Kacang Buncis Tumis Udang & Cendawan Shimeji

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

1527/2023

Kalau campur udang dalam sayuran, Uchu biasanya memang tak gunakan kicap manis. Akan guna kicap cair atau sos ikan sahaja atau garam sahaja. Sebab rasa manis tersendiri udang tu lebih menonjol. Warna putih suci cendawan shimeji ni pun, tak terserap dek kicap manis/pekat..anak2 suka sayur simple macam ni..

Kacang Buncis Tumis Udang & Cendawan Shimeji

8 orang bercadang membuatnya

1527/2023

Kalau campur udang dalam sayuran, Uchu biasanya memang tak gunakan kicap manis. Akan guna kicap cair atau sos ikan sahaja atau garam sahaja. Sebab rasa manis tersendiri udang tu lebih menonjol. Warna putih suci cendawan shimeji ni pun, tak terserap dek kicap manis/pekat..anak2 suka sayur simple macam ni..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 peketcendawan shimeji
  2. 1 peketkacang buncis
  3. 15-20 ekorudang segar
  4. 5 ulasbawang putih (dicincang)
  5. 1 bijicili padi (dihiris)
  6. 1 bijicili besar (dihiris)
  7. 1-2 sudu makankicap cair
  8. 2 sudu tehgula pasir

Cara Memasak

  1. 1

    Potong, buang bahagian akar cendawan.

  2. 2

    Tumis bawang putih dan cili sehingga harum.

  3. 3

    Masukkan udang, kacau rata sehingga udang bertukar warna.

  4. 4

    Masukkan kacang buncis dan kicap cair. Kacau dan masak sekejap.

  5. 5

    Masukkan cendawan shimeji, perasakan dengan serbuk perasa cendawan/sos tiram dan sedikit gula. Kacau rata.

  6. 6

    Jika cendawan keluarkan banyak air sebab tak cukup tos, keluarkan semua sayuran ke dalam mangkuk hidangan supaya tak overcooked dan tinggalkan kuah yang berlebihan air dalam kuali. Masak sahaja kuah sehingga berkurang airnya dan tuangkan ke atas sayuran tadi…

    Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya