Maggi Goreng Udang

ani skmn
ani skmn @NorSukiman85

Mengidam Apa Tu~~~

#ChooseToCook #SeleraHariIni

Duk tengok-tengok IG, sekali lalu pulak video masakan afiqrahim, dia buat Maggi Goreng Udang ni.. sampai kecur-kecur air liur kita tengok.. cuaca pulak tengah hujan tadi, laparr pulak tu.. tengok barang dalam peti ais semua ada. Apa lagi moh lerr kita buat..

Kita nak ajak la sahabat masa sek rendah kita @elt4suri4 buat jugak.. ajom lerr..

Maggi Goreng Udang

Mengidam Apa Tu~~~

#ChooseToCook #SeleraHariIni

Duk tengok-tengok IG, sekali lalu pulak video masakan afiqrahim, dia buat Maggi Goreng Udang ni.. sampai kecur-kecur air liur kita tengok.. cuaca pulak tengah hujan tadi, laparr pulak tu.. tengok barang dalam peti ais semua ada. Apa lagi moh lerr kita buat..

Kita nak ajak la sahabat masa sek rendah kita @elt4suri4 buat jugak.. ajom lerr..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3 paketmaggi kari
  2. 2 paketperasa maggi kari
  3. 1 mangkukUdang (kupas kulit)
  4. 3 bijitelur
  5. 3 ulasbawang putih (tumbuk kasar)
  6. 4 bijicili padi (tumbuk kasar)
  7. SedikitKicap manis
  8. SedikitKicap pekat
  9. sedikitCarrot
  10. sedikitKubis
  11. sedikitKucai
  12. Minyak untuk menumis
  13. 1 1/2 cawanair

Cara Memasak

  1. 1

    Siapkan bahan-bahan. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi sampai naik bau. Masukkan perencah kari Maggi. Untuk 3 paket maggi, saya hanya menggunakan 2 paket serbuk perasa sahaja. Kalau guna 3 takut masin sangat pulak nanti.

  2. 2

    Tumis sebentar, kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat. Agak-agak je saya tak ada sukatan. Lebih kurang 3 sudu kicap manis dan 2 sudu kicap pekat. Kalau kurang nanti boleh adjust. Masukkan udang dan air. Air agak-agak ye jangan banyak sangat nanti mee jadi kembang.

  3. 3

    Masukkan sayuran yang keras seperti carrot dan tunggu sampai mendidih. Masukkan mee maggi dan gaul sebati. Tunggu sampai kuah agak mengering. Sentiasa kacau supaya sebati.

  4. 4

    Ketepikan maggi, pecahkan telur. Tunggu telur agak mengeras sedikit baru kacau sebati bersama maggi.

  5. 5

    Masukkan kubis dan kucai. Kacau sebati. Sayur dan agak layu tutup api. Siap dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
ani skmn
ani skmn @NorSukiman85
pada

Komen

Resipi Sepertinya