Ramuan

  1. 1 ikatsayur kailan
  2. 1 sudu besarisi ikan masin
  3. 1 sudu besarsos tiram
  4. 3 ulasbawang putih (cincang kasar)
  5. 1 bijicili merah (hiris)
  6. Sedikitair
  7. Garam (jika perlu)

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng ikan masin hingga harum, angkat, buang tulang & hancurkan. Kemudian dengan menggunakan minyak ikan masin tadi masukkan bawang putih, cili merah tumis hingga harum. Kemudian masukkan sos tiram, kacau rata. Masukkan batang kailan dan ikan masin.

  2. 2

    Tuang sedikit air dan goreng sekejap hingga lembut sedikit. Tambah daun kailan, kacau rata dan masak hingga daun sedikit layu. Rasa dan jika perlu tambah secubit garam (tapi rasa dah ok sebab ikan masin tu memang masin..). Hidangkan panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya