Pad Kra Pao (Thai Basil Chicken)

1392/2023
Daun selasih antara tanaman dapur Uchu. Bila nengok pokok2 dalam pasu subur, Uchu akan pilih menu memasak untuk keluarga berdasarkan apa yg nak dipetik/dituai. Contohnya ni lah. Geram nengok daun selasih segar2, sebelum dia berbunga, baiklah dipetik dan dimasak. Ayam dalam masakan ni takkan jadi hero kalau Thai Basil ni tak jadi heroin dia. Sudah tentu takkan sama rasanya tanpanya.
Kalau tgk daun kesum tgh subur2 pulak, mmg terus lah kena cari lauk sepadan dengannya pulak.

Cara Memasak
- 1
Mula2 jom ikut Uchu memetik daun selasih..hehehe🤲😄 alhamdulillah..
- 2
Cincang halus atau tumbuk/kisar kasar bawang putih, halia dan cili kecil/cili padi.
Tumis sampai kekuningan.
Tm6 user: gunakan setting dalam resepi ‘Pad kra pow’ (filter-relevance-Australia) untuk mendapat tetapan HIGH TEMP ⬆️⬆️⬆️
-chop 3 sec/speed 7, then sauté 3 min/120°C/speed 1. - 3
Masukkan ayam/daging cincang. Goreng dengan api besar sehingga ayam sedikit kering.
Tm6: |500 g ayam cincang digoreng 2x berasingan, dan hanya timbangan yang tepat membolehkan high temp berfungsi|
-Masukkan 250 g ayam/daging cincang + 20 g minyak masak dan mulakan High Temp. Pindahkan ayam dalam mangkuk.
-Masukkan baki 250 g chicken/beef mince and remaining lagi bersama 20 g minyak masak dan start High Temp. - 4
Tambahkan sos ikan, serbuk lada sulah, sos tiram dan gula. Tumis lagi beberapa minit.
Tm6:
Gabungkan semula ayam.
cook 2 min/100°C/~/speed 1. - 5
Masukkan hirisan bawang dan kacang panjang. Tumis sekejap je supaya kacang rangup. Tutup api.
Tm6:
Masukkan kacang panjang, hirisan bawang dan thai basil dan kacau guna spatula tanpa perlu masak. - 6
Masukkan daun selasih selepas api dapur ditutup. Kacau rata tanpa perlu hidup api. Daun selasih akan layu sendiri.
Siap.. - 7
Gorengkan telur mata.
- 8
Sedia dihidangkan Ayam Goreng selasih bersama telur dan nasi putih (nasi kukus lagi sedap).
- 9
Resepi lain yang hampir sama tapi gunakan daging. Namprik Ong.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (4)