👩‍🍳Kuih Asam Guppa

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Berbuka Ala PANTAI TIMUR

Kuih ini kerap muncul bila Ramadan tiba. Bahan asas ialah sago dan inti selalunya pes kacang hijau. Tapi resipi ini menggunakan pes kacang merah, pun sedap dimakan😋🤗

Inspirasi resipi @elt4suri4 🌹TKasih.
Mudah diikuti, sedap dimakan. Boleh adjust bahan mengikut selera masing2.
#WajibCooksnap

Ramadan 19
Resipi 199/2022

👩‍🍳Kuih Asam Guppa

6 orang bercadang membuatnya

Berbuka Ala PANTAI TIMUR

Kuih ini kerap muncul bila Ramadan tiba. Bahan asas ialah sago dan inti selalunya pes kacang hijau. Tapi resipi ini menggunakan pes kacang merah, pun sedap dimakan😋🤗

Inspirasi resipi @elt4suri4 🌹TKasih.
Mudah diikuti, sedap dimakan. Boleh adjust bahan mengikut selera masing2.
#WajibCooksnap

Ramadan 19
Resipi 199/2022

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
12 biji
  1. Bahan Asam Guppa:
  2. 1 cawansagu merah
  3. 1 cawansagu hijau
  4. 1 cawanair setiap jenis sagu-rendam
  5. Inti kacang merah siap
  6. Kuah Santan:
  7. 1 kotaksantan (Saji)
  8. 1 cawanair
  9. Daunpandan simpul
  10. 2biji bawang merah kecil (dihiris)
  11. 1inci halia (dihiris memanjang)
  12. 1/2st halba
  13. 3sb (rata) gula halus
  14. 1st garam halus

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan2.

    Rendam sagu sampai kembang.Toskan air supaya mudah dikepal.

  2. 2

    Kepal kepalkan biji sagu dan masukkan inti dan tutup dengan kemas. (Saiz bola pingpong) nanti dah kukus akan mengembang. Ketepikan.

  3. 3

    Didihkan air dalam periuk pengukus. Susun kuih dalam pinggan dan Masukkan ke dalam pengukus.

    Kukus selama 10-15 minit atau sehingga sagu nampak jernih. Warna akan naik selepas dikukus. Jangan terlalu lama nanti sagu akan jadi lembik.

    Angkat dan ketepikan

  4. 4

    Satukan santan bersama halia, bawang merah, halba dan daun pandan. Masak sehingga mendidih menggunakan api perlahan sambil sentiasa dikacau. Perisakan dengan garam gula ikut citarasa.

  5. 5

    Setelah mendidih, tutup api.

    Masukkan asam guppa yang telah dikukus tadi. Kacau perlahan.

    Biarkan sejuk (boleh simpan peti sekejap jika suka dimakan dingin). Kuah akan pekat mesra bila menyejuk.

    Sedia untuk dihidang

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya