BurgumbiRAHMAH

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

287/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1682 #pejuang2kresipi
❤️ Menu Rahmah di Rumah 🏠 ❤️
Idea menggabungkan burger dan teh tarik ni merupakan kombinasi pemintaan anak saudara hakak yang request burger sejak weekend last week. Dengan anak kepada sepupu hakak yang request teh tarik dah berminggu-minggu dah. Bila kita buat takde dia mai rumah, tapi kita tak buat dia tanya 😅 Kemuncak request dia semalam, waktu hakak angkat kain jemuran, dia boleh jerit ikut tingkap bilik rumah opah dia. Mak long nak teh tarik.. mak long nak teh tarik. Ajernya gigih budak ni. So petang semalam, kami suami isteri. buatlah burger dan teh tarik untuk penuhi request dorang semua. Then terus dapat idea untuk combine both menu as satu set 🤭😆
.
Pengiraan bajet di bahagian langkah. Taip panjang2 tak leh save tadi😅
.
Jadi cukup ler harga RM5 untuk satu set. Tapi ini untuk di rumah sahaja lah sebab tak masuk kos upah memasak dan utiliti lain lagi🤭. Untung memang tak dikira ler.
.
Jadi ni menunjukkan di rumah, dengan sedikit effort je. Boleh nikmati hidangan burger dan air pada harga yang murah dan berbaloi. Jika nak add on cheese ke, tambah daging jadi double ke, salad, tomato, bawang ataupun kubis pun boleh. Ikut citarasa. Macam ni hakak buat basic je sebab nak bagi kanak2 makan. Sos cili pun guna yang tak pedas 😬

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30-40minit
10 orang
  1. Bahan Burger :
  2. 1 pekroti burger (10biji)
  3. 2 pekdaging burger 70gm (12biji)
  4. 1 bijitimun jepun (dihiris)
  5. Secukupnyaseasoning oil
  6. Sedikitmajerin
  7. Secukupnyasos cili
  8. Secukupnyamayonis
  9. Bahan Teh Tarik :
  10. 2 literair panas / suam (campur)
  11. 200 gmserbuk teh Boh
  12. Secukupnyasusu pekat
  13. Secukupnyasusu sejat
  14. Secukupnyasusu segar
  15. Secubitgaram

Cara Memasak

30-40minit
  1. 1

    Langkah pengiraan bajet untuk 1pcs burger. Yang teh tarik saiz besar tu kongsi 2orang😬

  2. 2

    Burger :
    Roti disapu sedikit majerin dan dibakar di atas pan supaya sedikit garing. Angkat dan ketepikan.

  3. 3

    Letak atas tray. Roti diletakkan timun jepun, sos cili dan mayonis terlebih dahulu.

  4. 4

    Sementara itu bakar daging burger dengan majerin dan perasakan dengan seasoning oil. Masak sehingga kelihatan garing permukaannya.

  5. 5

    Kemudian letak atas roti yang telah disediakan tadi. Letak sos cili dan kemudian tutup dengan sebahagian roti lagi. (Macam dalam gambar ni ada satu burger yang ada cheese atasnya, tu special request daripada anak saudara tu. Buat ler satu untuk dia 🤭)

  6. 6

    Teh Tarik :
    Serbuk teh direndam air panas. Kemudian ditapis masuk ke dalam jug. Masukkan susu pekat, susu sejat, susu segar dan garam. Kacau sebati dan tarik sedikit untuk efek berbuih.

  7. 7

    Boleh ler packing. 2biji burger dan 1cawan teh tarik.

  8. 8

    Selamat mencuba 😌

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen (4)

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Ni ler dia yang lebih daripada 1500 patah perkataan tu? Sebbaeeekkkk kodak mau sampai budak tu punya review pun masuk sekali tu 🫠🫠🫠

Resipi Sepertinya