Sawi Goreng Ikan Masin dan Udang

ani skmn
ani skmn @NorSukiman85

Hari sabtu kemarin , kami para waris dijemput hadir ke sekolah anak untuk acara Hari Aspirasi Potensi Murid. Dan selepas habis acara, cikgu ada membuat jualan sayur sawi dan bayam yang mereka tanam di sekolah. Waris bole membuat bayaran seikhlas hati dan boleh ambil sebanyak mana waris nak. Tp di rumah memang kami berdua je yang makan, jadi hanya ambil sikit je. Tp cikgu yang tambah jadi sampai satu plastik besar pulak jadi nya 😆 tapi sayur yang ditanam memang segar2 betul. Alhamdulillah jadi la lauk untuk hari ini 🤲 untuk anak2 kita masakkan lala masak lemak dan ikan goreng.

Sawi Goreng Ikan Masin dan Udang

11 orang bercadang membuatnya

Hari sabtu kemarin , kami para waris dijemput hadir ke sekolah anak untuk acara Hari Aspirasi Potensi Murid. Dan selepas habis acara, cikgu ada membuat jualan sayur sawi dan bayam yang mereka tanam di sekolah. Waris bole membuat bayaran seikhlas hati dan boleh ambil sebanyak mana waris nak. Tp di rumah memang kami berdua je yang makan, jadi hanya ambil sikit je. Tp cikgu yang tambah jadi sampai satu plastik besar pulak jadi nya 😆 tapi sayur yang ditanam memang segar2 betul. Alhamdulillah jadi la lauk untuk hari ini 🤲 untuk anak2 kita masakkan lala masak lemak dan ikan goreng.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Sayur sawi
  2. Ikan masin tenggiri
  3. 1 mangkukkecil udang sayur
  4. 1/2 bijibawang besar - tumbuk
  5. 3 ulasbawang putih - tumbuk
  6. 2 bijicili merah - tumbuk
  7. 2 sdmsos tiram
  8. Air
  9. Garam dan serbuk perasa
  10. Minyak untuk menumis

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk dan masukkan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak dan agak garing. Kemudian masukkan ikan masin dan tekan-tekan ikan masin sehingga hancur.

  2. 2

    Masukkan sos tiram dan sedikit air. Rasakan jika kurang masin tambah sedikit garam dan serbuk perasa. Dah mendidih masukkan udang.

  3. 3

    Terakhir masukkan sayur sawi dan masak sehingga sawi layu.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
ani skmn
ani skmn @NorSukiman85
pada

Komen

Resipi Sepertinya