Hati Lembu Masak Rempah Ala Pengantin

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

Lama tak makan kenduri kahwin selera tu tiber nak makan lauk pauk ala kenduri. Beli hati lembu fresh dapatlah masak menu ni..
Encik suami suka.. lama sungguh tak makan katanya..
Ye lah kan bukan selalu, kerap masak.. entah berapa setahun sekali baru jumpa.

Sumber ~ Azie Kitchen

Hati Lembu Masak Rempah Ala Pengantin

Lama tak makan kenduri kahwin selera tu tiber nak makan lauk pauk ala kenduri. Beli hati lembu fresh dapatlah masak menu ni..
Encik suami suka.. lama sungguh tak makan katanya..
Ye lah kan bukan selalu, kerap masak.. entah berapa setahun sekali baru jumpa.

Sumber ~ Azie Kitchen

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 700 gmhati lembu
  2. 1 kotaksantan (200ml)
  3. 1sudu besar kerisik
  4. 1 helaidaun kunyit
  5. 2-3 batangserai **
  6. 3 ulasbawang merah - dihiris **
  7. 2 ulasbawang putih - dihiris **
  8. 1 batangkulit kayu manis **
  9. 1kuntum bunga lawang **
  10. 3biji buah pelaga **
  11. 1 kepingasam gelugur
  12. 2 sudu makangula merah
  13. 2sudu kecil garam atau hingga secukup rasa
  14. 1sudu kecil gula
  15. 1 cawanminyak masak - untuk menumis
  16. Bahan sangai :
  17. 1sudu besar ketumbar
  18. 1/2sudu kecil jintan manis
  19. 1/2sudu kecil jintan putih
  20. Bahan kisar :
  21. 4biji bawang besar
  22. 4 ulasbawang putih
  23. 7tangkai cili kering - dibuang biji & rendam air panas
  24. 1inci halia
  25. 1inci lengkuas
  26. 1ketul kunyit hidup

Cara Memasak

  1. 1

    Hati lembu dibersihkan dan digaul dengan 1 sudu besar tepung gandum hingga rata dan perap 10 minit, kemudian cuci kembali. Dalam periuk didihkan air rebus sebentar atau separuh masak supaya senang untuk dipotong. Kemudian lalukan pada air sahaja.

  2. 2

    Panaskan minyak secukupnya untuk menumis. Tumis bahan bertanda (**) hingga wangi.

  3. 3

    Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.

  4. 4

    Rempah yang disangai ditumbuk halus kemudian masukkan di dalam kuali kacau rata.

  5. 5

    Masukkan hati lembu kacau rata selepas itu letak santan dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak.

  6. 6

    Akhir sekali masukkan asam gelugur, gula merah, garam dan gula secukup rasa serta kerisik.

  7. 7

    Letak daun kunyit yang diracik halus, masak dan kacau serta sesuaikan rasa. Tutup api sedia dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya