Laksam 🇲🇾

Rose Nani Nizah Nayan
Rose Nani Nizah Nayan @dapoq_cikrose21
Perak

Laksam amat terkenal sebagai salah satu menu sarapan pagi di negeri Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu). Kini ianya bukan hanya terdapat di negeri Kelantan dan Terengganj, malah telah diperkenalkan sebagai salah satu menu sarapan pagi di tempat-tempat lain di Malaysia.

Walaupun renyah nak siapkan, tapi tetap berbaloi buat menu ni bila anak-anak berulang makan.

#cppassport

Laksam 🇲🇾

9 orang bercadang membuatnya

Laksam amat terkenal sebagai salah satu menu sarapan pagi di negeri Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu). Kini ianya bukan hanya terdapat di negeri Kelantan dan Terengganj, malah telah diperkenalkan sebagai salah satu menu sarapan pagi di tempat-tempat lain di Malaysia.

Walaupun renyah nak siapkan, tapi tetap berbaloi buat menu ni bila anak-anak berulang makan.

#cppassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
6 orang
  1. Laksam
  2. 3 1/2 cawantepung beras
  3. 1/2 cawantepung gandum
  4. 3 cawanair panas
  5. 2 cawanair biasa
  6. 1sudu kecil garam
  7. 2sudu besar minyak masak
  8. Kuah Laksam
  9. 10ekor ikan kembung/sardin
  10. 10biji cili kering
  11. 1labu bawang besar
  12. 3 ulasbawang putih
  13. 1 literair
  14. 1inci halia
  15. 1inci lengkuas
  16. 5 kepingasam gelugor
  17. 1sudu besar serbuk lada hitam
  18. 1sudu kecil garam
  19. 1sudu besar gula
  20. 1sudu kecil serbuk perasa
  21. Sambal
  22. 10biji cili kering
  23. 1biji bawang besar
  24. 1sudu besar cuka
  25. 1sudu kecil garam
  26. 1sudu kecil gula
  27. 1sudu besar minyak

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Masukkan garam, air panas, air biasa dan minyak masak ke dalam bekas. Kemudian masukkan tepung beras dan tepung gandum.

  2. 2

    Panaskan periuk kukus. Sapu minyak pada pinggan plastik IKEA. Tuang satu senduk adunan.

  3. 3

    Kukus selama 5 minit/mengelembung.

  4. 4

    Angkat dan biarkan suam. Gulung laksam. Ulang langkah ini hingga habis semua adunan. Waktu nak dihidangkan, gunting/potong laksam.

  5. 5

    Kuah : Rebus ikan kembung dan sejukkan. Kemudian asingkan isi dan tulang. Hancurkan isi ikan. Untuk tulang, kisar dan tapis untuk dapatkan air sahaja. Masukkan isi ikan dan air tapisan tulang ikan ke dalam periuk.

  6. 6

    Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, hakia, dan lengkuas. Masukkan ke dalam kuah. Kemudian masukkan garam, gula, asam gelugor dan serbuk lada hitam. Masak hingga kuah mendidih. Kemudian masukkan santan. Masak selama 10 minit. Tutup api.

  7. 7

    Sambal : kisar cili dan bawang merah. Masukkan ke dalam kuali. Masak hingga pecah minyak. Masukkan garam, gula dan cuka. Kacau rata.

  8. 8

    Ulam : Timun, bawang besar, kobis, kacang panjang, daun kesum, daun salad, daun selom dan taugeh.

  9. 9

    Hidangkan laksam bersama kuah, hirisan sayur dan sambal.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Rose Nani Nizah Nayan
Rose Nani Nizah Nayan @dapoq_cikrose21
pada
Perak
Mama anak 2 yang suka memassk dan mencuba resepi baru💟
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya