Ubi Kayu Vadai

Ubi kayu vadai ni memang kegemaran mak saya. Sewaktu kami masih kecil mak ada tanam pokok ubi kayu. Banyak yang boleh dibuat daripada ubi kayu. Paling kami suka ialah kerepek ubi pedas. Saya pernah muat naik gambar ubi kayu vadai beberapa tahun dahulu di Medsos dan seorang sahabat yang juga merupakan seorang Chef memberi komen memberitahu kalau mereka (orang India) akan panggil resipi ni Masala Vadai. 😊
Ubi Kayu Vadai
Ubi kayu vadai ni memang kegemaran mak saya. Sewaktu kami masih kecil mak ada tanam pokok ubi kayu. Banyak yang boleh dibuat daripada ubi kayu. Paling kami suka ialah kerepek ubi pedas. Saya pernah muat naik gambar ubi kayu vadai beberapa tahun dahulu di Medsos dan seorang sahabat yang juga merupakan seorang Chef memberi komen memberitahu kalau mereka (orang India) akan panggil resipi ni Masala Vadai. 😊
Cara Memasak
- 1
Kupas kulit ubi dan cuci bersih. Potong beberapa bahagian kecil supaya senang untuk disagat/diparut.
- 2
Parut hingga habis. Ambil 4 cawan. Baki nya boleh disimpan untuk dibuat kuih dan sebagai nya. Sediakan bahan lain.
- 3
Satukan ubi parut bersama bahan lain, masukkan tepung gandum. Gaul rata dan adjust rasa mengikut citarasa masing-masing.
- 4
Bulat-bulatkan dan tekan/leperkan dengan kedua telapak tangan. Buat hingga habis. Panaskan minyak masak dan goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.
- 5
Sedia untuk dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Ubi Kayu Rebus Curah Gula Apong Ubi Kayu Rebus Curah Gula Apong
Ubi kayu ni pemberian dari kakak saya yang nombor dua. Pokok yang ditanam nya sendiri, buah nya memang besar-besar payah nak mencabut nya. Nasib baik ada kudrat anak menantu nya yang tolong cabutkan. 😅Makanan kesukaan arwah bapa saya. Sewaktu kami masih kecil, mak banyak tanam pokok ubi kayu di sekeliling rumah kerajaan khas untuk petugas hospital di Kota Sentosa. Kawasan tanah nya memang cukup luas dan pelbagai pokok sayur dan buah-buahan juga ada ditanam, memang subur sangat. Tak payah nak keluarkan duit untuk membeli sayur-sayuran. Di zaman sekarang ni, harga sayur pun dah semakin naik, ubi kayu pun payah nak jumpa. Dapur Yusfarisyia -
Vadai Vadai
Global Apron 2024 Challenge 10: KudapanKuih vadai ni memang favourite kami sekeluarga termasuk mak dan arwah bapak, pendek kata semua adik beradik saya pun suka kecuali si dara saya. Dia memang tak suka kuih muih yang ada rasa rempah seperti jintan atau ketumbar. Kalau masakan yang banyak menggunakan jintan dan ketumbar pun dia tak suka.Bila buat kuih ni mesti kena buat lebih sebab tau dah mesti tak cukup, nak lagi dan lagi. Tapi untuk resipi ni, cukup untuk kami berdua suami jer untuk kudapan sambil menonton tv.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Daun kari (R) + dhal (2) + jintan manis (R) Dapur Yusfarisyia -
Sambal Kulit Ubi Kayu Sambal Kulit Ubi Kayu
Tenghari semalam pergi beli sayur dan ayam ternampak seorang budak lelaki menjual ubi kayu. Nampak seperti jualan nya seperti tak ada sesiapa pun yang membeli sebab masih banyak. Cuaca pula masih hujan, timbul rasa sedih melihat budak seusia itu berusaha untuk mencari duit. Terpaksa duduk kesejukan dengan jualan pun masih lagi banyak. Teringat pada budak-budak lain yang seusia dia waktu itu tentu tengah seronok duduk di rumah mungkin sedang makan, bermain, berbaring, belajar atau menonton tv. Saya menghampiri dia dan membeli ubi kayu dua tompok dari dia. Terpancar sinar gembira di wajah nya. Dalam hati saya berdoa agar jualan nya habis pada hari itu. Dalam perjalanan pulang tu kami (suami isteri) asyik bercakap pasal budak tadi, kesian. Ini juga di antara resipi mottainai. Hari ini saya merebus ubi kayu untuk minum pagi tadi dan kulit nya saya buatkan sambal. Sebenar nya kulit tu boleh juga dibuat kerabu tetapi saya tak cukup bahan untuk buat kerabu. Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Goreng Kunyit Ubi Kayu Goreng Kunyit
Sarapan pagi tadi dengan menu ubi kayu goreng kunyit. Lama dah tak makan macam ni. Sedap sangat nak-nak lagi kalau ubi kayu yang empuk. Dulu-dulu sewaktu masih sekolah rendah kalau hujung minggu bangun tidur tengok mak dah sediakan sarapan ubi kayu goreng, keledek goreng dan keladi goreng. Mak akan buat sambal tumis untuk dicicah. Kalau untuk mak dan bapa ubi kayu rebus, keledek rebus dan keladi rebus. Kadang kami (anak-anak tamak, nak juga yang rebus, kesudahan nya tak habis makan. Mak akan goreng lebihan ubi kayu/keledek/keladi rebus tu, rasa nya lagi sedap sebab garing di luar lembut di dalam. Pekena pulak dengan teh o atau kopi o panas memang 😋👍 Dapur Yusfarisyia -
Paruppu Vadai Paruppu Vadai
Ada dua versi vadai, iaitu paruppu vadai dan ulunthu vadai. Kita paling suka yang ni Paruppu vadai. Biasanya diperbuat daripada kacang dhal, hirisan cili hijau, daun kari, jintan kasar serta bawang merah. Ada juga yang panggil "masalodeh" tak tau mana satu betul.. Janji sedap kan ... 😍 cuma dalam ramuan vadai ni saya tambah bahan ikan bilis tumbuk untuk kelainan rasa. Lagi sedap terlagi-lagi nak makan😁Terima kasih sis @nur_shazrina resipi vadai menarik. Kita dah #cooksnap#ChooseToCook#IndianFood Julia ALeen Aireish -
Ubi Kayu Goreng Ubi Kayu Goreng
Lama dah rasanya tak update resipi dalam cookpad. Terasa rindu menusuk ke kalbu. Sementara cuti panjang ni walau tak boleh kemana-mana, tugas sebagai isteri dan ibu pasti tak pernah lekang.Kebetulan pula ada ubi kayu, petang-petang begini pasti sedap jika ada kuih muih untuk dijadikan kudap-kudap sambil berborak-borak bersama suami dan anak-anak. Tapi tangan ni agak malas nak buat kuih muih tradisional. Huh.. ubi kayu ni kalau digoreng garing ni pasti sekejap je habis.Pantas saya kupas ubi kayu ni sambil menjerang air panas untuk dibuat kopi.Kalau ubi kayu tak direbus, boleh saja terus digoreng tetapi agak keras teksturnya. Saya lebih suka kalau tekstur yang lembut dan ada sedikit serbuk-serbuk pecahan dari ubi kayu yang direbus. Bertambah garing bila bila digoreng.Betul sangkaan saya. Ubi kayu yang saya goreng ni habis sekejap saja. Anak-anak kata seperti potato wedges. 😂Tak semua budak-budak sukakan ubi kayu. Tapi sebagai ibu, saya tetap mengajar anak-anak untuk mencuba semua makanan supaya mereka dapat tahu rasa dan keenakan setiap makanan. Alhamdullilah kenyang perut ni. Bersyukur kita masih dapat rezeki untuk dibuat alas perut.Selamat mencuba 😘 Gyna Elenna -
Sambal Kulit Ubi Kayu & Udang Sambal Kulit Ubi Kayu & Udang
Pertama kali cuba masak sambal menggunakan olahan kulit ubi kayu. Sengaja disimpan kulit ubi kayu rebus buat kerepek kulit ubi kayu cooksnap kak aznie haritu sebab nak try masak sambal ni. Sambal ni pula hasil cooksnap @cook_25784799 . Baru belajar mottainai kan ubi kayu, selama ni memang buang aje kulitnya. Sedap tau dan tak membazir.72/2022 Sesimple Loralin -
Lobak Masin/Jeruk Goreng Telur Lobak Masin/Jeruk Goreng Telur
Salah satu resipi yang selalu mak saya buatkan untuk kami sekeluarga ketika kami masih kecil dahulu. Dahulu, saya tak berapa suka rasa lobak ni tetapi bila semakin dewasa/bertambah usia, suka la pulak. Bila tengok rakan cookpaders @NorSukiman85 post resipi terus teringat nak buat. Saya tambah ikan bilis seperti yang mak saya selalu buat. Sewaktu sahur, saya dan suami memang kurang makan nasi kerana kurang berselera mengambil nasi di awal pagi tetapi pagi ni berselera pula makan bersama lobak masin goreng telur ni. Dapur Yusfarisyia -
Singgang Udang Sungai Singgang Udang Sungai
Jiran sebelah rumah selalu pergi memancing dan menjala ikan dan udang sewaktu hujung minggu. Disebabkan di tmpt kami diarahkan untuk PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) nampak gaya nya banyak juga cuti yang diberi kepada jiran saya tu. Cuti itu dimanfaatkan nya untuk pergi memancing dan menjala ikan dan udang di sungai yang jarak nya lebih kurang 3 kilometer dari rumah kami. Alhamdulillah dapat rezeki lebih dia sedekahkan kepada kami. Semoga dimurahkan lagi rezeki jiran saya tu. 🤲🏻. Suami minta dimasakkan singgang sebab udang nya masih lagi segar. Dapur Yusfarisyia -
👩🍳Ulunthu Vadai🇮🇳 👩🍳Ulunthu Vadai🇮🇳
Bahan utama vadai ialah kacang dhal. Kacang dhal sememangnya popular dan banyak kegunaan dalam masakan India.Ada dua jenis kacang dhal; Satu warna kuning yang berbiji-biji dan juga warna putih yang sedikit halus.Untuk buat Ulunthu vadai, saya guna kacang dhal kuning.Ulunthu vadai sedap dimakan begitu sahaja, tapi orang India selalunya makan bersama chutney sebagai sos dip.#cppassport Mahadiah -
Masalodeh (Masala Vadai) Masalodeh (Masala Vadai)
Tunaikan permintaan en.suami.. Teringin sangat katanya nak makan Masalodeh atau Masala Vadai..terus dia pergi kedai beli kacang dhal.. Saya pun dah lama sangat tak buat.. Sebelum ni saya blend kering kacang dhal..tapi kali ni saya terus blend dengan air & tapis/perah airnya menggunakan penapis santan. Alhamdulillah..suami cakap sedap sangat..terasa masin, manis, rangup & wangi nya.. Nor Al Fatihah -
Ubi Kayu Goreng Berempah Ubi Kayu Goreng Berempah
#cooksnap Petang ni kita recook resipi cookpaders Gyna Elenna Ubi Kayu Goreng Resipi https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/11800194-ubi-kayu-goreng?token=j4Rqu9uDkRXx3mM7BTc1osFy Saya cuba olah semula dengan menambah bawang merah dan bawang putih.Ubi juga tidak direbus terlebih dahulu.Sedap juga...Jom recook dan cooksnap Mamamikael Oven
Lebih Banyak Resipi
Komen