Sayur ladna tauhu telur

Ziana Chesaad
Ziana Chesaad @limited_edition
Nibong Tebal

Menu kegemaran.
Selalunya ziana akan makan begitu sahaja . Tabur sedikit chili flakes menambahkan lagi keenakan sayur ladna.
Hidangan yg lengkap dan seimbang.

Sayur ladna tauhu telur

Menu kegemaran.
Selalunya ziana akan makan begitu sahaja . Tabur sedikit chili flakes menambahkan lagi keenakan sayur ladna.
Hidangan yg lengkap dan seimbang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

25 minit
1 hidangan
  1. 3ketul taufu telur
  2. 3pokok sayur pak choi
  3. Semangkuk cendawan tiram
  4. 1 batanglobak merah
  5. 1 batangcili
  6. 1ketul isi dada ayam dipotong dadu
  7. 1biji telur
  8. 2 cawanair
  9. 3 ulasbawang putih cincang
  10. 1ketul kiub ayam
  11. Air bancuhan tepung jagung
  12. Sedikitminyak untuk menumis

Cara Memasak

25 minit
  1. 1

    Sediakan bahan bahannya

  2. 2

    Tauhu telur dipotong mengikut saiz kesukaan. Taburkan sedikit tepung jagung dan goreng didalam minyak yg panas. Setelah masak, angkat dan ketepikan.

  3. 3

    Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau dan sedikit keperangan. Masukkan isi ayam, kacau seketika dan masukkan air. Biarkan mendidih dan masukkan lobak merah.

  4. 4

    Setelah itu, masukkan sayur pak choi, cendawan, cili merah dan kiub ayam. Biar mendidih dan masukkan telur. Jangan kacau masakan, biar telur masak seketika. Kemudian pekatkan kuah dgn air bancuhan tepung jagung.

  5. 5

    Masakan siap untuk hidangan. Hidangan boleh disajikan dengan sedikit chili flakes atau lada sulah. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ziana Chesaad
Ziana Chesaad @limited_edition
pada
Nibong Tebal
Memasak itu terapi .Suka masak masakan simple tapi sedap .
Baca lagi

Komen (2)

 Anur Musa
Anur Musa @gula_enau
Ratah² jer ne ...mmg laju🤭😁

Resipi Sepertinya