Ayam Goreng Sambal

Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
Pulau Pinang, Malaysia

Menu ayam memang setiap kali masak kene ada. Jadinya tiap harilah kene fikir apa yang senang dan cepat dengan si ayam ni. So kali ni kita buat ayam goreng sambal je. Cepat dan senang. Menambah lah juga nasi bila makan dengan ayam goreng sambal ni 🤤😋. Jom masak ✌🏽.

Ayam Goreng Sambal

13 orang bercadang membuatnya

Menu ayam memang setiap kali masak kene ada. Jadinya tiap harilah kene fikir apa yang senang dan cepat dengan si ayam ni. So kali ni kita buat ayam goreng sambal je. Cepat dan senang. Menambah lah juga nasi bila makan dengan ayam goreng sambal ni 🤤😋. Jom masak ✌🏽.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
1 hidangan
  1. 7-8ketul ayam saiz kecil yang sudah di gaul dengan garam dan serbuk kunyit (bergantung citarasa masing-masing)
  2. 1senduk besar minyak masak
  3. 1biji bawang merah dihiris
  4. 2 ulasbawang putih diketuk
  5. 1/4inci halia dihiris
  6. 2senduk kecil cili yang sudah dikisar
  7. 2sudu besar air asam jawa yang sudah dibancuh
  8. 1/4sudu gula
  9. 1/2sudu garam
  10. 1/2sudu perasa masakan hilal

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Mula-mula sekali basuh ayam, gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, kemudian gorengkan. Dah masak, ketepikan sekejap. Buang sedikit minyak yg ada untuk nak tumis sambal.

  2. 2

    Kemudian, tumis bawang merah, bwg putih, halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili, gula dan gaul seketika. (Gula adalah untuk membuatkan cili kita berwarna merah pekat) Nampak dah kering masukkan air asam jawa. Perasakan dgn garam dan perasa masakan hilal. Gaul sebati.

  3. 3

    Dah sebati, masukkan ayam yg digoreng td. Gaul sebati, dan rasa masakan kita. Boleh diolah rasanyamN yang kurang. Dah siap, boleh dihidangkan bersama nasi putih panas2. Selamat mencuba 🥰.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
pada
Pulau Pinang, Malaysia
Suka masak 👩🏻‍🍳.Saja nak berkongsi resipi yang sudah dimasak 😍.Suka gambar cantik-cantik walaupun gambar sendiri tak cantik 🥴😅📸.Suka berkawan dengan ahli cookpad yang lain dan sesiapa sahaja yang sudi🥰.Selamat Datang ke ‘Ain Mohd Kitchen’🙋🏻‍♀️.Terima kasih kerana sudi mencuba resipi-resipi saya 😍💐.Jom kita masak ✌🏽🤩.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya