Shepherd's Pie 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

#cppassport

Haa..tau ke tu bendera negara mana? Yani pun baru je tau🤣...

Shepherd's Pie ni berasal daripada England, United Kingdom. Nama lain seperti Cottage Pie atau Hachis Parmentier.

Oleh kerana tak biasa makan daging begitu sahaja jadi Yani hidangkan bersama Roti Perancis dan juga Bechamel Sauce (white sauce). Resipi Sos ini Yani ada kongsikan di resepi sebelum ni ketika cabaran Country of The Week : France.

Jom cuba resipi pai daging yang disaluti dengan kentang dan keju yang sangat sedap rasanya ni...

Shepherd's Pie 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿

8 orang bercadang membuatnya

#cppassport

Haa..tau ke tu bendera negara mana? Yani pun baru je tau🤣...

Shepherd's Pie ni berasal daripada England, United Kingdom. Nama lain seperti Cottage Pie atau Hachis Parmentier.

Oleh kerana tak biasa makan daging begitu sahaja jadi Yani hidangkan bersama Roti Perancis dan juga Bechamel Sauce (white sauce). Resipi Sos ini Yani ada kongsikan di resepi sebelum ni ketika cabaran Country of The Week : France.

Jom cuba resipi pai daging yang disaluti dengan kentang dan keju yang sangat sedap rasanya ni...

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
1 loyang
  1. Bahagian A : Inti Daging
  2. 200 gdaging kisar
  3. 1-2biji bawang besar (dipotong dadu)
  4. 2 ulasbawang putih (dicincang kecil)
  5. 1 sudu makanserbuk lada hitam
  6. 4 sudu makansos bbq
  7. 1sudu kecil garam (optional)
  8. 1 sudu makanserbuk paprika (optional)
  9. 1/4 cawanair
  10. 1genggam daun sup (dipotong kecil)
  11. 3 sudu makanminyak untuk menumis
  12. Bahagian B : Kentang
  13. 2-3biji kentang (dikupas kulit dan rebus sehingga empuk)
  14. 2senduk kecil Bechamel Sauce
  15. Bahagian C : Bechamel Sauce
  16. 300 mlsusu segar
  17. 6 sudu makanbutter
  18. 3 sudu makantepung gandum
  19. 1 kepingcheddar cheese
  20. 1sudu serbuk lada hitam
  21. 1sudu kecil garam (optional)
  22. Bahan Lain : Topping
  23. 3genggam mozarella cheese

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Bahan- bahan untuk memasak inti daging disediakan.

  2. 2

    Panaskan 3 sudu makan minyak masak, tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk lada hitam, serbuk paprika, sos bbq dan daging. Kacau hingga daging bertukar warna. Masukkan air supaya tidak terlalu kering. Kacau lagi, masukkan daun sup yang telah dipotong kecil. Masak sehingga daging masak tapi tidak terlalu kering ya.

  3. 3

    Rebus kentang sehingga empuk. Toskan air dan lenyek sehingga halus.

  4. 4

    Untuk Bechamel Sos : Panaskan butter di dalam periuk dengan api kecil. Hanya perlu ia cair. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau rata. Tutup api memasak. Di periuk yang lain, panaskan susu segar sehingga terbit sedikit buih di dinding periuk. Tutup api memasak. Kemudian tuangkan susu segar tersebut ke dalam periuk butter dan tepung gandum tadi. Masakkan dengan api sederhana sahaja. Masukkan serbuk lada hitam dan garam serta sekeping cheddar cheese. Kacau sehingga kuah sedikit pekat. Siap.

  5. 5

    Ambil 2 senduk kecil Bechamel Sauce tuangkan ke dalam bekas kentang yang telah dilenyekkan. Kacau rata. Masukkan separuh kentang di dalam loyang, ratakan. Masukkan inti daging, ratakan. Kemudian lapiskan sekali lagi baki kentang di atasnya. Akhir sekali tabur mozarella cheese. Bakar di dalam oven pada suhu 200°c selama 35 - 40 minit menggunakan api atas dan bawah.

  6. 6

    Siap dibakar.

  7. 7

    Boleh dihidangkan bersama roti Perancis dan baki Bechamel Sauce. Selamat mencuba😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya