Fresh Fruits Cake

260/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1655 #pejuang2kresipi
Sekadar idea untuk sesiapa yang berhajat untuk beri kek versi sihat untuk mereka yang tersayang. 100% daripada buah segar. Untuk gubah susun letak tu, ikut citarasa masing2 yer🤭
.
Tembikai dijadikan tapak kepada gubahan. Untuk sangkut buah lain, jika saiz besar guna lidi satay. Jika saiz kecil guna pencungkil gigj sahaja. Tiada spesifik design. Yang Ada design random bergantung pada buah2 yang digunakan. Oo yer untuk bentukkan buah macam bunga ke bintang ke. Just guna acuan biskut raya tu je😆. Jadi buat ler apa2 bentuk ikut suka yer.
.
Apa yang penting kena mix match warna buah. Supaya kombinasinya sejuk mata memandang🥰. Design ni yang full hakak buat untuk bahagian depan. Bahagian belakang letak juga buah. Tapi tidak terlalu padat. Kang penerima confuse pulak tengok mana satu depan mana satu belakang 🤣. Biasanya gubahan yang terhasil ni agak berat. Lagi banyak dan padat buahnya. Lagi berat ler hasilnya 😌
.
Hokeylah selamat mencuba 😊

Cara Memasak
- 1
Kesemua buah dan daun salad dicuci sehari sebelum digubah. Jadi ada cukup masa untuk proses mengering dengan sempurna. Semua buah akan dipotong dan digubah pada hari kek buah ini akan dihantar bagi mengelakkan buah lebam dan lebih kepada untuk menjaga kesegaran buah-buah yang digubah tersebut.
- 2
Lapik bawah buah tu boleh letak pinggan / tray yang bersesuaian. Susun terlebih dahulu daun salad. Kemudian letak tembikai. Tembikai tu buang kulit dan bentukkan ala kadar macam bulat. Lekat dua biji tembikai tu menggunakan lidi.
- 3
Gunakan lidi guna sebagai based untuk menggantung anggur.
- 4
Limau mandrin dibelah dua dan disusun di bahagian atas tembikai. Di bahagian bawah dan juga tepi.
- 5
Cucukkan buah naga isi putih. Bentuk bunga ni just guna acuan biskut raya tu je🤭. Susun ikut citarasa.
- 6
Susun pulak blueberry ni. Biasanya blueberry ni hakak guna untuk penuhkan permukaan tembikai je. Susun juga ikut suka yer. Di samping tu, boleh juga susun berselang seli dengan buah naga isi merah dan buah kiwi. Ni pun bentuk guna acuan biskut raya juga.
- 7
Bahagian belakang pun hiaslah sikit2 supaya tak nampak kosong. Pastu di bahagian depan tu, touch up ruangan yang kosong.
- 8
Sebagai finisher, selitkan daun salad di mana-mana ruang yang kelihatan kosong. Supaya gubahan kek buah kita ni nampak penuh dan padat. Kemaskan apa2 yang patut dan siap dah 🥰
- 9
Ni rupa gubahan kek buah segar kita dari angle sisi, depan dan atas.
- 10
Ni view dari bahagian belakang. Selamat mencuba 🥰
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)