Nasi Lemak Merah Jambu

409/2021/RoadTo1k/1104
❤️ Masak Apa untuk POTLUCK? ❤️
Nasi Lemak Merah Jambu ni hakak buat untuk disuaipadankan dengan Sambal Strawberi Ikan Talang Masin. Simple je cara masak nasi ni, sama macam buat nasi lemak biasa cuma ditambah dengan sedikit pewarna merah sahaja untuk bagi efek merah jambu tu ☺️
.
Menu begini kalau dibuat untuk potluck memang onz sangat. Ditambah lagi dengan aneka lauk tambahan seperti telur puyuh, keropok, timun, kacang tanah goreng , ikan bilis goreng serta ayam goreng 😊. Kena sepinggan puas hati ehh 😆

Cara Memasak
- 1
Beras dibasuh bersih dan dimasukkan ke dalam periuk nasi.
- 2
Masukkan bawang besar, halia, santan, garam, serbuk cukup rasa dan pewarna. Kacau sebati (Sukat paras beras & santan betul2. Jika tak cukup boleh tambah air yer. Kuantiti air sangat penting, bagi penghasilan nasi yang baik). Masak seperti memasak nasi biasa.
- 3
Setelah nasi dah kering air baru masukkan daun pandan. Kacau sebati dan biarkan nasi masak sempurna.
- 4
Sedia untuk dihidangkan dengan sambal strawberi ikan talang masin.
- 5
Boleh juga dihidangkan dengan maneka lauk tambahan seperti telur puyuh, keropok, timun, kacang tanah goreng, ikan bilis goreng serta ayam goreng.
- 6
Selamat mencuba ☺️
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (7)