Tapai Pulut

Dh berapa lama teringin nk buat Tapai Pulut. Sbb suka sgt makan Tapai. Tp belum cukup keberanian nk buat.. Sbb dgr kata org nk buat Tapai bukan mudah. Byk 'pantang larang'nya. Tak pe. Kite cabar diri buat! Akhirnya jadi! 🥰
Tapai Pulut
Dh berapa lama teringin nk buat Tapai Pulut. Sbb suka sgt makan Tapai. Tp belum cukup keberanian nk buat.. Sbb dgr kata org nk buat Tapai bukan mudah. Byk 'pantang larang'nya. Tak pe. Kite cabar diri buat! Akhirnya jadi! 🥰
Cara Memasak
- 1
Rendam beras pulut semalaman.
- 2
Kukus pulut anggaran 30 minit
- 3
Buka tutup pengukus, masukkan pulut ke dalam mangkuk. Siram pulut dengan 2 cawan air.. Siram sambil lerai²kan pulutnya supaya air sekata.
- 4
Masukkan semula pulut ke dalam pengukus. Kukus hingga pulut masak.
- 5
Jemur ragi di luar ketika hari panas. Sy hancurkan dulu raginya.
- 6
Masukkan pulut ke dlm dulang supaya pulut cpt sejuk. Pastikan pulut betul² sejuk.. Biarkan pd suhu bilik. *jgn halakan ke kipas. Takut pulut jd kering & keras.
- 7
Bila pulut dah sejuk, masukkan ragi dalam tapis. Ayak ragi ke seluruh permukaan pulut. Gaul2 pulut supaya semua bahagian kena ragi. *jika pulut tak sejuk, dikhuatiri ragi akan rosak & tapai akan berkulat.
- 8
Bila pulut & ragi dah sekata, boleh sudukan pulut ke dalam bekas. *tupperware atau daun pisang atau daun getah
- 9
Susun bekas tapai dalam 1 bekas. Ikat dengan kain. Dan simpan di tempat gelap. *sy ikat dengan kain, masukkan dlm kotak, simpan bwh katil 😅
- 10
Peram tapai selama 2 hari *sy peram 50 jam
- 11
Bila tapai dah menjadi & berair, boleh lah simpan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
- 12
Oh ya! Paling penting dalam pembuatan tapai adalah kebersihan. Pastikan tangan serta semua peralatan dalam keadaan bersih & kering. Peralatan yang tak bersih akan menyebabkan tapai tercemar dengan bakteria seterusnya menyebabkan tapai tak menjadi, berkulat atau berwarna merah. Merah bkn sbb dtg bulan ye!
- 13
Ragi juga memainkan peranan penting. Ragi yang tak elok atau rosak menyebabkan tapai tak jadi @ tak manis.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Tapai Tapai
Tapai ni orang kata banyak pantang larang, setakat ni aku buat alhamdulillah selalu menjadi, tak ada pantang larang pon. Cuma pastikan tangan bersih dan alatan nak guna tu pon bersih okay ;) Ragi pon main peranan, cari ragi yang manis. Ragi tu biasa aku tanya tuan kedai, 1 biji tuk berapa kg pulut. Newbie lagi katakan 🤭#goldenapron2020#myfirstrecipe2020 IlhamTryToCook -
Tapai Pulut Tapai Pulut
Kalau tak kena gaya memang tak menjadi tapai nya.. Orang lama-lama kata kalau nak buat tapai mood kena baik. Kena senyum je barulah tapai yg kita buat tu manis bak senyuman kita... Tiberr 😜😎😎 Noor Atika Mahamood -
Tapai Pulut Tapai Pulut
Raya Aidilfitri yg lepas saya buat tapai, frust sangat sebab tapai tak manis, jadi masam..last2 buang je. Padahal sebelum ni, saya buat elok je manis sangat..semua tips2 & petua buat tapai saya dah ikut. Suami & mak mentua cakap mungkin sebab ragi tak elok & dah lama. Saya rasa pun betul juga sebab saya beli kat Klang ni je ragi sebab dah habis stok..selalunya mak saya yg beri..dia beli kat kampung, Terengganu. Selepas tu, mak mentua bagi ragi baru. Daun pisang pun dia bagi. Kalau ikutkan hati malas dah nak buat, tapi di sebabkan suami teringin nak makan, jadi saya buat juga. Biasanya saya kukus pulut..Kali ni saya tanak pula..saya bungkus biasa je mcm bungkus nasi lemak/kuih koci tu..jadi tak payah guna lidi/stapler. Alhamdulillah..manis sangat & pulutnya pun lembut je.. berair2 pula tu..seronok sangat rasa..🥰 Saya suka makan sejuk2 dari peti ais..suami tak berhenti buka peti makan..hihii 🤭 Nor Al Fatihah -
Tapai Pulut Tapai Pulut
#goldenapron2020 #week6 Tapai pulut merupakan antara juadah hari raya yg menjadi kegemaran saya sekeluarga. Resepi daripada mak saya sendiri..setiap kali raya wajib mak saya buat..tapi dia menggunakan daun getah @ daun jambu air..memandangkan di tempat saya sukar utk dapatkan daun2 tersebut..jadi saya menggunakan daun pisang saja..cara bungkusnya pun senang..saya buat ni 2 hari lepas..alhamdulillah manis seperti tuannya 😆😝 ada yg mengatakan buat tapai ni ada pantang larangnya..tapi tidak bagi saya & mak saya..kita buat dia..bukan dia buat kita😆 sedap di makan sejuk2 letak dlm peti ais.. Nor Al Fatihah -
Tapai pulut terengganu Tapai pulut terengganu
Hari raya je bru leh jumpa tapai ni... Musim panas ni elok la buat tapai pulut.. Letak dalam peti sejuk... Wahhhhh... Best makan sejuk2.#dudukrumah#kitajagakita Errin -
Tapai pulut Mek Tapai pulut Mek
Tapai pulut merupa menu tradisi keluarga kami apabila menyambut Hari Raya@ Hari Raya Korban. Boleh dikatakan Mek wajib menydiakan juadah ini. (Mek adalah panggilan kepada arwah ibuku). Dia akan minta tolong anak lelaki untuk mendapatkan daun getah untuk membalutnya. Dan carikan lili kelapa sebagai pin daunnya. Terasa kemeriahan kerana tapai disediakan dua hari sebelum Hari Raya. Menandakan Hari raya dah dekat..Nostaljia inilah yang mendorong sya setiap kali raya saya mesti menyediakan tapai pulut, dikala membungkus kepala terbayangkan wajah arwah mek. Camne dia mengajar ku membungkusnya....Tapai yang siap dibungkus akan dimasukan kedalam periuk atau besin enamel untuk diperam.Mek akan peram tapai dibawah katil di dalam bilik tidurnya. Agar selamat dan tidak diceroboh. Katanya tapai tak boleh diusik ketika pengeraman nanti tapai tidak manis. @ merajuk.. Bila mek sudah pergi ke negeri abadi, baharu lah kita mencari-mencari resepi untuk membuatnya.Alfatihah buat mek. Ani Delighted -
Tapai Manis Tapai Manis
#immunebooster#minggu2#tapaianSuami saya penggemar tapai.Tiap kali nak makan mesti kena beli.Nak buat takut sebab orang kata banyak pantang larangnya.Suatu hari suami minta saya membuatnya dan saya nak tenguk sejauh mana kebenarannya yang banyak pantang larang.Semua cerita yang orang cakap tu semuanya mitos kerana saya telah cuba buat dalam keadaan atau situasi yang pantang larang membuatnya itu.Tapai saya tetap jadi dengan jayanya..sangat sangat manis..cuba la buat tapai ini tanpa pantang larang..insya Allah menjadi. Dunia Hanya Sementara Fy -
Tapai Pulut Tapai Pulut
#goldenapron2020Pertama kali akk cuba buat tapai pulut Alhamdulillah menjadi dan orang pertama yang merasanya bukan kaleng2...beliau seorang bloger yang femes dan juga seorang rakan cookpader kesayangan ramai...orangnya ialah Kak Wan❤️ serius nak cakap akk berdebar2 time Kak Wan makan...nasib manis meleting...akk buat tapai hari Khamis dan pada hari Sabtu ada date untuk lunch dengan Kak Wan...time nak bawak sebagai buah tangan untuk Kak Wan...akk langsung tak tengok kejadiannya...kalaulah kejadian disebaliknya mau akk sorok muka...33 hari dari dunia maya...😂🤣😍😘Jom tengok caranya yang sangat mudah. Aza Aaj -
Tapai pulut Tapai pulut
Pertama kali buat resepi google.Tapai ni sedap di makan sejuk-sejuk.#phopbylinimohd#cookpadmalaysia#juadahraya Kha Alkhalid -
Tapai Pulut Daun Pisang Tapai Pulut Daun Pisang
#Syawalmonth#Challenge :Riang ria rayaKemestian menu di hari raya. sekarang sudah ada peminat tersendiri.dibalut dengan daun pisang akan menambah aroma tapai . cuma 3 bahan tapi penyediaan dan pantang larang nya boleh tahan juga. Apapun kena cuba Ani Delighted -
Tapai Nasi Tradisional Tapai Nasi Tradisional
#goldenapron2020#myfirstrecipe2020Tapai Nasi Tradisional ni antara kesukaan saya dan keluarga. Masa kecil dulu memang tak tahu cara buat tapai yang betul. Sebab mak dan arwah nenek pernah pesan nak buat tapai nasi ada pantang larangnya.Yang paling utama kena pilih ragi yang betul dan ketika buat tapai nasi kena lah senyap sepi baru menjadi.Nur Fatihah Faris
-
Tapai Aiskrim #MAHN Tapai Aiskrim #MAHN
Bila tiba hari raya dulu kala, mak selalu buat tapai. Abang ipar saya masa tu masih muda la kan, suka sangat tapai. Pasti dia akan pi kedai beli aiskrim dan ais batu. So, dia pun akan makan tapai dan aiskrim. Nampak muka dia sedap je makan. Mak tak bagi sy makan sebab dia cakap saya kecik lagi. Skang nie dah lama sangat tak buat tapai. Kali nie tetiba mintak mak ajarkan resepi rahsia mak... tapai.... cuba lah.. senang je... petuanye... masa buat tu mak cakap jangan bercakap... diam je... Mohd Zamry Zainal
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)