Kalakatar : Bingka Kelapa Muda

Pertama kali Yani dengar nama kuih yang unik ini dan merasa kuih tradisional yang popular dikalangan masyarakat Banjar.
Siap je masak kuih ini, Yani jamu mak saudara dan kakak yang kebetulan datang rumah Yani hari ini. Yani juga beri kepada jiran-jiran untuk turut sama merasa kuih ini. Mereka semua turut teruja sama kerana dapat rasa kuih yang keluar di rancangan televisyen: Majalah 3 minggu lalu.😍😍
Yani rasa seronok sangat kerana berpeluang mencuba buat sendiri kuih ini dan menerima maklum balas daripada mereka bahawa kuih ini sedap, terasa lemaknya dan menepati citarasa mereka. Alhamdulillah 🤲.
Ok, jom lihat resipi yang Yani dah cuba...😃
Kalakatar : Bingka Kelapa Muda
Pertama kali Yani dengar nama kuih yang unik ini dan merasa kuih tradisional yang popular dikalangan masyarakat Banjar.
Siap je masak kuih ini, Yani jamu mak saudara dan kakak yang kebetulan datang rumah Yani hari ini. Yani juga beri kepada jiran-jiran untuk turut sama merasa kuih ini. Mereka semua turut teruja sama kerana dapat rasa kuih yang keluar di rancangan televisyen: Majalah 3 minggu lalu.😍😍
Yani rasa seronok sangat kerana berpeluang mencuba buat sendiri kuih ini dan menerima maklum balas daripada mereka bahawa kuih ini sedap, terasa lemaknya dan menepati citarasa mereka. Alhamdulillah 🤲.
Ok, jom lihat resipi yang Yani dah cuba...😃
Cara Memasak
- 1
Kopek kelapa muda, ambil 2 cawan air kelapa.
- 2
Kemudian ambil isi kelapa. Yani dapat isinya sebanyak 1 cawan.
- 3
Adunan tepung : Campurkan 2 cawan tepung gandum, 2 cawan air kelapa muda, 6 sudu makan gula, 1/2 sudu makan garam dan sebiji telur. Kacau rata menggunakan whisk.
- 4
Loyang dioleskan dengan 1/2 sudu minyak masak. Selepas itu Yani gunakan kertas silikon /kertas minyak lapik di dalam loyang.
- 5
Tuangkan adunan tepung di dalam loyang. Kemudian masukkan isi kelapa muda. Kacau rata supaya isi kelapa tidak berkumpul setempat sahaja.
- 6
Bakar di dalam oven selama 1 jam. Menggunakan api atas bawah. Suhu 180°c.
- 7
Hasil setelah dibakar selama 1 jam. Seterusnya, bakar lagi selama 20 minit, suhu 180°c menggunakan api atas sahaja. Untuk bahagian atas lebih masak kekuningan dan cantik.
- 8
Ini hasilnya, selepas siap dibakar untuk kali kedua. Setelah sejuk, boleh dikeluarkan dari loyang dan boleh dipotong. Cantikkan hasilnya. Lembut dan rasanya lemak-lemak. Selamat mencuba 🤗.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kalakatar @ Bingka Kelapa Muda Kalakatar @ Bingka Kelapa Muda
#goldenapron2020#kalakatarBila dapat tajuk bonus kali nie, nama Kalakatar memang tak pernah dengar. Nak tak nak terpaksa gogel cari resepi kat alam maya.Rupanya sejenis kuih. Resepi orang-orang lama kaum Banjar. Bila lihat kepada bahan yang digunakan ini tak jauh beza dengan kuih bingka atau bengkang.Sebab tak nak bonus golden apron lopong, akhirnya saya buat juga sebab nak dapatkan air kelapa muda agak susah. Restoran yang biasa tempat beli tu tak menjual kerana tengah diubah suai.Rezeki dapat beli juga selepas pusing sana sini, jumpa gerai tepi jalan jual air kelapa walaupun mahal demi nak buat kuih kalakatar😍Resepi nie diolah sikit sebab nak bagi rasa lemak santan. Rasanya hampir sama macam kuih bakar cuma kuih bakar tu ada rasa pandan. Noor Hassan -
Kalakatar (Bingka Kelapa) Kalakatar (Bingka Kelapa)
#kalakatar#goldenapron2020Hanya 3 ketul Kalakatar ni je tinggal untuk diambil gambar! Tragis betul.Semasa menu ini ditayangkan di rancangan Majalah 3, terfikir jugak la camna rasa dan cara membuat Kalakatar ni. Terliur nengoknyer. Cadang-cadang jugak le nak ke Bagan Serai konon-konon nak beli Kalakatar original macam ditunjukkan di Majalah 3. Tapi sebab wabak COVID ni, memang tak keluar ke mana-mana kalau tak ada sebab.Walaupun saya tinggal kat Tanjung Piandang yang ramai suku kaum Banjar, tetapi tak pernah merasa apatah lagi memasak Kalakatar. Pagi-pagi lagi dah ke rumah Mak Ndak yang merupakan orang Banjar, bertanyakan resepi. Rupanya dia pun tak pernah memasak kalakatar. Ha..ha.. Alamatnya cari kat Facebook la jawabnya.Ngam pulak resepi kat Facebook dengan bahan-bahan yang ada kat rumah. Kerah Encik Suami petik buah kelapa. Panjat dengan tangga je pun sebab pokok kelapa pandan ni rendah pokoknya. Hampir 5 biji dipetik, tapi 3 biji je sesuai dan elok dah isinya untuk dijadikan Kalakatar.Elok je Kalakatar ni siap keluar dari oven. Keluarga sepupu datang bertandang. Masing-masing teruja nak merasa Kalakatar. Sekali toleh udah tinggal bekas. Ada la 3 ketul baki untuk di ambik gambar. Maklum le berkelah bawah pokok kelapa dan di tepi sawah padi yang sedang menghijau. Sedap sangat le tu! Rose Nani Nizah Nayan -
KALAKATAR - BINGKA KELAPA MUDA KALAKATAR - BINGKA KELAPA MUDA
#kalakatar#goldenapron2020Bonus kali ini,pihak Cookpad Malaysia ingin menghidupkan kembali resepi traditional masyarakat orang Banjar iaitu Kalakatar.Namanya saja sudah buat kita tertanya-tanya apatah lagi dengan rasanya.Jadi,Ain mengambil peluang ini untuk mencuba membuatnya.Bermulalah pencarian resepinya di Google.Cara membuatnya boleh dikatakan mudah.Hanya masukkan semua bahan,gaul sebati,tapis dan dimasak sebentar di atas api sebelum dibakar.Hasilnya bergantung pada individu.Ada yang suka ianya lembik,ada yang suka sedikit kental.Cara dimakan juga ada yang saran Kalakatar ini di makan ketika masih lagi panas kerana dikatakan maksud perkataan Kala itu ialah "ketika" dan katar ialah "panas".Yang pasti Kalakatar atau Bingka Kelapa Muda ini sudah payah didapati di pasaran.Dikatakan hanya di tempat-tempat tertentu sahaja ia dijual dan disediakan.Ayuh,kita sama-sama menghidupkan kembali kegemilangan Kuih Bingka Kelapa Muda atau Kalakatar ini.Rasanya yang lemak,manis dan lembut amat sesuai dihidang untuk santapan seisi keluarga dan tetamu.Yang pasti,anda tak akan kecewa apabila mencuba membuat resepi ini.Jom lihat resepi yang Ain sediakan ini. Selamat mencuba yer semua 😊 Nurain Jalil -
Bingka Kelapa Muda Bingka Kelapa Muda
#kalakatar#goldenapronBila MinSha update bonus kali ni tentang Pertama Kuih Bingka Kalakatar, terus Google pasal kuih ni. Serious saya tak pernah tahu dan tak pernah rasa. Banyak pula tu edisi resipi kuih ini. Tak mengapa, untuk kali pertama saya cuba resipi ini, saya olah sedikit resipi asal kerana air kelapa muda tak cukup lagi secawan. Jadi saya tambahkan 1 cawan santan untuk menggantikan air kelapa muda yang kurang.Ketika dibakar, ruangan dapur saya berbau harum seperti bau air kelapa. Saya agak mesti kuih bingka ini sedap.Setelah siap dibakar, saya sejukkan seketika. Bila dapat rasa kuih Bingka Kalakatar ni... hmmmmm memang sedap. Aroma kelapa tu memang terasa. Apatah lagi kerak bahagian atas kuih bingka ini, memang sedap. Cuma bagi saya sukatan ini terlebih manis pula. Saya sudah kurangkan 1/4 dari secawan gula ( resipi asal 1 cawan )Mungkin air kelapa ini sudah cukup manis. Tetapi kepada sesiapa yang suka manis, tak perlu kurangkan. Sememangnya saya seorang yang kurang gemar benda manis.Dimasa hadapan, saya akan buat kuih bingka kelapa ini sebagai hidangan pemanis mulut jika ada tetamu yang datang. Untuk mencuba sesuatu yang baru, lebih baik kita sebarkan supaya orang lain dapat merasa keenakkan kuih tradisi orang Banjar ni.Terima kasih MinSha kerana memperkenalkan saya kuih bBingka Kalakatar ini 😊 Gyna Elenna -
Kalakatar - Bingka Kelapa Muda Kalakatar - Bingka Kelapa Muda
#goldenapron2020 #kalakatarTak pernah lagi merasa kuih Banjar ni. Bila dapat tahu minggu ni ada bonus kalakatar, cepat-cepat pergi beli air kelapa dan isinya. Tak susah pun rupanya. Campak-campak je dalam blender, masuk oven, siap!Bila dah ramai yang share resepi, tak tau nak ikut yang mana satu da. Last2, kita ikut resepi minSha. Senang jer campak2 dalam blender tu 😂 Mardiana Jaafar -
Kalakatar Air Fryer (Bingka Kelapa Muda) Kalakatar Air Fryer (Bingka Kelapa Muda)
Kalakatar? Apa tu? Tak pernah dengar pun selama ni. Susah hati dah bila dapat tau bonus kali ni kena masak kuih kalakatar iaitu kuih orang Banjar. 😱Tapi bila aku google resepi takde la susah sangat pun. Bahan pun tak banyak. Cuma wajib ada kelapa muda. Ok tazabarrr nak buat. Kelapa muda ni memang feveret aku. 😍Akhirnya siap jugak kalakatarku ini. Aku tak tau la jadi ke tak sebab tak pernah makan sebelum ni. Yang pasti rasa dia memang sedap bila makan sejuk sejuk. Lemak lemak masin manis semua bersatu dalam mulut. 😋Tq Cookpad kerana buat bonus ni. Secara tak langsung kami boleh tau dan belajar macam macam jenis kuih. SELAMAT MENCUBA! 😊#kalakatar#minibonus#goldenapron2020#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
"Kalakatar"(Bingka Kelapa Muda) "Kalakatar"(Bingka Kelapa Muda)
#kalakatar#goldenapron2020Tak pernah dengar pon nama kuih kalakatar ni apalagi nak makan.Tetiba minsha bagitau minggu ini ada Bonus kalakatar.Apalagi terus lah jari ni mengetuk pintu gooogle dan muka buku..Cari apa itu kalakatar,Rupanya ia adalah satu masakan atau hidangan tradisi masyarakat banjar yang berasaskan kelapa muda.Kebetulan juga dirumah memang tak pernah putus kelapa muda ni.Saya pun mulalah membaca dari bahan hinggalah ke cara memasak.Rupanya ada banyak version kalakatar ni.ada yang lebihkan tepung gandum ada juga yang lebihkan tepung beras,ada tanpa santan dan bersantan.belek punya belek teringin pulak nak buat versi sendiri.Tukarkan gula putih kepada gula merah dan letak santan.Masa membakar aromanya sangat menggoda.Bila makan rupanya sedap kalakatar ni.Tak rugi mencuba.Patutlah viral sampai masuk tv3..👍😋Rasa kalakatar ni seakan rasa bingka tepung masyarakat melayu.Tapi uniknya kalakatar ni ia lebih sedap dan wangi bilamana isi kelapa dibakar.Setiap gigitan makin asyik bila tergigit isi kelapanya yang kenyal2.Lepasni boleh buat selalu.Jom kita tengok resepi membuatnya.👇 Q'leenalee's Kitchen -
Kalakatar Resepi Mak Kalakatar Resepi Mak
#kalakatar #goldenapron2020Teringat kuih kalakatar yang saya makan masa kecik-kecik dahulu. Terubat kerinduan makanan dari "Kulaan" kami. Kuih ni memang tidak asing lagi pada keluarga kami. Juga jiran-jiran di sekeliling rumah kami. Sebab rumah mak saya dikelilingi juga dengan orang-orang banjar. Jadi memang tidak asing lagi makanan ni buat kami. Selalunya mak buat kukus sahaja kerana kat rumah tiada oven. Kali ni saya menggunakan oven. Kerana lebih mudah . Akhirnya dapat gak nak merasa keenakan kuih ini dengan rasa lemak kelapa dan isinya. Jom tengok resepi☺️ Aziela Amin -
Kuih Kalakatar Kuih Kalakatar
#kalakatar#goldenapron2020Bila ada cabaran bonus goldenapron bertemakan kuih Kalakatar suami yang teruja sebenarnya. Dia dah lama teringin nak makan gara-gara menonton rancangan Majalah 3. Nampak sedap katanya. Buat la juga 1/2 adunan. Buat minum petang kami sekeluarga. Sarmila Sharif -
Bingka Borneo / Kalakatar Bingka Borneo / Kalakatar
#kalakatar #goldenapron2020Sebelum viral di TV3 sejujurnya akk belum pernah tengok atau merasa kuih tradisi yang satu ini,kuih yang sangat terkenal dalam masyarakat kaum Banjar...semenjak tersiar kisah kuih tradisi kalakatar atau bingka kelapa serta terkenal di negeri bawah bayu dengan nama bingka borneo akk terus guggle dan mencari resipi...sejenis perangai tidak menyabor terus akk search orang yang menjual kuih kalakatar...Alhamdulillah akk bernasib baik rezeki akk ada penjual yang tinggal tidak jauh dari kediaman akk...lepas craving hihihi nasib baik oder 2 pack xsangka sedap rupernya kena dengan selera akk...tertiba sehari selepas dah makan dan merasa kuih kalakatar admin cookpad umumkan bonus golden apron bak kata orang 'pucuk dicipta ulam mendatang' nawaitu memang akk nk cuba buat sendiri jugak maka terjadi happy sangat2 next nanti bila balik kampung di Terengganu akk nak buat untuk family disana sebab dekat rumah ayah dikampung ada pokok kelapa nanti boleh buat banyak2 buah kelapa fresh free pulak tuuu...😁😍😘 Aza Aaj -
Kalakatar versi Eat Clean Kalakatar versi Eat Clean
#kalakatar #goldenapron2020Wadai kegemaran saya jika balik ke kampung ibunda tercinta.Teringat zaman kecil-kecil, emak saya dan makcik-makcik, sibuk menyiapkan kuih kalakatar ini. Daripada mengait buah kelapa di kawasan tepi bendang, menghidupkan bara api dengan tempurung dan sabut kelapa. Masing-masing ada peranan sendiri dan tahu perlu buat apa.Saya dan sepupu-sepupu hanya bermain dan sibuk menggangu mereka. Seronoknya mengimbas kisah lama. 😍😍.Hari ini saya cuba olah kepada versi Eat Clean, sebab saya suka sangat kuih ni. Jadi saya nak makan tanpa rasa bersalah. Alhamdulillah sesuai dengan tekak saya dan menepati citarasa saya.Jom kawan-kawan yang sedang berdiet boleh cuba resepi ini tanpa rasa bersalah. 😍💪💪Tips: air kelapa yang mempunyai isi yang lembut dan tebal sedikit lebih sedap berlemak berbanding air kelapa yang isinya belum menjadi (saya panggil macam berhingus 😉) Dapoq Kak Del -
Kalakatar 😋 Kalakatar 😋
Pertama kali mencuba kuih kalakatar ni sempena menyahut cabaran bonus golden apron 😁Dikatakan kalakatar ni sejenis kuih traditional masyarakat banjar dulu2 dan tiba2 viral selepas dipaparkan dalam slot majalah 3 di tv3 hihiii 😄Sedap sangat kuih ni lembut dan manis kelapa muda. Bagi saya isi kelapa muda di atas kuih ni la yang membuatkn kuih ni sedap dan unik. Dia seakan bingka tepung tp uniknya terletak pada penggunaan air kelapa muda dan isi kelapanya 🤗 selamat mencuba semua#kalakatar#goldenapron2020 Mama Esya 🥰
Lebih Banyak Resipi
Komen (4)