Kek Sarang Semut Bakar Sukatan Cawan

Dapur Biru
Dapur Biru @dapurku_biru

Kek favourite ibu & ayah. Kalau depa teringin nak makan kek, ini aja kek yang selalu di request ☺️👌🏻Guna resepi ni, kek elok berongga & moist.

Kek Sarang Semut Bakar Sukatan Cawan

Kek favourite ibu & ayah. Kalau depa teringin nak makan kek, ini aja kek yang selalu di request ☺️👌🏻Guna resepi ni, kek elok berongga & moist.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 50 minit
5 orang
  1. Bahan ayak
  2. 2 cawantepung gandum
  3. 4 sudu tehsoda bikarbonat
  4. Bahan basah
  5. 5 bijitelur gred A
  6. 1 cawansusu pekat manis
  7. 1 cawanbutter/majerin dicairkan
  8. 2 suduesen vanila
  9. Air gula hangus
  10. 2 cawangula
  11. 2 cawanair panas

Cara Memasak

1 jam 50 minit
  1. 1

    Ayakkan tepung dan soda bikarbonat

  2. 2

    Dalam bekas berasingan, pukul telur, kemudian masukkan susu pekat manis, butter/majerin yang telah dicairkan dan esen vanila.

  3. 3

    Sediakan air gula hangus. Cairkan gula sehingga gelap, masukkan air panas.

  4. 4

    Satukan bahan ayak dengan bahan basah. Dah sebati, masukkan air gula hangus.

  5. 5

    Perap adunan selama sejam. Kemudian, masukkan ke dalam loyang yang dah disapu minyak.

  6. 6

    Bakar pada suhu 160°. 25 minit api bawah sahaja (letak loyang pada bahagian rak oven paling atas). Kemudian 30 minit lagi api atas bawah (letak loyang pada bahagian rak oven tengah).

  7. 7

    Dah siap boleh cuba cucuk dengan pisau, kalau keluar bersih, kek dah masak.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Biru
Dapur Biru @dapurku_biru
pada
Jom masak! ❤️
Baca lagi

Komen (5)

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
@dapurku_biru Cantik kejadian kek sarang semutnys..👍😍😍😍

Resipi Sepertinya