian bawah (hijau) dan sejukkan seketika,kemudian boleh dimasukkan bahagian atas pula (putih) boleh dihidangkan ketika sejuk. Selamat mencuba
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Tepung Pelita Tepung Pelita
#cooksnaptepung #cooksnaptheme1 #cooksnaptheme1 #tepungberas #mentorlove #goldenapron2020 Dah lama Aznie tak buat tepung pelita, selalu buat kuih limas je. kira adik beradik la tu cuma limas guna tepung gandum dan tepung pelita guna tepung beras.. Baru ni nampak resepi dari adik cookpadies lalu kat cookpad dan-dan rasa nak makan.. memang nampak sedap. Kebetulan pulak cookpad bagi cabaran bertemakan tepung jadi boleh la buat sekali. Resepi ni Aznie suka sebab kuihnya lembut ala gedik-gedik gitu.. Tak rugi mencuba. sedap.. Aznie Khasri -
Kuih Tepung Pelita Kuih Tepung Pelita
Lama tak makan kuih tepung pelita. Teringin pula nak makan kuih tepung pelita dalam acuan daun pisang. Nasib baik husband tolong buatkan acuan daun pisang. Buat lebih sikit, hulur dekat jiran².Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional lembut. Kuih ini popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura.Tepung pelita merupakan pada asasnya dibuat daripada santan dan tepung beras dan dimasak dalam bekas yang diperbuat dari daun pisang. Ditengah-tengahnya pula diisi dengan air gula yang menjadikannya rasa lemak manis.Tepung pelita terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian atas atau dikenali sebagai kepala, lembut dan dibuat daripada santan dan bewarna putih. Bahagian bawahnya pula dibuat dari tepung beras dan biasanya bewarna kehijauan dan lebih keras sedikit dari bahagian kepala tetapi masih dibuat lembut.Kuih tepung pelita terdiri daripada dua lapisan yang bewarna hijau di bawah dan lapisan santan putih di atas, yang dikenali sebagai kepala. Ia sejenis kuih manis dan amat digemari di pantai timur.#cppassport Azizah Mansor -
Tepung Pelita Tepung Pelita
Cuba-cuba resepi tepung pelita Eina Azman dari IG. Alhamdulillah jadi dan sedap. AzhadaSyuhada -
Tepung pelita Tepung pelita
Hi resepi ini saya kongsikan dari youtube saya sendiri KasiTapau Channel. Untuk resepi ini saya akan buat Kuih Tepung Pelita. Cara buat kuih ni Mudah Dan Sedap tanpa perlu kukus. Kuih ni tidak boleh disimpan pada suhu bilik, sebaliknya perlu disimpan dalam peti sejuk agar dapat disimpan hingga 2-3 hari. lagi sejuk lagi sedap. KasiTapau Channel -
Tepung pelita 💚🤍💚 Tepung pelita 💚🤍💚
Kali pertama buat kuih tepung pelita..Biasa beli kat bazar jer...Alhamdulillah...hikmah pkp..Buat lebih bagi kat jiran 😍Acuan tu blh je guna bekas kecil2.. kalau rajin blh buat dengan daun pisang.. boleh tengok youtube details untuk acuan tepung pelita.Tepung pelita yang tak berapa manis lembut² gedik gitu. suka tengok bekas kelongsong daun pisang tu... letak dalam peti makan sejuk² walllaaahh! 😋 Elley ana -
Tepung pelita sagu Tepung pelita sagu
#goldenapronCerita dikala petang jiwa ni kan..klau xde menu petang rasa cam gelabah semacam..duk pikir nak buat menu ape..tetiba bukak peti ade santan & ade sagu..terus dapat idea...buat kuih ni je la☺️☺️☺️ jarang kita dengar tepung pelita sagu kan..?? Serius mmg sedap..ade sikit kelainan dlm masakan ni...yg atas putih lemak macam biasa tapi yg bawah manis ade rasa biji² dlm dia..mmg osem la😋😋 ZuitaAisyah -
Tepung Pelita Moden Tepung Pelita Moden
#bazaarramadan#minggu3#goldenapron2020#madebyjeehan#cookpadmalaysiaSource : MinShaJuadah yang selalu di cari di Bazaar Ramadan. kami suka sangat dengan kuih Tepung Pelita ni. Saya yakin Cookpaders pun pandai buat, sebab senang sangat, just campur-campur,godek-godek,tuang dalam bekas terus siap.😊 Jeehan Kitchen -
Kuih Tepong Pelita Kuih Tepong Pelita
KakNet buat kuih ni sebab dah TERbeli 🤣🤣🤣🤭 acuan utk kuih Tepong Pelita . Lg pon xberapa pandai nk buat acuan dengan daun pisang 🤭🤭Haha 😅 so kena laa guna kan😘👌. Tepong Pelita di area sini mudah sangat dijumpai, ramai jew yg menjualnya. Netie Rose Oven -
Tepung Pelita Pandan Serani Tepung Pelita Pandan Serani
Resipi asal dari sis @sasha_sabrina . Memang sedap rasa premium 💕 Berbaloi cuba.Saya tambah pandan serani untuk warna dan rasa seperti guna daun pisang😋😋.Tepung beras saya guna tepung beras Jati dan santan kotak dalam resipi asal, saya hanya ada santan segar. Sukatan garam bahagian atas saya kurangkan sikit dari resipi asal.Mudah je rupanya nak buat kuih ni. Kena rajin kacau-kacau.☺️ Cookies Monster 🍪 -
Kuih Tepung Pelita#phopbylinimohd#batch18 Kuih Tepung Pelita#phopbylinimohd#batch18
Saya mengikuti kawan-kawan saya yang mengambil kelas untuk membuat kuih tepung pelita ini. Pengajarnya adalah seorang makcik yang memang sudah berniaga bertahun-tahun akan kuih ini. Sekali dia buat beribu2 bekas tepung pelita.Nak dijadikan cerita, 2 tahun lepas, dapat gerai untuk meniaga di pasar ramadan. Oleh kerana nak menampung perjalanan sehari-hari dan nak raya dan perlukan wang juga, saya cuba apply ilmu belajar buat kuih tepung pelita ini.Alhamdulillah, mendapat sambutan yang agak baik. Ada customer yang datang hari-hari sepanjang bulan ramadhan tu hanya untuk beli tepung pelita. ☺️😊Resepi Kredit : Puan Ramnat Mat (saya doakan makcik selalu diberikan kesihatan yang baik & sentiasa dimurahkan rezeki 🤲🏻)#goldenapron Azlina Hashim -
Tepung Pelita Sukatan Cawan Tepung Pelita Sukatan Cawan
#Sukatancawan #1378recipeTeruja tengok @NetieRose_Oven buat Tepung Pelita guna acuan kak Aznie pun follow jugak guna acuan. Cari kat shoppe terus grab 2 set. Senang guna ni. Terima kasih Net share resepi sedap sangat, kak Aznie suka. Hubby kak makan sekali 5 bekas dia cakap nanti makan lagi. Punya la suka dia. Anak-anak kak pun sama, diorang cakap nanti buat lagi. Resepi ni mudah sebab menggunakan sukatan cawan (cawan matrik). Kak @zuita_Aisyah325 jom, Aznie dah buat😍 Aznie Khasri -
Tepung Pelita @ Limas Moden Tepung Pelita @ Limas Moden
Day120/366/2020/April/29Day43 #14harimencintaiku #extendPKP4Alhamdulillah hari ni hakak berjaya buat kuih Tepung Pelita @ Limas tapi versi moden lah. Kalau versi tradisional, acuan / losong kuih ini diperbuat daripada daun pisang dan kuih ini dikukus selapis demi selapis. Kuih ni feveret arwah Tok, memang masa kecil-kecil dulu kuih ni wajib ada setiap kali berbuka puasa. Mak pun selalu buat juga. Hari ni hakak belajar buat kuih ini tapi versi moden lah 😬. Lebih cepat dan mudah sedikit. Nanti kot bila-bila ada masa, hakak nak cuba buat yang versi tradisional pulak. Nak rasa apa beza dan feel nya macam mana pulak hokey 😌 Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/13656237
Komen