Murtabak Maggi

Masak Apa Banjir? #CookpadCares
Malam hari apabila mata belum lagi mengantuk, perut merasa lapar tambahan lagi hari hujan. Menu yang paling mudah dan ringkas menggunakan bahan asas yang ada di dapur dan peti sejuk.
Murtabak Maggi
Masak Apa Banjir? #CookpadCares
Malam hari apabila mata belum lagi mengantuk, perut merasa lapar tambahan lagi hari hujan. Menu yang paling mudah dan ringkas menggunakan bahan asas yang ada di dapur dan peti sejuk.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan, didihkan air dan rebus mi hingga lembut. Buang air rebusan dan lalukan mi di bawah air paip seketika dan toskan. Sediakan bahan perencah mi.
- 2
Satukan telur dan bahan perencah dan pukul sebati. Ketepikan. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan sosej dan cili, kacau rata seketika.
- 3
Masukkan mixed vegetables dan kacau sebati beberapa minit. Angkat dan tutupkan api, toskan lebihan minyak masak. Satukan mi ke dalam adunan telur beserta bahan tumis tadi, gaul rata.
- 4
Panaskan balik kuali dan masukkan 2 sudu minyak masak beserta lebihan minyak tadi, guna api kecil. Masukkan bancuhan telur ke dalam kuali dan ratakan. Biarkan beberapa minit supaya telur masak sepenuh nya. Saya tutupkan kuali seketika kerana adunan nya agak tebal kerana saya menggunakan kuali yang kecil, jika guna kuali yang besar murtabak nya akan nipis dan masa memasak nya lebih pendek. Terbalikkan murtabak berhati-hati dan masak lagi bahagian sebelah nya hingga masak.
- 5
Keluarkan dari kuali dan dipotong. Picitkan mayonis dan sos cili di atas nya. Sedia untuk dinikmati.
Resipi Sepertinya
-
Maggi Kari Goreng Sempoi Maggi Kari Goreng Sempoi
Saya bukan lah peminat mi segera tetapi sejak bergilir menjaga mak yang sakit di waktu malam, perut berkeroncong sebab di waktu siang memang tak lalu nak makan, sibuk dengan tugas lain dan kewajiban yang perlu dilakukan selalu, sesekali curi-curi tidur siang walaupun sekejap kerana saya ni memang sejenis yang tak tidur siang kecuali jika saya tak sihat sahaja. Jadi waktu lewat malam atau awal pagi hari perut mula memberi isyarat tanda-tanda lapar. Mi segera la penyelamat nya #YouAreMySaviour buat sesimple yang mungkin (bukan sesimple Loralin ye 🤭) pun tetap sedap pada saya. Alhamdulillah 🤲🏻 Dapur Yusfarisyia -
Maggi Kari Tumis Maggi Kari Tumis
Saya ni bukan la penggemar mi segera tetapi sekali-sekala tu memang teringin juga. Kat rumah saya memang banyak stock maggi kerana suami dan anak-anak memang hantu maggi. Malam hari perut terasa lapar, sejuk kerana hujan lebat tercium dari arah dapur bau mi samyang yang si dara buat untuk diri nya. Teringat ada seorang cookpadie @Ariey93 pernah muat naik maggi kari tumis. Apa lagi? Terus buat guna bahan yang ada di dapur. Dapur Yusfarisyia -
Nasi Goreng Mentega Nasi Goreng Mentega
Masak Apa Banjir? #CookpadCaresIni lah menu paling ringkas dan tak perlu nak masak hingga dua/tiga kali hidangan lain. Guna bahan asas yang ada di dapur sahaja. Dapur Yusfarisyia -
Sup Tauhu Sup Tauhu
#goldenapron2020Apabila tengah malam perut terasa lapar, hujan turun dengan lebat nya. Sejuk terasa hingga ke tulang. Dalam pada yang sama terfikir apa yang menu apa yang ringkas dan mudah serta cepat disediakan? Memang sup la yang paling sesuai untuk memanaskan badan tatkala hujan lebat di malam hari. Jom intai resipi nya. Dapur Yusfarisyia -
Murtabak Maggi Berlauk Murtabak Maggi Berlauk
#goldenapron #minggu7Dah lewat malam tiba-tiba kami suami isteri rasa lapar tapi tak larat nak keluar. Buka almari dapur nampak ada 2 bungkus mi maggi. Terus datang idea nak masak murtabak maggi berlauk cara saya.Jom kita lihat resepi Murtabak Maggi Berlauk di bawah; Liana Nick -
Telur Masak Sambal Petis Telur Masak Sambal Petis
Masak Apa Banjir? #CookpadCaresNak masak sambal tetapi kehabisan belacan. Terus teringat ada lebihan sambal petis di dalam peti sejuk kerana sambal petis ada rasa belacan. Itu je la 😅😁 Dapur Yusfarisyia -
Cucur Kacang Panjang Cucur Kacang Panjang
#1stCucurMalam hari perut terasa lapar cucur, hujan memang tak henti dah beberapa hari ni, mencurah-curah, kedinginan terasa menusuk hingga ke tulang badan. Pakai sweater tebal pun masih terasa sejuk. Dapat makan cucur panas-panas sambil menghirup kopi/teh/milo panas memang boleh mengenyangkan perut. Dapur Yusfarisyia -
MURTABAK MAGGI untuk yayangku lailer MURTABAK MAGGI untuk yayangku lailer
Memandangkan ramai yang berkongsi resepi lauk pauk untuk jekfer so saya pun nak kongsi satu resepi mudah dan cepat disediakan. Manalah tahu tiba-tiba lailer minta jekfer belikan makanan tengah-tengah malam dan lepas tu takdak kedai makan buka memandangkan Covid-19 so bolehlah cuba resepi ini. Bahan dari dapur je. #jekferlailertilljannah #goldenapron2020 Dapur Rina -
Mi Goreng Kari Mi Goreng Kari
Hari ni hujan lebat lagi dari semalam tak henti-henti. Banyak kawasan dinaiki air dan banyak juga kawasan yang ditenggelami air. Atap rumah saya bocor lagi, memang memenatkan apabila atap rumah bocor. Apa-apa pun saya masih lagi bersyukur kerana masih ada lagi rumah yang teruk disebabkan hujan dan banjir. Jalan raya hampir kesemua arah dinaiki air hingga tak boleh dilalui oleh kenderaan biasa. Anak dara dan suami tak dapat turun menunaikan tugas kebiasaan mereka setiap hari. Terpaksa duduk di rumah. Nak pesan barang keperluan memasak pun takde yang dapat menghantar nya kerana laluan tidak dapat dilalui. Jadi hari ni saya masak apa yang ada je di dalam peti sejuk dan di dapur sementara menunggu banjir reda dan hujan berhenti. Dapur Yusfarisyia -
Maggi Kari Goreng Daging Maggi Kari Goreng Daging
#goldenapron #1post1hopev2 #1stpost #minggu7 #minggutujuhAssalammualaikum semua ♥️Siapa tak suka makan Maggi kan? Mesti ramai yang suka menikmati Maggi dengan cara dan gaya masakan tersendiri. Begitu jugalah dengan CN.😋Kali ini CN kongsikan resipi Maggi Kari Goreng Daging yang CN buat untuk pertandingan Maggi tempoh hari. Cumanya Maggi ini dimasak lebih dari 2 minit kerana CN perlu merebus daging dan menggunakan air rebusan daging untuk melembutkan mi segera Maggi. Rasanya memang sedap. Jemputlah cuba ya. 😍#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Macaroni Sos Putih Macaroni Sos Putih
Ada lebihan macaroni di dapur dan sos putih pun masih ada. Perut lapar tengah malam, kita on jer lebur semua ke dalam kuali dan siap. 🤭 Dapur Yusfarisyia -
Kacang Bendi Tumis Mudah Kacang Bendi Tumis Mudah
Masak Apa Banjir? #CookpadCaresSayur kacang bendi ni kegemaran kami sekeluarga tetapi kena tengok juga cara memasak nya. Kami suka masak yang mudah je dan suka dimakan ketika masih panas. Jika dah sejuk kurang kurang laku. Kadang tu diratah je lepas dimasak. 😅 Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen