Sambal Sardin

Petang tadi buat Sambal Sardin ni untuk makam bersama Lempeng kosong. Ehhhh sedap, cik suami punya la suka sampai bagi idea lagi tuk Sambal Sardin ni digandingkan makan bersama puri @ roti canai🤦♀️. yang tu next punya projek ehhhh😁. Kejap je terang makan ngan Lempeng. Laku habis🥰
#MerdekaMonth
Sambal Sardin
Petang tadi buat Sambal Sardin ni untuk makam bersama Lempeng kosong. Ehhhh sedap, cik suami punya la suka sampai bagi idea lagi tuk Sambal Sardin ni digandingkan makan bersama puri @ roti canai🤦♀️. yang tu next punya projek ehhhh😁. Kejap je terang makan ngan Lempeng. Laku habis🥰
#MerdekaMonth
Cara Memasak
- 1
Cara masak sambal sardin
Tumis bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi hingga layu. - 2
Masukkan ikan sardin, buang tulang ditengahnya dan hancurkan guna sudip. Kacau rata
- 3
Masukkan kuah sardin bersama sedikit air. kacau hingga sebati. Masukkan juga air limau nipis. kacau lagi.
- 4
Bubuh garam juga ajinomoto, kacau hingga ia sebati. Biar ia sedikit kering sebelum ditutup api dapur.
- 5
Ok,sambal sardin kita dah siap.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sardin Tin Masak Paprik Sardin Tin Masak Paprik
#sardin #1393recipe #Pejuang2KResepiNi kemarin Aznie buat, abang nak makan sardin katanya. Tiba-tiba idea datang nak try buat Sardin Paprik. Nak tengok apa la rasanya Sardin Tin Masak Paprik. Abang, first dia makan dia tanya dah. Ni sardinkan?? ye la Sardin kenapa tak sedap ye. Bukan, rasa dia sedap ni masak apa?? Masak paprik Aznie cakap sambik gelak🤣. Lepas tu anak bujang nak keluar gi kedai dekat rumah kejap beli barang, abang kirim beli roti puri 2 keping. Aznie tanya bukan baru makan nasi ke. Dia cakap nak makan puri ngan sardin tu sedap. Pulak dah. Aznie Khasri -
Lempeng Sardin Lempeng Sardin
Lempeng Sardin#goldenapron#week10Sejak kebelakangan ni asyik tak sihat ja. Mungkin jerebu. Tekak pun sakit dan rasa pahit. Alhamdulillah hari ni nampak sihat dan teringin nak makan lempeng ngan sambal sardin. Umi Minarni -
Lempeng Kosong Gulung Sambal Sardin Lempeng Kosong Gulung Sambal Sardin
Kalau sardin memang fav ciik suami. Petang tadi Aznie buat Lempeng Gulung Sambal Sardin, punya la suka cik suami makan. Sedap katanya. Kalau tak nak gulung boleh je makan cicah je terus. Tapi yang ni saje gulung supaya senang boleh terus makan. Ni kalau buat cicah puri, roti canai pun sedap jugak katanya. Buat inti sandwich pun layan. Tu diaaaaa siap bagi idea lagi. Tak apa next nanti buat lagi. Serius sedap😋#MerdekaMonth Aznie Khasri -
Sardin Gulai Kampung (Sardin dalam Tin) Sardin Gulai Kampung (Sardin dalam Tin)
Sardin ni sebenarnya bukan setakat buat sambal je, banyak lagi masakkan yang berasaskakn sardin dalama tun yang boleh kreatifkan & cuba kita masak, antaranya adalah Sardin Gulaia. Kampung yang Ctie Bakerys buat ini. CTIE BAKERYS -
Sambal Sardin Pedas Sambal Sardin Pedas
Sambal Sardin Pedas sedap dimakan bersama roti putih dan juga lempeng.Ummi guna Sardine Pedas Ayam Brand. Memamg sangat sedap 👍😋😍#MatchmakerMonth Prince Lempeng Kosong Mencari Cinderella Cicah Nya Q'leenalee's Kitchen -
Sardin Berapi Sardin Berapi
Sardin merupakan menu serba guna. Boleh dijadikan lauk makan bersama nasi, roti atau mee. Ia juga boleh dijadikan inti seperti sardin roll, sandwich dan pau. Selain itu, sardin juga boleh menjadi perencah untuk menggoreng mee mamak, nasi goreng atau pasta goreng. Ia juga sesuai menjadi bahan cicahan kepada roti canai, puri atau roti jala. Fauziah GeeHut -
Kari Sardin Indian Style Kari Sardin Indian Style
#ChooseToCook#IndianFoodSesekali cuba sesuatu yang lain, biasanya sardin ni kita masak sambal ja tapi kali ni cuba masak kari sardin indian style..Hmm...marbeles.Cicah ngan puri @ roti nan pun sodap ni 😋 Norashikin Rahmat -
Sambal Sardin Siti Sarah Sambal Sardin Siti Sarah
#TasteMood #SeleraHariIni #ChooseToCook #1354recipe Suami request nak makan Sambal Sardin, jadi Aznie tunaikan permintaannya. Untuk kali ni Aznie ikut resepi dari arwah Siti Sarah Raisiddin. Aznie sedih sebenarnya dengan segelintir netizen ni, sebab kalau bak menkritik masakan orang memang no 1. Macam dia je yang pandai masak, orang lain semua salah. Dah kira baik arwah nak share sambal sardin yang suami dan anak-anak dia suka makan. Patut mereka berterima kasih, tapi sebaliknya. Macam-macam komen negatif yang orang komen. Serius cakap suami Aznie suka sangat dengan resepi sambal sardin ni. Memang Aznie tak cerita resepi yang Aznie masak ni dari siapa. Memang sedap dan kena dengan tekak Aznie sekeluarga. Harap-harap dengan share resepi dari arwah ni, mengalir pahala buat arwah sebab sudi berkongsi resepi dengan semua. Kita kena ingat setiap apa yang kita komen negatif itu mencerminkan diri kita yang sebenar. Jika tidak boleh berkata benda yang baik lebih baik diam. Kita semua tak sempurna, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan diri. Sama-sama kita belajar. Sebab tu Aznie lebih memilih masak sendiri untuk keluarga, sebab mereka akan ingat setiap masakan yang kita masak yang mereka suka. Ia akan membuatkan diri kita rasa lebih dihargai dan disayangi. Aznie Khasri -
👩🍳Sambal Sardin Campak campak 👩🍳Sambal Sardin Campak campak
Main Campak Campak🍲Masak Sambal Sardin pun boleh main campak campak.Bahan asas sambal seperti masak sambal lain juga. Cuma sy suka goreng sardin sekejap sebelum dimasukkan ke dalam sambal. Ini part yg paling tak suka kerana minyak meletup2 dan kuali mesti ditutup semasa menggoreng supaya dapur tak kotor.Apabila sambal dah masak, campak je sardin yang digoreng tadi dan juga sayuran yang digemari.#MainCampakcampak#Julychallenge2149/3K293/2024 Mahadiah -
Sardin Kimchi Sardin Kimchi
Maaflah takde plating sebab tak sempat. Haha. Resipi terjadi sebab ada kimchi & sardin di dapur. Pastu teringin nak makan kimchi jiggae tp mcm malas nak cari barang so buat je la sardin kimchi. Kimchi beli di shopee di kimchiclan Anis Syazani -
Sambal Sardin Hancur Sambal Sardin Hancur
Nak masak apa la kan. Tiba2 teringat macam ada ternampak org buat sambal sardin hancur ni. Tapi x tahu kat mana. Terus cuba buat. Tapi ni ikut cara saya la...main hentam je. Janji anak2 x jemu2 makan sambal ni. Ada tu sampai 3 hari berturut2 makan lauk yg sama 😂. Sambal sardin ni selain Makan dengan nasi, boleh juga dimakan bersama roti atau lempeng. Memang sedap. Selamat mencuba 👍🤗 siti sauzira wani supi -
Sambal Sardin Bersama Timun Sambal Sardin Bersama Timun
#goldenapron2020#week21Menu ni saya buat untuk lunch semalam. Rasa macam dah jemu makan segala jenis lauk pauk, tekak rasa nak makan sardin tin pulak.Stok sardin memang sentiasa ada je kat rumah, senang bila kebuntuan idea nak masak apa, so sardinlah yang jadi pilihan. Nak masak pun senang dan cepat.Lain orang lain cara masak sardin ni walaupun dalam tin yang sama..kan? Ada yang tak letak bahan lain, hanya tambah garam...ada yang buat kari..segala macam ada!Kalini saya nak share resepi yang saya selalu buat iaitu sambal sardin bersama timun.Selalu saya akan makan bersama dengan telur dadar dan sambal serta nasi ditabur sedikit kicap. Nyummmm memang menambah nasiiii. Zarns Dir
Lebih Banyak Resipi
Komen