Sambal Tempe Tumbuk

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Hanya Ada Vege Dalam Peti?

#ChooseToCook #VegetarianDish

Dalam peti sejuk ada tempe dua keping, ada cili merah, cili padi dan bawang merah kecil yang telah siap dikupas oleh suami saya beberapa hari yang lepas gara-gara bawang tu hampir membusuk. Sejak saya kurang sihat ni, suami dan anak-anak yang membantu tugasan di dapur. Anak bujang dah habis cuti dan dah balik ke tempat dia bertugas tinggal lah kami tiga beranak. Si dara saya memang kurang ke dapur kerana waktu kerja dia yang tidak menentu jadi memang takde siapa yang akan memeriksa bahan-bahan memasak di dapur contoh seperti bawang, kentang dan sebagai nya. Kalau dibiarkan lama akan jadi tidak elok/membusuk.
Hari ni saya goreng tempe dan digaul bersama bahan sambal. Menu yang sangat mudah tetapi sedap. Kalau suka lebih pedas, boleh tambah lagi cili. Saya buat ni memang tak berapa pedas sebab suami saya memang tak berapa tahan pedas. Tambahan pula saya dinasihati oleh doktor supaya jangan makan yang pedas-pedas.
@airtangan_ummirizqi jom cuba 😁

Sambal Tempe Tumbuk

2 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 kepingtempe (150 gm)
  2. Minyak masak untuk menggoreng secukup nya
  3. Bahan Goreng*
  4. 2 sudu besarminyak masak*
  5. 5 bijibawang merah kecil*
  6. 3 ulasbawang putih*
  7. 1 bijicili merah*
  8. 1 bijicili padi Thai*
  9. 3 bijicili padi*
  10. 2 sudu besargula
  11. 1 sudu kecilgaram Himalaya
  12. 1/2 sudu kecilserbuk perasa (optional)

Cara Memasak

  1. 1

    Goreng bahan goreng hingga layu dan sejukkan seketika.

  2. 2

    Kisar/tumbuk bahan goreng bersama garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan juga minyak goreng tu. kisar/tumbuk jangan terlalu halus.

  3. 3

    Panaskan minyak masak dan goreng tempe hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak nya. Tumbuk tempe jangan terlalu hancur.

  4. 4

    Gaulkan tempe bersama bahan goreng yang telah dikisar/ditumbuk tadi hingga rata dan sebati. Adjust rasa mengikut kesesuaian masing-masing. Sedia untuk dihidangkan, sedap makan bersama nasi putih. Ratah pun sedap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya