👩‍🍳Butterfly Pea Flower Tea Latte🇮🇹

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Butterfly Pea Tea Latte atau Teh Susu Bunga Telang ialah teh yang paling cantik yang pernah diminum. Warna biru keunguan semulajadi dari kelopak biru bunga telang sangat mudah didapati. Boleh didapati dalam bentuk yang telah dikeringkan dan juga boleh terus rendam bunga segar didalam air panas; warna biru akan keluar.

Dikategorikan sebagai teh herba kerana ia berasal dari bunga, bebas-kafein dan tidak mempengaruhi rasa.

Dikenali juga sebagai Teh Biru. Boleh terus sediakan teh biru dengan merendam bunganya dan menambah gula .
Boleh juga menyediakan Teh Latte (teh susu) dengan menambahkan sedikit susu dan gula kedalam Teh Biru.

Boleh ditambah biji selasih ataupun chia seeds untuk memberikan rasa ‘nutty’ dan tambahkan whipping krim untuk lebih berkrim.

Inspirasi resipi @malindo🌹

#cppassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
1-2 orang
  1. 10-15kuntum Bunga Telang Kering
  2. 300 mlSusu Segar
  3. 1-2sb Madu
  4. 1/2 st Biji Selasih- rendam
  5. 100 mlair panas- untuk rendam bunga
  6. kiub ais secukupnya
  7. Bunga telang- hiasan
  8. Whipping cream-hiasan

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Rendam biji selasih dengan air panas,gaulkan,biarkan hingga kembang.

    Rendam bunga telang dengan air panas,sehingga air berubah menjadi warna biru pekat,tapiskan dan biarkan suam

  2. 2

    Masukkan madu dan susu segar,kacau sebati

    Masukan ketulan ais (banyak) kedalam gelas.

  3. 3

    Tuangkan butterfly Pea Latte;
    Masukkan biji selasih.

    Paipkan whipping cream.
    Sedia untuk dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Resipi Sepertinya