Rendang ayam tanpa santan simple

Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
Bintangor, Sarawak.

Memang dah rancang nak masak rendang, semua bahan dah sedia baru teringat santan lupa beli 🤦‍♀️. Nak keluar g kedai pun malas, nasib baik jumpa resepi dari @CBEbyKAKLONG , alhamdulillah.. sedap walaupun tak guna santan.

Rendang ayam tanpa santan simple

21 orang bercadang membuatnya

Memang dah rancang nak masak rendang, semua bahan dah sedia baru teringat santan lupa beli 🤦‍♀️. Nak keluar g kedai pun malas, nasib baik jumpa resepi dari @CBEbyKAKLONG , alhamdulillah.. sedap walaupun tak guna santan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 ekorayam (saiz kecil) - potong saiz sederhana
  2. 10 bijibawang merah ros **
  3. 1 bijibawang besar **
  4. 4 ulasbawang putih **
  5. 2 incilengkuas **
  6. 1/2 incihalia **
  7. 5 batangserai **
  8. 4 sudu besarcili kisar (lebihkan jika suka pedas)
  9. 1 sudu besarserbuk kari daging
  10. 1 sudu besarkerisik
  11. 2 kepingasam keping
  12. 3 helaidaun limau purut
  13. 4 helaidaun kunyit (racik halus)
  14. Secukup rasagaram
  15. Secukup rasagula
  16. Secukupnyaminyak masak

Cara Memasak

  1. 1

    Kisar semua bahan-bahan bertanda**, panaskan minyak dan tumis bahan kisar, masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan serbuk kari.

  2. 2

    Tumis lagi hingga terbit minyak, masukkan ayam. Kacau rata. Masukkan asam keping. Bila sudah mendidih perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan kerisik. Kacau lagi. (Guna api sederhana).

  3. 3

    Bila ayam sudah masak, kuah semakin pekat, masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul rata seketika dan mendidih sekejap baru tutup api.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya