Filipino Style Fried Chicken

Zarafafiis ❣️🌹
Zarafafiis ❣️🌹 @zarafafiis
Sarawak

Sumber: Kawalingpinoy.com

Rangup diluar lembut di dalam.. sangat mudah membuatnya.. Beberapa bahan saya ganti.

Warna ayam agak kegelapan kerana penggunaan kicap soya.. tapi alhamdulillah sangat sedap.. laju ja anak2 Makan..

Filipino Style Fried Chicken

8 orang bercadang membuatnya

Sumber: Kawalingpinoy.com

Rangup diluar lembut di dalam.. sangat mudah membuatnya.. Beberapa bahan saya ganti.

Warna ayam agak kegelapan kerana penggunaan kicap soya.. tapi alhamdulillah sangat sedap.. laju ja anak2 Makan..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4 orang
  1. 1/4 cawanjus lemon atau limau kasturi (saya ganti cuka Apple)
  2. 1/2 cawankicap soya (saya guna kicap soya Manis)
  3. Beberapaulas bawang putih - ketuk Dan cincang halus
  4. 1 sudu tehgaram - 1/2 untuk perap Dan 1/2 untuk tepung
  5. 1/2 sudu tehserbuk lada hitam - 1/4 untuk perap Dan 1/4 tepung
  6. Ayam - bahagian paha sayap dan dada
  7. 3/4 cawantepung gandum atau all purpose flour
  8. 1/4 cawantepung jagung
  9. 1 sudu besarbaking powder
  10. Minyak jagung secukupnya untuk menggoreng - saya Minyak masak

Cara Memasak

  1. 1

    Dalam mangkuk besar satukan ayam Yang telah dipotong Dan bersih dengan jus lemon/limau kasturi (saya cuka Apple), kicap soya, bawang putih, 1/2 sudu teh garam (ambil daripada 1 sudu teh) dan 1/4 sudu teh serbuk lada putih (ambil daripada 1/2 sudu teh).
    Gaul sebati. Dan perap selama 2 jam sehingga 4 jam (saya ambil 2 jam).

  2. 2

    Sediakan mangkuk lain, masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder, lebihan daripada garam 1/2 sudu teh, dan lebihan serbuk lada hitam 1/4 sudu teh. Kacau rata

  3. 3

    Setelah 2 jam keluarkan ayam, kemudian tuangkan air perapan ayam tadi.. ayam Pula lap dengan Cara tekan2 dengan paper kitchen untuk buang lebihan air.. baru masukkan ke Dalam mangkuk campuran tepung tadi.. buat semuanya sehingga habis.

  4. 4

    Panaskan minyak, dah panas mulalah goreng ayam tadi.. goreng sehingga masak sepenuhnya Dan keperangan.. goreng sehingga habis.. toskan minyak Dan sedia dihidangkan..

    Siap 😍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zarafafiis ❣️🌹
pada
Sarawak
❣️isteri❣️ibu (2 anak - girl & boy)❣️minat memasak & baking❣️punya 4 ekor Kucing
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya