Koleh Lemak Tahi Minyak

Ani Delighted
Ani Delighted @Rohani_mZain
Petaling Jaya Selangor

#goldenapron23week17
"Tak Kenal maka tak Cinta" pepatah melayu ini boleh digunakan. Nama menggerunkan, tahi minyak, tapi banyak kegunaan, yang pasti mempunyai rasa yang tersendiri. Kreatif datuk nenek kita mencipta menu, agar makanan tidak dibazirkan
Sebelum ini tidak terpikir untuk mendalami makanan tradisional melayu seperti tahi minyak. Rupanya pelbagai resepi boleh disediakan dengan tahi minyak. Terima kasih COOKPAD memberi
kami idea untuk mengkaji menu begini.

Koleh Lemak Tahi Minyak

1 orang bercadang membuatnya

#goldenapron23week17
"Tak Kenal maka tak Cinta" pepatah melayu ini boleh digunakan. Nama menggerunkan, tahi minyak, tapi banyak kegunaan, yang pasti mempunyai rasa yang tersendiri. Kreatif datuk nenek kita mencipta menu, agar makanan tidak dibazirkan
Sebelum ini tidak terpikir untuk mendalami makanan tradisional melayu seperti tahi minyak. Rupanya pelbagai resepi boleh disediakan dengan tahi minyak. Terima kasih COOKPAD memberi
kami idea untuk mengkaji menu begini.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
4-5 orang
  1. 200 gmtepung beras (1 !/2 cawan)
  2. 85 gmtepung hoen kwe/ tepung jagung
  3. 500 mlsantan (1 kotak)
  4. 900 mlair
  5. 200 gm (1 cawan)gula
  6. 1/2 sdtgaram
  7. 1 sdmminyak
  8. 1 sdtair kapur

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Satukan semua bahan diatas. Gaul rata

  2. 2

    Kacau hingga sebati dan tidak ada adunan yang berketul lalu tapis

  3. 3

    Masukan dalam kuali, masak atas api perlahan hingga pekat dan berkilat. sentiasa kacau supaya tidak bergentil.

  4. 4

    Masukan kedalam acuan yang disapu minyak dan sejukan

  5. 5

    Letak tahi minyak sebelum di hidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ani Delighted
Ani Delighted @Rohani_mZain
pada
Petaling Jaya Selangor
1. mudah n sedap2. kesihatan diutamakan
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya