👩‍🍳Steam Broccoli with Mushroom Gravy🥦

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Saya lebih suka brokoli 🥦dikukus berbanding dicelur. Lembut dan sangat sepadan bila makan dengan kuah sos tiram.

Cukup untuk jadikan sebagai lauk vege makan dengan nasi putih panas2. Jom cuba…

Inspirasi resipi Mori Said🌹

Resipi 62/2022

👩‍🍳Steam Broccoli with Mushroom Gravy🥦

Saya lebih suka brokoli 🥦dikukus berbanding dicelur. Lembut dan sangat sepadan bila makan dengan kuah sos tiram.

Cukup untuk jadikan sebagai lauk vege makan dengan nasi putih panas2. Jom cuba…

Inspirasi resipi Mori Said🌹

Resipi 62/2022

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
3 orang
  1. 1 mangkukfloret Brokoli
  2. 3Cendawan shitake- hiris nipis
  3. 5 ulasbawang putih- cincang
  4. 3 bijicili padi- hiris halus
  5. 1-2sb sos tiram
  6. 1/2st minyak bijan
  7. 1st tepung jagung -bancuh sedikit air
  8. Minyak untuk menumis

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Asingkan floret brokoli, basuh bersih guna air garam.

    Kukus brokoli sehingga brokoli lembut.

  2. 2

    Untuk kuahnya:
    Tumis bawang putih sehingga garing sedikit.
    Masukkan cendawan, tumis hingga masak.

  3. 3

    Tambah Sedikit air. Tambah sos tiram dan Sedikit minyak bijan. Kacau sebati. Perlahankan api; masukkan bancuhan tepung jagung dan Sedikit perasa

    Kacau rata. Tutup api.

  4. 4

    Susun brokoli keliling pinggan; tuangkan kuah ditengah2.

    Sedia untuk dihidang.Sedapnya😋🥦

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Resipi Sepertinya