Sambal Goreng Tempoyak Ikan Bilis

Cempaka Putih
Cempaka Putih @ticer_cem
Kelantan, Malaysia

#merdekapassport
Masakan berasaskan tempoyak memang sudah sinonim dengan masyarakat Perak Darul Ridzuan. Sambal ni sedap dimakan dengan nasi panas-panas dan lebih sedap lagi jika bahan-bahannya ditumbuk berbanding dikisar.

Sambal Goreng Tempoyak Ikan Bilis

#merdekapassport
Masakan berasaskan tempoyak memang sudah sinonim dengan masyarakat Perak Darul Ridzuan. Sambal ni sedap dimakan dengan nasi panas-panas dan lebih sedap lagi jika bahan-bahannya ditumbuk berbanding dikisar.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2genggam ikan bilis (basuh dan toskan)
  2. 1biji cili merah
  3. 10biji cili padi
  4. 3biji bawang merah
  5. 2 ulasbawang putih
  6. 1labu bawang besar (dimayang)
  7. 5sudu besar tempoyak
  8. 1sudu kecil garam
  9. 2sudu besar gula
  10. 200 mlminyak (untuk goreng ikan bilis)
  11. 2sudu besar minyak lebihan menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Amngkat dan toskan.

  2. 2

    Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi. Panaskan minyak lebihan menggoreng tadi fan tumis bahan tumbuk hingga betul-betul masak. Masukkan bawang besar dan tumis lagi hingga wangi.

  3. 3

    Masukkan tempoyak dan kacau rata. Perasakan dengan gula dan garam. Matikan api san sejukkan.

  4. 4

    Masukkan ikan bilis dan gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Cempaka Putih
Cempaka Putih @ticer_cem
pada
Kelantan, Malaysia
masak dari hati
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya