🇫🇷 TOMATO GALETTE

Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
Gerikland, MY🇲🇾

Galette is a term used in French cuisine to designate various types of flat round or freeform crusty cakes - Wikipedia

🇫🇷 🍅 🥧 toppings rasa pizza, crust pulak crumbly & gebu macam pie, hepi meneraiiii 😉
➡️ Source : Vintagekitchennotes

🇫🇷 TOMATO GALETTE

4 orang bercadang membuatnya

Galette is a term used in French cuisine to designate various types of flat round or freeform crusty cakes - Wikipedia

🇫🇷 🍅 🥧 toppings rasa pizza, crust pulak crumbly & gebu macam pie, hepi meneraiiii 😉
➡️ Source : Vintagekitchennotes

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 15 minit
6 slices
  1. 🥧 Bahan2 doh
  2. 2 1/2cup tepung gandum serba guna
  3. 200 gbutter | suhu peti sejuk dikiub
  4. 5 tbspair peti sejuk
  5. 1 tsporegano herbs
  6. 1 tspthyme herbs
  7. 1 tspgaram Sebiji telur | untuk sapuan
  8. 🍅 Bahan2 toppings
  9. 1biji tomato besar | hiris
  10. 1biji tomato sedang | hiris
  11. 3-4biji tomato cheri | hiris
  12. 10-11 kepingpepperoni | akak tambah
  13. 3/4cup cream cheese
  14. 2 tbspsour cream/plain yogurt
  15. 2tangkai daun parsley | hiris halus
  16. Sedikitgaram & lada hitam

Cara Memasak

1 jam 15 minit
  1. 1

    Doh : Ayak tepung dan gaulkan bersama, oregano, thyme & garam

  2. 2

    Kemudian masukkan butter yang telah didadu. Gaul guna hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.

  3. 3

    Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat dibekas dan tangan. Jika doh masih berderai tambah lagi air

  4. 4

    Bulatkan doh dan bentukkan sedikit leper. Balut dengan plastik dan simpan didalam peti sejuk selama 1 jam atau didalam freezer selama 1/2 jam

  5. 5

    Toppings : didalam mangkuk satukan keju, sour cream dan parsley. Letak semua hirisan tomato diatas tisu dapur dan taburkan sedikit garam & lada hitam keatasnya

  6. 6

    Panaskan oven pada suhu 180c. Keluarkkan doh dari peti sejuk. Alas doh dengan baking paper yang ditabur sedikit tepung. Lapiskan plastik diatas permukaan dan canai doh pie menjadi selebar 28-30cm

  7. 7

    Sudukan campuran keju kepermukaan doh pie dan ratakan dengan belakang sudu

  8. 8

    Susun pepperoni diatas keju diikuti dengan tomato mengikut cita rasa sendiri

  9. 9

    Lipat bahagian tepi doh kearah dalam, menutupi sebahagian toppings. Lipat hingga membentuk bulat. Sapukan telur. Taburkan bijan sebagai hiasan dikulit pie (optional)

  10. 10

    Jika kulit pie mula kelihatan berkilat (cuaca panas) masukkan kedalam peti sejuk selama 5-10min sebelum dibakar supaya crust tidak menjadi lemau/lembab

  11. 11

    Bakar pada suhu 180c selama 40minit atau hingga keperangan. Sejukkan dahulu baru potong kerana crustnya sangat rapuh sejurus keluar oven. Hepi meneraiiii 😉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
pada
Gerikland, MY🇲🇾
ig : 71keroroyz masakan ala cafe & fusion, hepi meneraiiii ✌️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya