Jala galaksi dan kari ayam
suka bereksperimen dengan warna jala🤭
Cara Memasak
- 1
Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih
- 2
Masukkan minyak, 3 sekawan kemudian masukkan cili kisar. Tambahkn sedikit garam supaya hilang rasa cili mentah.kemudian, masukkan kari yang telah dicampur dengan sedikit air dan daun kari. Kacau seketika
- 3
Selepas kelihatan minyak pecah, masukkan ayam dan kentang. Gaul seketika
- 4
Seterusnya tambahkan air
- 5
Masukkan garam dan kacau lagi. Biarkan seketika. Apabila kentang telah empuk, bolehlah masukkan santan. Gaul seketika sehingga kuah kelihatan agak pekat
- 6
Tutup api dan letakkan kari ayam ke dalam bekas
- 7
Cara membuat jala. Campurkan semua bahan kecuali pewarna ke dalam blander
- 8
Kemudian, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Letakkan pewarna
- 9
Bolehlah menjala. Masak seketika dalam frying pan.
- 10
Gulung jala mengikut citarasa masing2
- 11
Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba😍
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Roti Jala Merdeka dan Kari Ayam Roti Jala Merdeka dan Kari Ayam
Roti jala memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Keluarga saya pun memang suka roti jala. Kalau buat kari ayam, memang akan buat kuah lebih untuk buat roti jala sebagai menu minum petang. Sempena bulan kemerdekaan kali ni, kita tukar sikit warna roti jala untuk menunjukkan semangat patriotik tu ada di mana-mana walaupun di dalam masakan. Jom tengok resepi roti jala mudah yang lembut ini beserta kari ayamnya.#goldenapron2020#merdeka2020 Juanita -
Roti Jala Dan Kari Ayam Ekspres Roti Jala Dan Kari Ayam Ekspres
Akhirnya siap juga Roti Jalaku untuk cabaran "Roti Jala Marvelous" Cookpad kali ini,alhamdulillah.K.ha buat dua jenis.Satu Roti Jala Ros dan satu lagi Roti Jala Gulung.Yang Ros tu cukuplah satu bekas pan telur paling kecil,susun elok di dalam tu,selitkan daunnya,siap.Jari-jemari keras kejung jadi ke tidak janji dah cuba sahut cabaran 😅🤭Selebihnya buat Roti Jala Gulung,warnapun lembut je.Tak berani nak buat berwarna-warni,tak dimakan kan naya!.Penyicahnya k ha gu dengan Kari Ayam.Dah lenguh kaki berdiri menjala,buat ajelah kari ekspres,guna premix Kuah Kari Brahim's sahaja.Kebetulan ada lagi stoknya.Selesai cerita di dapur hari ini,Roti Jala dan Kari Ayamnya pun sudah selamat dinikmati.Alhamdulillah untuk rezeki hari ini. ha.lim39 -
-
#MAHNKari ayam dan roti jala #MAHNKari ayam dan roti jala
Sejak duduk selangor baru pandai makan roti jala dengan kari ayam. Selalu belah utara roti jala makan dengan kuah manis macam kuah durian. Tapi belah selatan makan dengan kari. First time mkn terus jatuh cinta roti jala cicah kari ayam. Kari ayam ni resepi mak belah utara ,letak kerisik. Sedap sangat-sangat . Mak selalu buat mkan dengan pulut kuning. 😍 cik ieda -
Roti jala berinti Roti jala berinti
#merdeka2020 #goldenapron2020Selain kita buat roti jala cicah kuah kari atau kuah sardin atau serawa dan sebagainya, kita juga boleh variasi kan dengan membuat roti jala berinti..Sedap pon sedap, kenyang pon kenyang..Makan satu atau dua dah kenyang 🤭🤭 azah zara -
Roti Jala & Kari Ayam Roti Jala & Kari Ayam
#goldenapron2020 #week1 #bazaarramadan #week2 Dulu kalau bulan puasa, bila saya pergi ke bazaar ramadan mesti beli roti jala yg di makan dgn serawa durian yg menjadi kegemaran saya..sekarang bila sudah pandai menjala..saya buatnya sendiri..tak perlu beli dah..tapi sekarang musim PKP & bukan musim durian..jadi saya cicah roti jala ni dgn kari ayam saja..dah cukup sedap sgt dah..saya guna resepi yg di kongsikan oleh kak Mariana Zainal melalui group masakan..alhamdulillah memang sedap & lembut sampai ke petang.. Nor Al Fatihah -
Roti Jala & Kari Ayam Roti Jala & Kari Ayam
🌹50/2024🌹👩🍳758/1K👩🍳✅Global Apron 2024 Challenge 8: Potluck#GlobalApron2024#Challenge8#Potluck#RotiJalaKariAyamMenu Roti Jala menjadi pilihan potluck & Jamuan Raya kali ini.Cicah pula dengan kari Ayam ala2 dalca gitu tersangatlah sedap.Cookpad Magic Pantry :#TEPUNGGANDUM#AYAM#KENTANG#DHAL#TOMATONota : Yang bertanda ✅ = Bahan yang dipilih dari list pantry Q'leenalee's Kitchen -
Roti Jala Berinti Ayam Kentang Roti Jala Berinti Ayam Kentang
Cabaran Bonus untuk Roti Jala Marvelous Hakak memilih Roti Jala Berinti tapi tak da yang Marvelous sebab tangan masih keras lagi nak membentuk🙊😅sini hakak share resepi Roti Jala ini👌 Jemilah Tukimin -
Kari Kerisik Ayam Pencen #phopbylinimohd #batch19 Kari Kerisik Ayam Pencen #phopbylinimohd #batch19
Menu kegemaran seisi keluarga. Sedap dimakan bersama nasi, roti canai atau roti jala. #phopbylinimohd #batch19 Norbaya Dahalan -
Roti Jala bersama Kari Ayam #phopbylinimohd #batch17 Roti Jala bersama Kari Ayam #phopbylinimohd #batch17
Kari ayam bukan sahaja enak dimakan bersama nasi tetapi juga boleh dimakan bersama roti jala. Sarapan atau makan petang terbaik untuk seisi keluarga..#phopbylinimohd#batch17#goldenapron Asz Haniey -
Kari Daging Soup Meat untuk Roti Jala Kari Daging Soup Meat untuk Roti Jala
Musim Roti Jala Warna Warni masa ni. Kalau mencari lauk gandingan marvelous untuk Roti Jala, boleh cuba resipi ini. MocQue
Lebih Banyak Resipi
Komen (3)