Pucuk Paku Goreng Belacan

Sayur favourite kami sekeluarga terutama nya anak bujang saya. Apabila si bujang saya berjauhan dari keluarga oleh kerana atas urusan kerja, tiap kali saya nak masak sesuatu makanan kegemaran nya, saya akan rasa sedih. Kadang tu rasa macam tak nak je masak tetapi apabila mengenangkan ada lagi seorang anak yang masih tinggal sama dengan saya nak makan, maka saya akui memang harus memasak untuk nya. Ye la.. mak mana yang tak sayangkan anak? Walaupun bila waktu mak “menyinga” tetapi bila part makanan kesukaan ahli keluarga tersayang hati mak singa pun terus jadi “mengeow” 😆
Pucuk Paku Goreng Belacan
Sayur favourite kami sekeluarga terutama nya anak bujang saya. Apabila si bujang saya berjauhan dari keluarga oleh kerana atas urusan kerja, tiap kali saya nak masak sesuatu makanan kegemaran nya, saya akan rasa sedih. Kadang tu rasa macam tak nak je masak tetapi apabila mengenangkan ada lagi seorang anak yang masih tinggal sama dengan saya nak makan, maka saya akui memang harus memasak untuk nya. Ye la.. mak mana yang tak sayangkan anak? Walaupun bila waktu mak “menyinga” tetapi bila part makanan kesukaan ahli keluarga tersayang hati mak singa pun terus jadi “mengeow” 😆
Cara Memasak
- 1
Ambil pucuk, batang dan daun muda paku pakis. Rendam bersama 1/2 sudu kecil garam dan air (optional) - ni cara saya untuk membuang kot-kot la masih ada ulat-ulat kecil yang melekat di daun paku pakis tu, sambil-sambil diramas manja. Biarkan seketika. Basuh dan bilas hingga bersih, toskan. Tumbuk bawang putih, cili merah, udang kering hingga lumat. Masukkan belacan yang telah dibakar dan tumbuk lagi. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk.
- 2
Kacau rata dan agak kekuningan, masukkan sayur paku, garam dan serbuk perasa. Kacau sebati hingga rata. Goreng jangan lama sangat ye sebab sayur akan jadi lembut apabila haba dari kuali walaupun api telah ditutup. Siap!
Resipi Sepertinya
-
Pucuk Paku Tumis Belacan Pucuk Paku Tumis Belacan
Sayur kegemaran si bujang saya. Memang tak pernah jemu makan sayur pucuk paku ni. Bila berjauhan dengan nya menitis air mata apabila masak menu kegemaran nya. Apa? Air mata jatuh dalam kuali sayur? Haishh!!! Mana ada la, nasib baik sayur dah siap masak tu baru menitis air mata. 🤗 Dapur Yusfarisyia -
Pucuk Keledek Tumis Belacan Pucuk Keledek Tumis Belacan
Lama dah tak jumpa jiran saya yang seorang ni. Dia menjaga ayah nya yang kurang sihat di kampung halaman nya di daerah Sarikei. Tinggal la suami dan anak bujang nya di rumah sewa mereka yang tak jauh dari rumah saya. Awal pagi tadi saya terdengar suara jiran saya datang bersama suami dia. Happy nya saya sebab lama tak jumpa. Setiap kali dia datang, pasti ada hasil kebun nya untuk dijual. Sepanjang dia di Sarikei, kebun kecil nya (di rumah sewa) tak terjaga dan hasil kebun nya takde siapa yang tolong jualkan. Suami dan anak bujang nya masing-masing sibuk bekerja dan tak reti nak jual kepada jiran-jiran sebab segan kata nya.Sayur keledek ni antara hasil kebun nya yang dapat saya beli bersama pisang abu. Yang lain saya tak sempat nak “grab” kerana jiran lain dah dapat dulu. 😆 Dapur Yusfarisyia -
👩🍳Pucuk Paku Goreng Belacan 👩🍳Pucuk Paku Goreng Belacan
Jarang ada peluang masak pucuk paku kecuali kalau pergi ke pasar tani setiap hari sabtu.Pucuk Paku goreng belacan memang enak dimakan dengan nasi putih. sangatlah sedap😋🤗Tkasih inspirasi resipi @gula_apong 🌹Resipi 250/2022 Mahadiah -
Terung Goreng Balado Sempoi Terung Goreng Balado Sempoi
Dalam rumah kami, suami saya dan anak dara saya memang penggemar sayur terung, mak saya dan mak mertua juga suka tetapi tidak bagi saya dan anak bujang saya. Ianya lebih kepada cara masakan yang mempengaruhi keterujaan ingin memakan sayur terung. Dan cara ini salah satu nya mempengaruhi saya dan si bujang saya untuk mahu menjamah sayur terung, kejap je licin 😅 Dapur Yusfarisyia -
Sayur Midin / Pucuk Paku Goreng Belacan Sayur Midin / Pucuk Paku Goreng Belacan
#merdekapassportPucuk paku dan sayur midin lebih kurang sama. Namun ianya tetap berbeza . Sayur midin atau nama panjangnya kemidin tidak berdaun macam pucuk paku. Di Sarawak Bumi Kenyalang, sayur midin ni selalunya di goreng belacan. Kat samenanjung sayur midin ni susah nak dapat melainkan beli secara online di Shopee. So akak tukar resipi ni guna pucuk paku. Cempaka Putih -
Pucuk Paku Goreng Belacan Pucuk Paku Goreng Belacan
#goldenapron#level15#saturesepisatupohonTiba-tiba rasa nak makan lauk kampung, maka jadi lah sayur pucuk paku goreng belacan ni, lawan pulak dengan gulai ikan patin masak tempoyak yang di masak oleh isteri @aniehamid . Abd Hamid Bin Omar aka pakcikoven -
Cempedak Muda Tumis Belacan Cempedak Muda Tumis Belacan
Ini lah masakan yang selalu dibuat oleh mak saya apabila ada cempedak/nangka muda selain daripada dibuat masak lemak. Sekali-sekala tu memang sedap sangat dimakan bersama nasi putih dan ikan goreng. Dapur Yusfarisyia -
Pucuk Paku Goreng Belacan Pucuk Paku Goreng Belacan
226/2021/RoadTo1k/911❤️ Projek Mengikat Kasih | Episod 3 | Cinta Jarak Jauh ❤️Pucuk paku ni Daddy Abu yang petik di kebunnya sebab Mommy Minah Selamat teringin nak makan pulek. Adakah petanda Yummy bakal dapat adik 🤭😆.As usual pastinya bab memasak tu tugas Lailer. Yang memberi idea untuk masak dan mengajar memasak tu Jekfer. Maka terjadilah hidangan Pucuk Paku Belacan (semakin hari semakin sayang) ni. Makan dengan nasi panas dan disuaipadan dengan sup tulang + pulak pekasam ikan lampam (beli kat pasar pagi kampung sebelah) memang bikin bersandor dorang sekeluarga lepas makan ehh 😬😝 Salina Jalaludin -
Kacang Panjang Goreng Kari Kepala Sotong (Mottainai : Rescue) Kacang Panjang Goreng Kari Kepala Sotong (Mottainai : Rescue)
#RescueWhatsDying #WorldFoodDay#CookEveryPart1 resipi #mottainaiSotong biasa nya kalau beli borong memang kepala nya akan saya asingkan. Salah satu nya saya tak suka masak sekali dengan badan nya kerana kepala nya akan jadi kecil dan kecut bila nak makan kepala tu pun dah tak nampak lagi 😂 jadi saya akan asingkan. Kalau simpan lama-lama dalam peti sejuk pun bukan nya sedap nanti apabila dimasak. Jadi hari ni daripada membazir saya nak perhabiskan kepala sotong tu. Serbuk kari pun dah tinggal sedikit jadi saya gunakan juga untuk masakan ni. Dapur Yusfarisyia -
Sayur Midin / Pucuk Paku Goreng Belacan Sayur Midin / Pucuk Paku Goreng Belacan
04/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1397Resipi inspirasi daripada Kak @ticer_cem ☺️. Sedap resipinya dan menepati citarasa 🥰 Salina Jalaludin -
Pucuk Paku Tumis Cili Pucuk Paku Tumis Cili
Pucuk paku selain dari masak lemak buat tumis macam ni memang laku. Sedap dibuat ratah. Beli 2 ikat tapi bila masak tak banyak mana pun dapat. Yang pasti menu ni memang sedap dan kegemaran cik suami juga. Mak-mak ni bila masak memang ikut selera keluarga je walau pun kadang-kadang dah rasa jemu dengan masakan sendiri dan ada kala teringin jugak nak rasa orang tolong masakkan. 😅 Aznie Khasri -
Tumis Belacan Umbut Rebung Tumis Belacan Umbut Rebung
Global Apron 2024 Challenge 21: WarisanUmbut rebung ni juga kesukaan kami sekeluarga terutama nya anak-anak. Kalau makan tu kadang lebih kepada meratah. Mereka tak suka dipotong nipis atau kecil, tak best makan sebab takde rasa rangup nya kata mereka. Kalau buat tu, mesti nak pedas dan sedikit manis baru lah sedap. Tumis umbut rebung ni perlu lebihkan sedikit minyak masak nya. Tumis kering, sikittt jer kuah nya, memang tak pandang menu lain dah. Itu lah penangan tumis belacan umbut rebung pada keluarga saya. Sekarang ni dah diwarisi oleh anak-anak saya terutama si bujang saya yang tinggal di perantauan, bila dapat masak sebijik rasa macam mama dia memang senyum sampai ke telinga dia. Puas hati sebab boleh mewarisi resipi favourite keluarga kami.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cili (R) + umbut (3) Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen