🇫🇷 APPLE GALETTE

Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
Gerikland, MY🇲🇾

Negara Bendera TIADA Kuning/Emas

“A galette is a term used in French cuisine for various types of flat, round or freeform crusty cakes.”

🍏🍎🥧 tekstur pastri galette macam pie tapi lebih rangup & gebu. Toppings epal pulak wangi, sedap rasa lemon & kayu manis.. sesuai la untuk beginners yang nak cuba buat apple pie. Hepi meneraiiii 😉

Sumber: ig ira_zlatev

🇫🇷 APPLE GALETTE

Negara Bendera TIADA Kuning/Emas

“A galette is a term used in French cuisine for various types of flat, round or freeform crusty cakes.”

🍏🍎🥧 tekstur pastri galette macam pie tapi lebih rangup & gebu. Toppings epal pulak wangi, sedap rasa lemon & kayu manis.. sesuai la untuk beginners yang nak cuba buat apple pie. Hepi meneraiiii 😉

Sumber: ig ira_zlatev

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
4-5 sajian
  1. Bahan2 doh
  2. 250 gtepung gandum serba guna
  3. 150 gbutter suhu peti sejuk | dikiub
  4. 3-4 tbspair ais | lebih atau kurang
  5. 1 tbspgula kastor
  6. 1/2 tspgaram
  7. 1/2 tspesen vanila | optional
  8. Bahan2 toppings
  9. 3biji epal | hijau/merah dihiris
  10. 3 tbspjem apricot/peach
  11. 1 tbspgula perang
  12. 1 tbspkulit lemon | diparut bahagian kuning sahaja
  13. 1 tbspjus lemon
  14. 1/4-1/2 tsp| serbuk kayu manis
  15. Hiasan - sebiji telur dipukul ringan & hirisan badam

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Doh : satukan tepung bersama garam & gula. Masukkan butter dan ramas dengan hujung jari menjadi seperti serbuk roti

    Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli tepung untuk membentuk doh. Uli doh hingga tidak melekat ditangan dan dibekas

  2. 2

    Bungkus doh dengan plastik dan sejukkan didalam peti sejuk selama 30min hingga 1 jam

  3. 3

    Toppings : satukan gula perang dan serbuk kayu manis, ketepikan. Hiris nipis epal & buang bijinya. Gaul epal dengan jus lemon untuk mengelakkan epal menjadi lebam

  4. 4

    Panaskan oven pada suhu 200c. Keluarkkan doh dari peti sejuk. Alas doh dengan baking paper. Lapiskan plastik diatas permukaan dan canai doh menjadi selebar 28inc. Sapukan jem apricot/peach dipermukaannya

  5. 5

    Susun hirisan epal ikut selera dipermukaan doh. Tinggalkan 5cm ruang hujung doh. Kemudian lipat hujung doh kedalam menutupi tepi inti epal. Buat 5 atau 6 lipatan. Taburkan campuran gula & kayu manis

  6. 6

    Sapu lipatan doh dengan telur. Taburkan hirisan badam. Pindahkan keatas loyang. Bakar pada suhu 200c selama 30min atau nampak keperangan.

  7. 7

    Sejukkan galette terlebih dahulu kerana pastrinya sangat lembut dan berderai sejurus keluar dari oven. Pastrinya akan menjadi rangup selepas sejuk. Sedap dihidangkan dengan ice cream vanilla. Hepi meneraiiii 😉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
pada
Gerikland, MY🇲🇾
ig : 71keroroyz masakan ala cafe & fusion, hepi meneraiiii ✌️
Baca lagi

Komen (5)

Noor Atika Mahamood
Noor Atika Mahamood @atika_mahamood
Menarik. Suka tengok semua masakan sis semua sedap2. Gambar pun semua cantik dan menarik.. 🤩🤩🤩

Resipi Sepertinya