Sambal Udang Petai

Inspirasi resipi dari @nuxxin
Dalam resipi asal daripada tuan punya resipi ni, beliau menggunakan belacan. Tapi belacan saya dah habis, saya gantikan dengan kiub pati ikan bilis. Saya tambahkan halia dalam masakan. Tumiskan bersama hirisan bawang merah dan bawang putih.
❤️Sesuatu yang saya pelajari dari resipi beliau ialah --> gorengkan dahulu udang. Tapi goreng sekejap je. Means tak masukkan udang mentah dalam sambal...
Minyak goreng udang tadi jangan dibuang. Boleh digunakan untuk menumis sambal.
Suaikan rasa ikut citarasa sendiri. Asam, gula dan garam secukupnya 🫰
Sambal Udang Petai
Inspirasi resipi dari @nuxxin
Dalam resipi asal daripada tuan punya resipi ni, beliau menggunakan belacan. Tapi belacan saya dah habis, saya gantikan dengan kiub pati ikan bilis. Saya tambahkan halia dalam masakan. Tumiskan bersama hirisan bawang merah dan bawang putih.
❤️Sesuatu yang saya pelajari dari resipi beliau ialah --> gorengkan dahulu udang. Tapi goreng sekejap je. Means tak masukkan udang mentah dalam sambal...
Minyak goreng udang tadi jangan dibuang. Boleh digunakan untuk menumis sambal.
Suaikan rasa ikut citarasa sendiri. Asam, gula dan garam secukupnya 🫰
Cara Memasak
- 1
Gorengkan udang, tak perlu lama. Sekadar nk keluarkan air udang sahaja.
Angkat dan ketepikan dahulu.Dengan minyak yang sama, tumiskan hirisan bawang merah bawang putih dan halia. Tumis hingga layu.
- 2
Masukkan bawang merah, bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Tumis hingga sedikit garing kemudian masukkan lada kisar.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan kiub pati ikan bilis.
- 3
Bila sambal telah cantik, masukkan air asam jawa dan sos cili.
Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
Apabila telah cukup segala rasa, masukkan udang yang telah digoreng tadi bersama-sama dengan petai dan hirisan bawang besar.
- 4
Paling-palingkan. Tak perlu lama, kerana udang telah digoreng. Cukup sekadar bawang dan petai layu.
Siap untuk dihidang. Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sambal Udang Petai Sambal Udang Petai
Untuk dapatkan rasa sambal udang yang sedap, tambahan petai dalam sambal adalah sangat membantu menaikkan rasa sambal tersebut. meskipun saya sendiri tidak makan petai, tetapi sambal udang yang sedap haruslah ditambah dengan petai.#goldenapron#udang Nisa jijan -
Sambal Udang Petai Sambal Udang Petai
#goldenapron2020#cookpadmalaysia#mingguke9Ada petai, ada pulak udang.. apa lagi jadikan sambal udang petai.. Anur Musa -
Sambal Udang Special Sambal Udang Special
#goldenapron2020#mingguke26Kelmarin makcik kesayangan saya datang ke rumah, dia belikan saya 1 kilo udang. Wahhhhh gembiranya hati bukan kepalang. Dalam kepala ni dah macam-macam menu keluar. Tapi suami minta saya masakkan sambal udang. Mungkin dia dah lama tak makan Sambal Udang. Saya memang jarang beli udang kerana kurang gemar. Tapi sesekali tu saya suka. Apatah lagi kalau udang laut, itu pilihan nombor 1 saya. Tetapi harga udang laut agak mahal berbanding udang bela.Kebetulan pula ada sedikit petai didalam dapur. Saya campurkan sekali dengan petai. Jika you all tak suka petai, Tak perlu tambah petai.Selamat mencuba 😊 Gyna Elenna -
Sambal Udang Petai Sambal Udang Petai
#1post1hope#goldenapronSambal udang yang ditambahkan dengan petai sangat aromatik dan sangat membangkitkan selera makan. Norida Alias -
Sambal udang petai Sambal udang petai
#merdeka2020#goldenapron2020Sempena Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 63 tahun pada 31hb Ogos 2020,kita pun nak juga join contest anjuran Cookpad Malaysia ni.Kita pilih resepi yang merah menyala.Semerah darah namanya.Sambal ni kita menggunakan cili kering pedas.So anda boleh tahu dan agak kan tahap mana membaranya bibir bila dah selesai makan lauk sambal udang petai ni 😅Resepi yang sangat mudah tapi padu rasanya.Jangan membuang masa,jom lihat resepinya. Nurain Jalil -
Sambal Bilis Petai Tempoyak Mak Liha 2.0 Sambal Bilis Petai Tempoyak Mak Liha 2.0
Berbanding dengan resepi Sambal Bilis Petai Tempoyak yang pernah saya kongsikan dahulu, resepi 2.0 ini adalah lebih mudah bahannya dan kali ini masa menumis bawang besar dipanjangkan sehingga bawang betul-betul masak keemasan bagi memekatkan aroma sambal. Jom kita cuba! Nab’s Kitchen Diary -
Sambal Tumis Udang Petai Sambal Tumis Udang Petai
#phopxcookpad2020#goldenapron2020Sejujurnya dulu2 saya bukan penggemar petai. Bau x boleh, makan apatah lagi.Semakin berusia ni tetiba ja boleh pulak ngam dengan petai😄😄Tapi dengan syarat mesti duduk dalam kuah la..Makan saja cicah sambal belum boleh terima lagi.So, bila teringin petai kita masukkan dalam sambal tumis udang.Jom try 😍 Sarah Amani -
Sambal udang petai Sambal udang petai
Saya memang peminat petai,selain makan petai untuk dijadikan ulam, petai juga sedap dimasak sambal udang.#cppassport Noraini Hamid -
Sambal Tumis Udang Petai Sambal Tumis Udang Petai
#CookpadApron2025Week16Magic cartUdang, cili, haliaMenu popular, sambal udang dengan petai. Ani Delighted -
Sambal Petai Telur Puyuh Sambal Petai Telur Puyuh
Resipi simple, makan dengan nasi dan ayam goreng.Setel.Menambah nambah nasi. Kakak Faa -
Cucur Bilis Dan Bawang Cucur Bilis Dan Bawang
Resepi dari @Malindo saya buat untuk sarapan pagi td. Ikut sukatan resipi beliau cuma saya tak letak bawang putih dan pati ayam. Saya tambahkan lada merah basah, lada hijau basah dan garam sekali. Memang sedap, rangup diluar, lembut didalam.Biasanya saya buat cucur bilis, tak letak telur. Rupanya letak telur lagi sedap, cucur tak jadi liat macam sebelum-sebelum ni yang pernah saya buat. Lagi satu, letak tepung beras sekali, sebab tu ada rasa rangup diluar, manakala lembut didalam sebab letak telur.Okey, dapat 1 pelajaran yang baru... Terima kasih pada tuan punya resipi 🫰🫰🫰 Noor Atika Mahamood -
Udang Sambal Petai Udang Sambal Petai
Slalu buat sambal ni makan dgn nasi lemak. Taburan petai tu menggoda kan😆 Ann👩🏻🍳
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)