Creamy Cheese Spiral Pasta 🇮🇹

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

#cppassport
Si dara saya punya citarasa. Bahan-bahan dia siap belikan, kata nak buat bekal pergi kerja. Adui anak oh anak, bangun pagi memang dan cun waktu tu masih awal lagi memang sempat la kalau nak masak buat bekal kerja tetapi tak menyempat jugekkk. Hari-hari asyik tak menyempat je. Dah menjadi rutin bangun pagi masuk pejabat “oil and gas” tolak 15-20 minit. Masuk bilik mandi tolak 15-20 minit jugak. Berkemas (hmmm part ni memang tak cukup 15/20 minit.) Hari-hari mak singa nak tanya “dah siap ke? Barang semua dah ready? Ada yang tertinggal tak? Bekal mana?” Soalan-soalan saya dia jawab dengan “kompiden” tapi soalan yang terakhir tu dia sangkut kat situ sambil muka tersengeh-sengeh “tak sempat ma. Nanti mama tolong masak ye?”

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 200 gmpasta spiral San Remo
  2. 1 tincheese and herbs Prego
  3. 3 ulasbawang putih (dicincang)
  4. 1biji cili padi (dicincang)
  5. 2 batangsosej ayam (dipotong bulat)
  6. 5biji cendawan shitake (dihiris)
  7. 3/4 cawanair panas
  8. 1sudu kecil kfc serbuk pati ayam Tumix

Cara Memasak

  1. 1

    Sedaiakan bahan. Rebus pasta spiral mengikut arahan pada pack.

  2. 2

    Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih yang dicincang hingga naik bau. Masukkan sosej dan cendawan, kacau lagi.

  3. 3

    Masukkan hirisan cili padi dan sos cheese & herbs. Kacau rata dan tambah sedikit air jika mahu sedikit cair kuah nya. Masukkan serbuk Tumix, kacau rata dan tutupkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (8)

Zati Kamarulzaman
Zati Kamarulzaman @zatikz137
Teringin plak.. bahan ada nk buat nie.. tq resipi ❤️

Resipi Sepertinya