Ikan Cencaru Sumbat Belakang

Ikan cencaru sumbat belakang ni febret suami saya..lebih2 lagi kalau sambal tu di campur dengan kelapa parut..kompem bertambah2 makan nasi.. Harum semerbak satu rumah..bukan dlm rumah je..rumah jiran pun boleh bau ni 😆 buat perut bertambah lapar.. Saya gandingkan ikan ni bersama masak lemak labu &di cicah dengan sambal belacan..perghh laju la makan 😋😋
Ikan Cencaru Sumbat Belakang
Ikan cencaru sumbat belakang ni febret suami saya..lebih2 lagi kalau sambal tu di campur dengan kelapa parut..kompem bertambah2 makan nasi.. Harum semerbak satu rumah..bukan dlm rumah je..rumah jiran pun boleh bau ni 😆 buat perut bertambah lapar.. Saya gandingkan ikan ni bersama masak lemak labu &di cicah dengan sambal belacan..perghh laju la makan 😋😋
Cara Memasak
- 1
Blend bawang2, cili kering blend, belacan, pes asam jawa & daun limau dgn sedikit air hingga halus
- 2
Kemudian, tumis hingga pecah minyak. Campur bawang sekali. Perasakan dgn garam & gula. Kacau rata
- 3
Akhir sekali, masukkan kelapa parut. Kacau hingga sebati & agak kering. Sejukkan dulu
- 4
Sumbat sambal kelapa ke dlm ikan. Goreng hingga masak & sedikit garing
- 5
Sedia di hidangkan panas2..
Resipi Sepertinya
-
Ikan Cencaru sumbat Ikan Cencaru sumbat
Resepi ini hasil dari ibu dikampung. Ikan cencaru sumbat memang sedap di makan bersama nasi panas#goldenapron#1post1hopev2 Aziela Amin -
Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Kelapa Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Kelapa
Biasanya ikan cencaru ni saya suka bakar begitu sahaja. Tapi kali ni, saya sumbat sambal kelapa pula. Alang-alang ada kelapa putih di rumah. Tak susah pun nak buat. Rasanya pun sedap. Makan dengan nasi panas-panas, memang terangkat!#goldenapron2020 #juliescookingwithluv Julie Mangsor -
Cencaru bakar sumbat sambal Cencaru bakar sumbat sambal
Ikan cencaru segar pemberian jiran. Alhamdulillah rezeki. Terus terfikir nak bakar sumbat sambal. Azizah Mansor -
Ikan Cencaru Kelapa Ikan Cencaru Kelapa
#goldenapron2020 #bazaarramadanIkan Cencaru ni, saya lebih suka masak samada sumbat cili atau sumbat kelapa. Mungkin juga sebab lauk ni antara lauk kesukaan Tok saya.Sambal kelapa ni mesti cukup rasa pedasnya, cukup masamnya dan cukup manisnya.Barulah sedap. Iman Hasanah Musa -
Ikan Cencaru Sumbat Sambal Ikan Cencaru Sumbat Sambal
#goldenapron2020Kami sekeluarga sangat suka kan ikan cencaru. Tambahan pula kalau di sumbat dengan sambal. Bertambah-tambah makan nasi masing-masing. Bau sambal dan daun kunyit memang menambat selera. Syima Yusof -
Ikan Cencaru Bakar Sumbat Ikan Cencaru Bakar Sumbat
Bila balik ke rumah mertua pasti ada buah tangan yang di bawa oleh Kak Long . Kak Long singgah pasar belikan ikan cencaru untuk makan tengahari ini. Ikan sumbat ni favorite abah mertua kak Long. Nana Isya -
Ikan Cencaru Sumbat Mudah Ikan Cencaru Sumbat Mudah
#bazaarramadan#minggu4 #goldenapron2020#minggu3 #cookpadmalaysia Ikan selalu memang menu utama dalam masakan..Ikan Cencaru sumbat ni di Bazar Ramadan akan jual di gerai masakan yang berlauk jer..musim PKP ni Bazar Ramadan tak ada so kita masak sendiri jer di Rumah lagi bole dapat Makan dengan ikut selera kita..so bole lah mencuba resepi masakan mudah Saya ni😍 Jemilah Tukimin -
Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Cencaru Sumbat Sambal Kelapa
Sangat jarang buat ikan sumbat sambal kelapa kerana anak2 lebih suka sambal sahaja tanpa kelapa. Uchu goreng mcm ni jugak, sebab lama betul tak makan style ni. Sesimple Loralin -
Cencaru Sumbat Sambal Cencaru Sumbat Sambal
Ikan cencaru/jaket sedap dimakan bersama air asam atau kicap sambal. Kali ni saya buat sambal sumbat simple dan sedap dimakan bersama nasi panas Azie -
Cencaru Sumbat Cencaru Sumbat
#goldenapron2020Menu favourite kami sekeluarga. Suami balik dari pasar bawa balik ikan cencaru. Jadi menu yang selalu buat cencaru sumbat. Henny Suhaina -
Masak Lemak Tauge Masak Lemak Tauge
Masak lemak tauge ni kegemaran suami saya. Lauk gandingannya mestilah ikan cencaru sumbat belakang bersama sambal belacan. Saya masak semalam lauk ni..berselera tengok suami makan bertambah2 nasi Nor Al Fatihah -
Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal
#goldenapron#minggukesepuluh#1post1hopev2Ikan cencaru.Selain enak digoreng,masak Asam pedas dan lain-lain,Saya sangat suka sumbat sambal dan dibakar.Makan dengan nasi panas sangat menyelerakan.Rasa pedas,belacan dan masam-masam asam jawa secukup rasa tu membangkitkan selera untuk menambah nasi.Haih bahaya sungguh!Untuk dibakar,saya tidak buang kulitnya kerana kalau dibuang kulitnya isi ikan akan menjadi keras.Penggunaan daun kunyit pula untuk menaikan aromanya selain untuk mengelakkan sambal terkeluar dari isi ketika membakar.Selamat mencuba 😘 Gyna Elenna
Lebih Banyak Resipi
Komen