Sup Sayur Cendawan Ayam

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

#Cooksnap dan inspirasi daripada Dory, sup sayur cendawan ayam ini dimakan bersama sayur-sayur lain seperti taugeh dan salad iceberg. Ilmu baru yang saya pelajari. Terima kasih @Marie007 Saya ada membuat sedikit olahan pada resipi ini. 🙏🏻🙏🏻🙏🏻
Sup ini lebih kurang juga dengan resipi sup jagung cendawan ayam yang sering menjadi permintaan ahli keluarga saya apabila ada majlis keramaian keluarga kami. Selalu nya dimakan begitu sahaja dan kadang kala dimakan bersama roti/croutons. Lebih kurang seakan stu cuma sup ini ada rasa sedikit manis yang ringan yang datang dari jagung, bawang dan bahan-bahan sayuran yang lain. Sangat sedap dihirup sewaktu masih panas hingga tak sedar asyik bertambah-tambah. 😉😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1dada ayam
  2. 13biji cendawan Shiitake kering
  3. 1labu bawang holland
  4. 1 1/2inci halia (diketuk)
  5. 3 batangakar daun bawang
  6. 4mangkuk air
  7. 1 cawanbiji jagung
  8. 1biji lobak merah
  9. 1 batangdaun bawang
  10. 2ketul ayam maggi
  11. 1/2sudu kecil garam
  12. 1sudu besar gula
  13. 1/2sudu kecil serbuk perasa
  14. 4sudu besar membukit tepung jagung + sedikit air
  15. 1biji telur
  16. Serbuk lada hitam (optional)
  17. Sedikitminyak bijan (optional)
  18. Cili merah/cili padi (dipotong)
  19. 3 batangdaun ketumbar (dicincang)
  20. Bahan Pelengkap
  21. Taugeh/sayur-sayuran kegemaran anda (optional)
  22. Roti/crouton

Cara Memasak

  1. 1

    Rebus ayam bersama cendawan shiitake dan bawang besar untuk aroma dan rasa yang manis.

  2. 2

    Selepas 20 minit, keluarkan ayam dan biarkan ia sejuk sedikit. Kemudian carik ayam Potong cendawan (boleh juga rendam cendawan dan potong sebelum dimasak). Cincang halus bawang holland dan halia.

  3. 3

    Sementara itu masukkan sayur cincang ke dalam periuk air rebusan ayam, kiub ayam, bawang holland, halia, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan cendawan yang telah dipotong

  4. 4

    Bila sayur dah empuk, masukkan ayam, bancuhan tepung jagung dengan sedikit air, kemudian tuang ke dalam periuk dan kacau hingga sup pekat.

  5. 5

    Pukul sebiji telur dan masukkan ke dalam periuk dan kacau sebati.

  6. 6

    Masukkan taugeh dalam mangkuk, sendukkan sup panas, kemudian minyak bijan wangi, daun ketumbar, taburkan cili merah/cili api. Boleh juga letak sayur-sayuran yang anda suka. Cara keluarga saya pula, sendukkan sup ke dalam mangkuk dan tabur daun ketumbar, cili potong, serbuk lada hitam dan dimakan bersama roti/crouton.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (2)

Dory
Dory @Marie007
I'm so glad you mentioned in this delicious recipe, have a great day dear friend 🤩💕🙏🏻

Resipi Sepertinya