Ubi Keladi Goreng

Resipi dalam galeri fon, lama jugak lah terperuk 😅
Cooksnap daripada @rohani_1390
Saya potong dadu jer ubi keladi tu sebab malas nak celup satu persatu. Campak terus ke dalam adunan tepung dan sudukan ke dalam minyak panas. Sedap sangat sarapan ubi keladi goreng ni pekena pulak kopi o panas. Teringat zaman remaja dulu sewaktu bermalam di rumah kawan kepada kawan sekolah. Suasana rumah kampung, rumah tepi sungai. Nak mandi terpaksa cedok air sungai di tepi titi rumah nya, sejukkk yakmat mandi sebelum subuh dengan air sungai. Waktu solat kami di Sarawak lebih awal berbanding di Semenanjung Malaysia. Nasib baik takde "Si Bujang Senang" mungkin waktu tu Bujang Senang belum ada lagi isteri kot. Nama pun bujang 😆. Tak macam sekarang ni anak pinak dia dah makin banyak membahayakan keselamatan penduduk kampung yang berhampiran dengan sungai. Lepas habis solat dihidangkan tuan rumah sarapan dengan keladi goreng panas dengan kopi o panas. Pokok keladi ditanam sendiri memang sihat membesar, puas makan. Ada menu sarapan yang lain tapi saya asyik layan keladi goreng jer sebab sooo sedappp 😋👍
Ubi Keladi Goreng
Resipi dalam galeri fon, lama jugak lah terperuk 😅
Cooksnap daripada @rohani_1390
Saya potong dadu jer ubi keladi tu sebab malas nak celup satu persatu. Campak terus ke dalam adunan tepung dan sudukan ke dalam minyak panas. Sedap sangat sarapan ubi keladi goreng ni pekena pulak kopi o panas. Teringat zaman remaja dulu sewaktu bermalam di rumah kawan kepada kawan sekolah. Suasana rumah kampung, rumah tepi sungai. Nak mandi terpaksa cedok air sungai di tepi titi rumah nya, sejukkk yakmat mandi sebelum subuh dengan air sungai. Waktu solat kami di Sarawak lebih awal berbanding di Semenanjung Malaysia. Nasib baik takde "Si Bujang Senang" mungkin waktu tu Bujang Senang belum ada lagi isteri kot. Nama pun bujang 😆. Tak macam sekarang ni anak pinak dia dah makin banyak membahayakan keselamatan penduduk kampung yang berhampiran dengan sungai. Lepas habis solat dihidangkan tuan rumah sarapan dengan keladi goreng panas dengan kopi o panas. Pokok keladi ditanam sendiri memang sihat membesar, puas makan. Ada menu sarapan yang lain tapi saya asyik layan keladi goreng jer sebab sooo sedappp 😋👍
Cara Memasak
- 1
Kupas kulit ubi keladi, cuci bersih dan potong dadu, ketepikan. Masukkan semua bahan* kecuali air, ke dalam bekas untuk membancuh. Kacau rata. Masukkan air sedikit demi sedikit ketika membancuh. Gaul hingga bancuhan sebati dan cukup pekat serta rasa.
- 2
Masukkan ubi keladi ke dalam bancuhan, gaul rata. Panaskan minyak. Sudukan ke dalam minyak masak panas dan goreng hingga kekuningan dan rangup menggunakan api sederhana agar ubi keladi cukup masak dan empuk. Angkat dan toskan minyak nya. Siap untuk dihidangkan bersama sos cili.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Ubi Keladi Goreng Rangup Ubi Keladi Goreng Rangup
Biasa makan bubur keladi atau Talam keladi je.Sedap rupanya digoreng. Rasa ubi yg lemak di tambah pula dengan tepung goreng yang crispy...Memang sedap.👍😋 Q'leenalee's Kitchen -
Ubi Kayu Goreng Kunyit Ubi Kayu Goreng Kunyit
Sarapan pagi tadi dengan menu ubi kayu goreng kunyit. Lama dah tak makan macam ni. Sedap sangat nak-nak lagi kalau ubi kayu yang empuk. Dulu-dulu sewaktu masih sekolah rendah kalau hujung minggu bangun tidur tengok mak dah sediakan sarapan ubi kayu goreng, keledek goreng dan keladi goreng. Mak akan buat sambal tumis untuk dicicah. Kalau untuk mak dan bapa ubi kayu rebus, keledek rebus dan keladi rebus. Kadang kami (anak-anak tamak, nak juga yang rebus, kesudahan nya tak habis makan. Mak akan goreng lebihan ubi kayu/keledek/keladi rebus tu, rasa nya lagi sedap sebab garing di luar lembut di dalam. Pekena pulak dengan teh o atau kopi o panas memang 😋👍 Dapur Yusfarisyia -
Keladi goreng Keladi goreng
Keladi… sesungguhnya antara tumbuhan yang ditanam sekitar rumah mak dari dulu lagiKaladi untuk makan ubi sahaja ada , untuk makan sulurnya pun adaAda yang ubinya gatal .. ada juga yang sulurnya gatal..#Augustchallenge#jiwamerdeka 0h Hana !! -
Ubi Kayu Rebus Goreng Ubi Kayu Rebus Goreng
#MottainaiUbi kayu rebus masih berbaki di dalam peti sejuk. Sayang pulak nak dibuang. Banyak resipi yang boleh dibuat dengan ubi rebus ni contoh kuih getuk ubi, bebola ubi cheese, kerepek ubi rebus, nugget ubi dan sebagai nya. Cuma tinggal rajin atau malas jer.Hari ni mood kurang rajin, sebab sayang tak nak membazir dan tak nak peti sejuk penuh hingga tak cukup ruang untuk simpan makanan, saya goreng jer. Alhamdulillah licin 😊 Dapur Yusfarisyia -
-
Ubi Kayu Goreng Ubi Kayu Goreng
Jiwa Merdeka 🇲🇾#MerdekaMonth#AugustChallengeTeringat kembali ke zaman nenek moyang kita hidup sebelum merdeka dahulu, mereka makan apa sahaja tumbuhan yang tumbuh di tepi rumah mereka atau di sekitar kampung. Antara tumbuhan nya ialah ubi kayu. Ubi kayu sedap direbus, digoreng, dibakar begitu sahaja malah dapat diolah pelbagai cara jika rajin mengerjakan nya. Kita buat cara yang paling senang jer ia itu dengan menggoreng sahaja. Sedap woo.. dimakan panas-panas, rangup di luar empuk di dalam. Dapur Yusfarisyia -
Jejari Ubi Celup Tepung Jejari Ubi Celup Tepung
Jejari Ubi Kayu goreng celup tepung atau popular dipantai timur especially Terengganu dipanggil Kaki Ayam Goreng😁Sesuai dimakan pada waktu petang bersama secawan kopi O.. Mcm goreng pisang jugak, ia boleh dicicah dgn sos cili, sambal kicap atau sos keropok lekor.. Meong -
Cucur Keladi Cucur Keladi
#KuihMuihBuah keladi diberi oleh kakak saya yang nombor dua. Dah berapa hari di dapur tetapi takde seorang pun yang mahu menjadikan nya untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Akhir nya si mama ni juga lah yang membuat nya kerana risau takut buah nya akan jadi rosak nanti. Bila siap digoreng, rupa nya si bujang saya tak sabar nak makan cuma menunggu waktu azan maghrib jer lagi. Tak sangka, licinnnn... 😆 Semua berebut-rebut cicah dengan sos berkacang. 😋 Dapur Yusfarisyia -
Kerepek Ubi Kayu Kerepek Ubi Kayu
Resipi dalam draf juga.Ubi kayu yang ditanam oleh anak menantu kakak saya memang menjadi betul buah nya, besar-besar pula tu. Dalam sepohon memang banyak buah nya hingga tak termakan. Disedekahkan kepada saya dan ahli keluarga saya yang lain. Saya ambil buah yang sederhana besar jer, tak nak ambil buah yang saiz besar. Hari ni nak buat kerepek jer. Boleh buat kudap-kudapan sambil nonton tv. Dapur Yusfarisyia -
Ubi Keledek Goreng #phopbylinimohd #batch17 Ubi Keledek Goreng #phopbylinimohd #batch17
#goldenapron #minggu1 Di negeri Sabah, selain di beri nama ubi Keledek goreng . Ada juga yang beri nama kuih ini dengan nama 'Kuih Cakar Ayam' ,Mungkin sebab struktur kuih ni seperti cakar ayam kan?..Tidak kesah lah nama apa kan. Yang penting petang ni saya nikmati ubi keledek goreng yang lembut dan sedap ni bersama kopi panas..nyaman gitu#phopbynooraisahsetoh#cookpadmalaysia#minggupertama Nooraisah Setoh -
Ubi Keladi Goreng Ubi Keladi Goreng
Kudapan petang dari inspirasi @airtangan_ummirizqiSedap..rasa lemak lemak..rangup..😆🤭Alin beli yang dah siap pack kat pasaraya.. FZ Adzlin -
Ayam Goreng Simple Ayam Goreng Simple
Resipi lama terperuk dalam galeri fon.Suami saya suka makan ayam goreng yang simple berbanding dengan ayam goreng yang banyak bercampur tepung. Bagi dia tak suka makan ayam bercampur banyak tepung kerana bila dah sejuk tepung nya jadi lembab dan tak garing. Kadang tu bila beli ayam goreng sebegitu, dalam nya tak masak dengan sempurna.Saya buatkan ayam goreng tetapi saya tak nak potong ayam tu besar/tebal sangat. Dan kalau boleh saya nak salutkan dengan tepung senipis yang boleh jer untuk dia sebab kalau ikutkan dia memang suka ayam goreng stail kampung yang langsung tak campur tepung. Alhamdulillah dia suka, makan panas-panas, rangup di luar lembut di dalam. Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen