Pulut Kepal (Pulut Kelapa)

Pulut kepal sarapan saya pagi ni. Ia mengingatkan saya waktu kecik2 dulu mak selalu buat utk sarapan pagi..saya tengok sendiri bagaimana mak saya buat sampai lah pulut siap di kepal. Mak kepal besar2..makan satu biji pun dah kenyang. Ada jugak mak saya guna gelas & padatkan pulut ke dlmnya..pastu di terbalikkan ke atas pinggan & salut dengan kelapa parut. Pulut kepal ni sedap di makan ketika hari hujan..bila nak makan tabur dengan beras pulut yg di sangai (goreng tanpa minyak) sedap..lembut campur rangup2 gitu..
Pulut Kepal (Pulut Kelapa)
Pulut kepal sarapan saya pagi ni. Ia mengingatkan saya waktu kecik2 dulu mak selalu buat utk sarapan pagi..saya tengok sendiri bagaimana mak saya buat sampai lah pulut siap di kepal. Mak kepal besar2..makan satu biji pun dah kenyang. Ada jugak mak saya guna gelas & padatkan pulut ke dlmnya..pastu di terbalikkan ke atas pinggan & salut dengan kelapa parut. Pulut kepal ni sedap di makan ketika hari hujan..bila nak makan tabur dengan beras pulut yg di sangai (goreng tanpa minyak) sedap..lembut campur rangup2 gitu..
Cara Memasak
- 1
Tanak beras pulut bersama air biasa & air kelapa (air kelapa berfungsi memberikan kemanisan pada pulut) jika tak nak letak pun boleh, guna air biasa je semua. Tutup periuk ketika pulut di masak. Setelah air kering, perlahankan api kecil. Masak lagi selama 10-15 minit hingga pulut masak sepenuhnya. Tutup api & biarkan pulut suam
- 2
Gaul kelapa parut dengan gula & garam.
- 3
Basahkan tapak tangan dengan sedikit air. Ambil pulut & kepal hingga agak padat. Kemudian salut dengan kelapa
- 4
Rebus ikan dengan asam gelugur & goreng hingga agak garing
- 5
Sangai beras pulut hingga keperangan
- 6
Hidangkan bersama ikan rebus goreng tadi & tabur dengan beras pulut yg di sangai
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sagon Kelapa Sagon Kelapa
Sagon kelapa ni betul2 mengimbau zaman kanak2 saya dulu.. Emak saya buat & saya jualnya kat sekolah..ye la..masa tu hidup kan susah..saya jual dengan harga 20 sen satu batang plastik aiskrim ni..tapi yg kelakarnya saya tak reti jual, tak untung mak cakap😆😅 sagon habis di jual tapi duit tak cukup..lepas tu mak tak beri saya jual dah..sedih jgk sebab tak dapat tolong mak lagi..Sebenarnya sagon ni first time saya buat sebab Cookpad bagi tema makanan yg mengimbau zaman kanak-kanak..jadi saya terus teringat sagon ni. Ia mudah di buat & bahan2nya pun mudah di dapati. Ia merupakan jajan yg popular dalam tahun 80-an dulu..makan sagon ni tak boleh bercakap & ketawa tau..nanti tersembur keluar 😆 hepy sgt bila anak2 cakap sedap & minta saya buat lagi Nor Al Fatihah -
Pulut Cawan Pulut Cawan
Pulut cawan atau pulut gaul nyor mmg tak asing lagi dah bagi orang pantai timur terutama Terengganu.. Kelantan.. Ianya boleh di makan dengan ikan kering.. Atau ikan kukus goreng.. Nak makan dengan sambal bilis pun boleh.. Telur rebus pun boleh.. Smua lah ngam menjadi.. Hak tak menjadi nye satu je.. Tuan hak buat ni.. Tak jadi² nak kurus😂 FZ Adzlin -
Tapai Pulut Tapai Pulut
#goldenapron2020 #week6 Tapai pulut merupakan antara juadah hari raya yg menjadi kegemaran saya sekeluarga. Resepi daripada mak saya sendiri..setiap kali raya wajib mak saya buat..tapi dia menggunakan daun getah @ daun jambu air..memandangkan di tempat saya sukar utk dapatkan daun2 tersebut..jadi saya menggunakan daun pisang saja..cara bungkusnya pun senang..saya buat ni 2 hari lepas..alhamdulillah manis seperti tuannya 😆😝 ada yg mengatakan buat tapai ni ada pantang larangnya..tapi tidak bagi saya & mak saya..kita buat dia..bukan dia buat kita😆 sedap di makan sejuk2 letak dlm peti ais.. Nor Al Fatihah -
Pulut Kelapa & Ikan Rebus Goreng #ChefZam Pulut Kelapa & Ikan Rebus Goreng #ChefZam
Mengimbau kenangan lalu melalui hidangan sederhana.Namun cukup mengingatkan kita pada sejarah, pada kenangan.Bagaimana membebaskan diri dari kepayahan ibarat mempertahan satu kemerdekaan. Selamat Hari Merdeka Malaysiaku.#goldenapron Nurul Fatihah -
Pulut Kuning Pulut Kuning
Memenuhi permintaan anak dara musim pkp 2.0. Teringin nak makan pulut kuning. Ada orang tak suka pulut , katanya angin satu badan Kita boleh cuba petua orang tua ni, beras pulut direndam semalaman baru lah dikukus. Insha allah saya x rasa angin nya kalau setakat makan sepinggan. Ani Delighted -
Pulut Durian Pulut Durian
#goldenapron2020 #week9 Beberapa hari lepas suami belanja durian..hadiah hari lahir katanya..dia beli sehari sebelum hari lahir saya..memang suka sgt la dpt durian sebab dah lama anak tekak mengidam..durian asyik lalu lalang kat wall fb..mau tak teliurnya 😆 Seperti biasa kalau beli durian mesti suami minta saya buatkan pulut durian yg menjadi kegemarannya. Kebanyakannya org sebelah utara makan macam ni..suami saya pun org utara..saya belajar makan selepas berkahwin dgnnya..berbeza cara saya, org pantai timur makan pulut bersama pengat/serawa durian iaitu santan di masak bersama gula melaka & daun pandan. Demi penuhi permintaan suami, jadi saya ikutlah seleranya buat pulut yg di makan bersama santan putih saja yg di panaskan dgn sedikit garam, di tuang ke atas pulut & tabur dgn gula..memang sedap..lemak2 manis gitu.. Nor Al Fatihah -
Tok Aji Serban /Pulut Sekaya Tok Aji Serban /Pulut Sekaya
#telurantarabangsa#goldenapron2020Kuih tok aji serban ini merupakan kuih tradisional orang Terengganu, iaitu negeri kelahiran saya. Di negeri lain ia di panggil pulut sekaya. Saya share resepi ni sebab nak memperkenalkan kuih orang lama2 dulu kpd generasi sekarang. Namanya yg unik..sampai sekarang saya masih tertanya-tanya kenapa namanya Tok Aji Serban. Mungkin dulu2 ada Tok Aji berserban suka makan kuih ni. Masa tu kuih ni tak ada nama lagi. Jadi bila Mak Aji tengok Pak Aji suka makan kuih ni, jadi Mak Aji beri la nama kuih Tok Aji Serban..hehe..tu hanya andaian saya saja laa..😆 Walau apapun sejarah namanya, orang dulu2 memang kreatif bagi nama kuih2..Kuih ini mempunyai dua lapisan iaitu bahagian bawah pulut & bahagian atas sekaya. Hasil & rupanya memang berkedut begini..lagi banyak berkedut bermakna lagi menjadi lah kuih ini..ia adalah hasil drp telur yg banyak di gunakan di dlm adunan. Sedap di hidangkan sebagai sarapan atau minum petang.. Nor Al Fatihah -
Pulut Dakap Kerisik Kelapa Pulut Dakap Kerisik Kelapa
#pulutdakapAsal Tradisi Makanan Orang² Pantai Timur Pulut Dakap..hakak tak pernah makan n tak pernah masak walaupun ada orang d rumah ni IC 03🙊😅tapi d sini hakak mencuba juga untuk sambut cabaran memasak Pulut Dakap ni..beras pulut masih ada lagi aritu buat pulut pagi ikan masin n inti pun ada lagi n aritu buat Sambal Kerisik Kelapa pun ada lagi hakak buat stock😅sini hakak share resepi Pulut Dakap versi hakak yer😉😁 Jemilah Tukimin -
Pulut Pagi Ikan Masin Indera Kayangan Pulut Pagi Ikan Masin Indera Kayangan
#merdekapassport 15Makanan terkenal di perlis jika d waktu sarapan pagi adalah Pulut Pagi Ikan Masin..resepi yang sangat mudah d sediakan👍Asal : Perlis Jemilah Tukimin -
Pulut Nyior (Kelapa) Ikan Kering #phopbylinimohd #batch19 Pulut Nyior (Kelapa) Ikan Kering #phopbylinimohd #batch19
#phopbylinimohd#batch19#goldenapron#minggu20Lama sangat nak makan pulut nyior ni. Biasa tak pernah makan dengan ikan kering. Tapi kali ni makan sekali, memang sedap la. AeJaa 📸 -
Pulut Nyor Ikan Rebus Goreng Pulut Nyor Ikan Rebus Goreng
Salah-satu resepi mengimbau kenangan sewaktu kecil - Pulut Nyoi Ikan Rebus Goreng.Sedapnya la hai tak boleh bawa bincang.Siapa yang pernah makan sudah tentu tahu sedapnya bagaimana.Resepi warisan aruah mak yang kini k.ha turunkan pula untuk anak-anak.Biasanya dihidangkan untuk Sarapan Pagi. ha.lim39 -
Pulut Kuning & Rendang Ayam Pulut Kuning & Rendang Ayam
Tunaikan permintaan anak bujang..2 hari lepas dia minta saya buat pulut kuning & rendang ayam..hari ni saya baru buat.. Macam biasa kalau saya buat pulut & rendang ayam ni mesti makan dari pagi sampai ke malam..nasi sila cuti 😆 suka tengok anak2 bertambah2 makan.. Nor Al Fatihah
Lebih Banyak Resipi
Komen (6)