Ketam Goreng Sambal

Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
Malaysia

#goldenapron2020
#minggu33
Anak-anak memang suka makan ketam tapi jarang beli ketam sebab harganya boleh tahan. Sesekali bila jumpa ketam, beli la juga sikit-sikit.

Kalau masak menu ketam, lauk lain memang dah kurang pandang sebab keterujaan nak kopek untuk mendapatkan isi ketam. Bila dapat keluarkan isi ketam tu, terasa la seronoknya😍

Kali ini masak ketam goreng sambal pulak. Antara menu yang selalu dibuat untuk masak ketam. Jom cuba, pastinya sedap 😘

Ketam Goreng Sambal

3 orang bercadang membuatnya

#goldenapron2020
#minggu33
Anak-anak memang suka makan ketam tapi jarang beli ketam sebab harganya boleh tahan. Sesekali bila jumpa ketam, beli la juga sikit-sikit.

Kalau masak menu ketam, lauk lain memang dah kurang pandang sebab keterujaan nak kopek untuk mendapatkan isi ketam. Bila dapat keluarkan isi ketam tu, terasa la seronoknya😍

Kali ini masak ketam goreng sambal pulak. Antara menu yang selalu dibuat untuk masak ketam. Jom cuba, pastinya sedap 😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1kilo ketam
  2. 7biji bawang merah
  3. 3 ulasbawang putih
  4. 3 batangserai
  5. 5 helaidaun limau purut
  6. 3sudu besar cili kisar
  7. 3sudu besar sos cili
  8. 3sudu besar sos tiram (seafood sauce)
  9. 1inci halia
  10. 1/2 cawanair
  11. 1-2sudu besar gula (secukup rasa)
  12. 1/2sudu kecil garam (secukup rasa)
  13. 3-4sudu besar tepung jagung (untuk goreng ketam)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan

  2. 2

    Cuci bersih ketam, salutkan dengan tepung jagung, goreng sehingga masak dan letak tepi dulu

  3. 3

    Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis cili kisar sehingga betul-betul masak dan naik bau. Masukkan bahan yang dikisar, tumis lagi

  4. 4

    Masukkan serai, daun limau purut, sos tiram, sos cili, garam, gula dan air

  5. 5

    Masukkan ketam yang telah digoreng, kacau sebati dan boleh dihidangkan. Ratah macam tu tanpa makan dengan nasi pun sedap😋😋😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
pada
Malaysia
Suka memasak bila masa rajin walaupun tak pandai memasak sangat. Suka makan dan suka snap gambar makanan😍Hanya menggunakan gula perang dan garam himalaya sahaja dalam semua masakan kecuali dinyatakan☺️Jemputlah mencuba resepi harian yang selalu saya masak ini dan boleh juga diolah mengikut citarasa masing-masing. Selera setiap orang kan tak sama😌
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya