Ketupat Kacang

Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
Jitra

Buat jugak ketupat walaupun raya tak macam raya. Duduk rumah ja kan.

Tak boleh nak kemana, setakat nak ziarah bilik ke bilik tu bolehlah. Lepas ziarah bilik, kita ke dapur makan ketupat 🤭.

Aidiladha kali ni ibadah korban pun tak dapat dilaksanakan. Kalau tak surau taman perumahan ni tak kurang dari 10 ekor lembu tumbang. Tahun ni memang tak buat langsung.. Sedihnya 😢..

Berharap keadaan segera kembali macam biasa. Rindu waktu-waktu sebelum covid melanda.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 kgberas pulut susu
  2. 1bungkus kacang ketupat
  3. 1/2 kgsantan
  4. 300 mlair
  5. 1sudu besar garam
  6. 1sudu besar gula (optional)

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh beras pulut dan kacang kemudian rendam 1-2 jam. Toskan selepas cukup masa merendam.

  2. 2

    Didihkan santan, air, masukkan garam, kacau sebati.

  3. 3

    Masukkan beras pulut dan kacang. Kacau sampai santan kering dan pulut hampir masak.

  4. 4

    Padamkan api. Pulut dah sedia untuk dibalut. Tunggu suam sikit.

  5. 5

    Ambik daun buat bentuk kelonsong, masukkan pulut memenuhi daun kemudian lipat bentuk segi tiga.

  6. 6

    Selitkan balutan yang terakhir dalam daun palas.

  7. 7

    Simpulkan diatasnya.

  8. 8

    Potong lebihan daun. Susun ketupat dalam periuk, isi air 1/2 daripada ketupat rebus sampai air kering.

  9. 9

    Saya rebus dalam Noxxa. Isi ketupat dalam inner pot, isi air 300ml kemudian Hp 20 minit. Bila dah habis masa, releasekan wap. Buka tudung, stir fry sampai air kering.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
pada
Jitra
It's all about food 🍲 🍝🍜I ❤️ cooking
Baca lagi

Komen (12)

shazrina
shazrina @nur_shazrina
tak susah lah ye buat ketupat palas? teringin nak buat tapi takut tak jadi🤣

Resipi Sepertinya