Tiram Rose

Nurul Bazliah Masri
Nurul Bazliah Masri @DapurNBazz
Sitiawan, Perak, Malaysia

Cerita ku. Tiram pelbagai bentuk ikut kreativiti. Memori tiram ini ingatkan saya pada emak yang kian uzur syarei. “Mak suka tiram hang buat. Senang gigit, rapuh, tak tebal.” Waktu ini saya sarat mengandung, emak terlantar sakit atas katil. Benarlah beli tak sama sebab tak semua penjual buat begini, meskipun rasanya sama.

Tiram Rose

7 orang bercadang membuatnya

Cerita ku. Tiram pelbagai bentuk ikut kreativiti. Memori tiram ini ingatkan saya pada emak yang kian uzur syarei. “Mak suka tiram hang buat. Senang gigit, rapuh, tak tebal.” Waktu ini saya sarat mengandung, emak terlantar sakit atas katil. Benarlah beli tak sama sebab tak semua penjual buat begini, meskipun rasanya sama.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
2 orang (50pcs)
  1. doh
  2. 1 cawantepung gandum
  3. 1/2sudu besar minyak masak
  4. Sedikitair untuk uli doh (tak sampai 1/2 cawan)
  5. Sedikitgaram
  6. alas sapuan
  7. 1/2 cawantepung ubi
  8. Sedikitminyak untuk gaul rata
  9. gula sira
  10. 1/2 cawangula pasir diblend halus

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Tepung gandum, garam, minyak. Gaul rata.

  2. 2

    Berderai doh

  3. 3

    Tambah air sikit-sikit sambil uli

  4. 4

    Doh siap uli. Bahagi dua.

  5. 5

    Untuk alas sapuan. Tepung ubi dan minyak. Gaul rata.

  6. 6

    Canai nipis dan letak alas sapuan. Ratakan

  7. 7

    Gulung dan lenyet bahagian dipotong untuk dapatkan bentuk kelopak.

  8. 8

    Goreng kekuningan dan toskan.

  9. 9

    1/2 cawan gula putih blend.

  10. 10

    Sira Tiram siap goreng yang sudah disejukkan.

  11. 11

    Siap. Nak makan tanpa gula boleh. Sira gula pun boleh.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nurul Bazliah Masri
pada
Sitiawan, Perak, Malaysia

Komen

Resipi Sepertinya